Korang minat bola, mesti main game bola kan? Almy pun minat bola, Almy minat jadi keeper ja, tapi dalam game bola tak boleh pilih peranan tu. Dan satu lagi tak besh dalam game, sebab tak rasa feel jadi keeper. Feel orang masukkan gol ada la.
So, game utama kegemaran Almy, adalah game Racing. Dari NFS Underground, Carbon dan Shift. Selain tu Almy suka sangat dengan game Grid. Dalam semua-semua ni, aku cuma minat main Drift ja. Yang lain tu kadang-kadang. Yang agak real game drift ni, setakat sekarang Almy rasa NFS Shift dan Grid.
Ok, balik kepada tajuk, kali ni NFS akan lancarkan game racing terbaru, NFS Shift 2 Unleashed. Tengok persiapan dan penasihat dalam game ni yang buat Almy semakin teruja. Antaranya adalah pelumba pakar dari kategori masing-masing. Jamie Campbell Walter, Vaughn Gittin Jr. dan Chris Rado.
Yang menarik minat Almy adalah Vaughn Gittin Jr., kerana dia adalah seorang pelumba drift professional dalam Formula D. Dia juga mempunyai pengalaman merantau ke Negara Jepun dan menjelajah hampir kesuluruh litar drift di sana. Dan dah tentulah dia juga berjumpa dengan pengasas sukan drift ni, Keiichi Tsuchiya (^_^) Almy pun pernah juga jumpa Keiichi Tsuchiya, tapi dalam mimpi.
Almy pun harap dapatlah jadi seperti drifter yang berjaya. Sehebat Tengku Djan dan Along. Moga Almy berjaya menjadi drifter hebat 2 tahun lagi. Ok, terima kasih doakan Almy. Dah, Jom tengok sneak dan persiapan menyiapkan NFS Shift 2 Unleashed. Akan dilancarkan pada 29 Mac 2011.
Almy nak guna S 14atau RX7 la nanti kalau ada dalam game tu. Merajuk pula "si skandal" Almy nanti ni. (^_^)
Ambil NFS sendiri |
Gempak kan S 14 ni.. |
1 Comment:
wahhh macam menarik je, aku main NFS 2 dengan pro street je sebelum ni ekekee
Post a Comment