Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Friday, December 24, 2010

JIKA MALAS BANGUN PAGI

Entry kali ni agak sedikit menyentuh sensitiviti. Jika korang seorang yang sensitif dan mudah tersentuh, diharap jangan teruskan pembacaan.

Ok, itu sedikit mukaddimah dari Almy. (^_^). Di sini ada sedikit tips untuk Almy kongsikan dengan semua pembaca tegar mahupun tak tegar. Apa yang mampu membuat anda rajin bangun awal pagi? Jika korang bekerja sekalipun, sikap malas bangun pada pagi hari memang tetap akan ada dalam diri kita.(bukan semua).

Mungkin kita tak sedar, ada 2 perkara yang kita ambil remeh dan ianya mampu menyebabkan kita malas untuk bangun pagi. Apa 2 perkara itu?

Pertama : Kuku
Kedua  : Bulu

Jika korang menyimpan kuku dan bulu yang panjang,  ia sekaligus mampu mempengaruhi gejala bangun lewat pada waktu pagi. Sedangkan kita tidak digalakkan untuk menyimpan kuku dan bulu yang panjang. Namun apa hujahnya? Semuanya sebab kuku dan bulu yang panjang akan menyebabkan kita jadi malas.


Memang tiada bukti dari mana-mana pakar, sebab kebanyakkan pakar semuanya berkuku pendek. Almy dapat tips ni dari kawan Almy juga. Almy pun try la ikut nasihat dia untuk potong kuku, (bulu tak panjang eh), dan keesokkan hari, 6.13 pagi dah bangun dan tak terasa malas sikit pun. Padahal tidur macam biasa je, pukul 1 pagi.

So, sama-sama la kita memotong kuku dan bulu. (Panas panas panassss) (^_^)

Thursday, November 25, 2010

MAKANAN YANG BAIK UNTUK JANTUNG

Hati yang sihat akan menceriakan hidup kita. Tanpa jantung yang sihat, kadang-kadang benda yang diminati dan disukai akan terhalang untuk kita lakukan. Kenapa? Tanyalah jantung anda. Mungkin dah ramai yang tahu cara menjaga kesihatan diri dari luaran, namun macam mana pula dengan dalaman seperti jantung?

Ketahui makanan yang dapat membantu anda menjaga kesihatan jantung anda.

1. OAT -- Mulakan hari anda dengan mengambil semangkuk oat. Ia mengandungi penuh dengan Omega-3, folat dan kalium. Ia juga kaya dengan serat yang membantu menurunkan kadar kolestrol.



2. SALMON -- Salmon kaya dengan Omega-3 juga. Salmon dapat membantu menurunkan tekanan darah ke tahap normal. Mengambil 2 hidangan setiap minggu akan mengurangkan risiko kematian disebabkan serangan jantung.

3. AVOCADO -- Tambahkan sedikit avocado ke dalam sandwich untuk menambahkan jumlah lemak sihat untuk jantung dalam diet anda.

4. MINYAK ZAITUN -- Ianya dipenuhi dengan lemak tak tepu. Minyak zaitun dapat menurunkan kolesterol dan dapat mengurangkan risiko terkena penyakit jantung.

5. KACANG -- Walnut kaya dengan omega-3, almond kaya dengan serat. Kacang mampu menambahkan serat dalam makanan.

6. BUAH BERRI -- Blueberry, raspberry, strawberi. Apa pun berry yang disukai, ianya penuh dengan anti-radang jantung yang dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser.


7. SAYUR -- Semua orang dah tahu khasiat sayuran.

8. BAYAM -- Bayam boleh membantu menjaga jantung. Ianya diperkayakan dengan lutein, folat, kalium, dan serat.

9. SOYA -- Soya dapat menurunkan kolesterol dalam badan.

Tuesday, November 23, 2010

CARA KURANGKAN SAKIT BELAKANG

Sakit belakang memang selalu sangat semua orang dapat. Bila dah sakit belakang, mulalah nak minta tolong kawan picitkan, malas nak buat kerja dan sampai nak baring tidur pun tak selesa. Sakit belakang ni kalau terkena kat orang yang dah berkahwin lagi susah. Macam-macam hal.

Bukan orang tua ja selalu kena sakit belakang ni, si muda yang 20 an pun boleh dapat sakit belakang ni juga. So, ada beberapa cara untuk kurangkan sakit belakang yang boleh menganggu ketenteraman seharian kita.

1.  SELALU AMBIL BROKOLI
  •  Kajian menunjukan, di dalam sayur brokoli terdapat sejenis vitamin yang dinamakan vitamin K. Vitamin ini selalu didapati pada sayur yang berdaun gelap seperti brokoli dan bayam. Vitamin K membantu memberi kalsium yang diperlukan untuk tulang.
2.   KURANGKAN BERAT BEBANAN
  • Kurangkan bebanan dalam beg yang selalu dibawa anda, terutamanya golongan perempuan. Bebanan beg yang berat akan membuatkan tulang dan badan anda bekerja lebih dari kebiasaan.

3.   TIDUR DENGAN BETUL
  • Sewaktu tidur juga, kita perlu menjaga cara tidur kerana tidur dalam keaadaan yang salah akan menyebabkan belakang dan leher anda sakit.
4.  DUDUK DENGAN BETUL
  • Cara duduk yang salah juga mendorong kepada sakit belakang. Lapik tempat duduk dengan sesuatu yang lembut seperti bantal. Jangan duduk terlalu lama pada keadaan yang sama. Bagi yang bekerja di pejabat, selalu bangun dari kerusi anda sejam sekali.
**Kalau kena pukul dari belakang macam mana pula?

Wednesday, September 1, 2010

SMOKING, SMOKING, SMOKING

if talk about smoking, bermacam-macam isu yang timbul, how to quit smoking, 5 reasons to quit smoking, bahan-bahan dalam rokok, kesan asap kepada isteri & anak, Stop Smoking Plan dan banyak lagi la.

Time blogwalking, aku terjumpa satu blog yang memang khusus untuk rokok sahaja. Aku memang respect gila dengan blog tu. Dalam kata yang lain, memang complete la blog tu. Tambahan lagi, ada post in malay and english.

Antara post dalam blog tu,

English topic
  • How to quit smoking 
  • 5 reasons to quit smoking 
  • Tips quit smoking 
  • Health effects of smoking 
  • Benefits of quitting smoking
  • Danger of smoking 
  • Effect smoking during pregnancy 
  • 7 day stop smoking program 
  • Stop smoking plan
  • Cigarette Smoking is not the Solution for Ex-Smoker
  • Quit Smoking Tips for the First Two Weeks 

    Malay topic :
    • Petua 10 M Untuk Berhenti Merokok 
    • Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok 
    • Faedah Berhenti Merokok 
    • Kesan Asap Rokok terhadap isteri dan anak 
    • Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Di sekitar 
    • Kandungan Berbahaya Dalam Rokok Bahan-bahan dalam rokok
    Lets go to smoking2u ...

      Tuesday, July 20, 2010

      TIPS BANGUN AWAL DAN SEGAR DI PAGI HARI

      Kebanyakan antara kita ada yang selalu liat atau susah untuk bangun pagi. Tambahan untuk bangun awal-awal pagi. Kalau ada yang terpaksa bangun awal, kepala akan terasa sakit dan berat sekali untuk bangun. Dan walaupun tidur awal, masalah ini tetap juga berlaku. Jom tengok tips kat bawah ni dan cubalah dengan jayanya.. Insya-Allah..

      BIL. TIPS
      1.  Amalkan untuk selalu tidur di awal malam. Menurut kajian, seseorang haruslah tidur selewatnya sebelum pukul dua pagi, bagi membenarkan satu gas yang tak diperlukan badan dikeluarkan sepanjang tidur itu.
      _
      2.
       Sebelum tidur, amalkan untuk tidur dalam keadaan segar. Dua perkara penting, jangan lupa untuk berus gigi dan minum sekurang-kurangnya segelas air suam sebelum melayari mimpi.
      _
      3.
       Tidur dalam keadaan tidak memikirkan masalah yang telah berlaku sepanjang hari itu. Lepaskan semua tekanan dan masalah sebelum tidur, kerana tidur dalam tekanan akan menyebabkan keenakan tidur itu hilang begitu sahaja.
      _
      4.  Matikan barangan elektronik seperti komputer dan televisyen anda, kerana ianya boleh menyebabkan anda terbangun di tengah-tengah tidur.
      5.
       Benarkan aliran udara masuk ke dalam seluruh ruangan bilik anda. Oksigen akan mempercepatkan otak kita lebih segar pada pagi hari dan mengurangkan rasa berat ketika bangun.
      _
      6.  Dapatkan segelas air suam atau mineral saat bangun dari tidur. Mengambil air ketika bangun mempercepatkan oksigen terus bergerak ke otak kita dan menyegarkan pagi-pagi kita.
      _
      7.  Kurangkan merokok dan pengambilan alkohol atau ubat-ubatan dalam kehidupan seharian. Pengambilan bahan-bahan ini akan membuatkan otak kita menjadi lebih lembab dan bengap.
      _
      8.
       Jika anda seorang yang berumah tangga, selepas melakukan hubungan, terus mandi sebelum tidur kerana akan membantu anda lebih segar ketika bangun dan mengurangkan keletihan. Nabi juga berpesan, bersegeralah mandi hadas besar ketika berada di dalamnya.
      _
      9.
       Jangan ambil makanan yang berat sebelum tidur. Elakkan sebolehnya mengambil makanan yang berat sebelum tidur kerana akan menyebabkan badan terasa letih ketika tidur.
      _
      10.
      Good Morning All.. Have a nice days. :-)
      _

      Itu sahaja antara tips-tips yang aku nak kongsikan kat sini,yang sedikit sebanyak dapat membantu kita untuk lebih segar bangun di awal hari. Dan perkara yang paling pentingya adalah MOTIVASI dalam diri kita. Amalkan selalu dan bersama-samalah kita melalui hari-hari yang ceria.