Showing posts with label Blogging. Show all posts
Showing posts with label Blogging. Show all posts

Sunday, March 6, 2011

TRAFIK DARI SHOUTBOX TIDAK MENJAMIN BE

Kadang-kadang terlintas juga di hati aku ni dengan satu persoalan. Kalau dulu masa awal-awal berblog, satu cara untuk dapatkan BE adalah dengan berblogwalking dari shoutbox ke shoutbox. Masa tu memang excited sangat. Tapi berapa lamakah mental dapat bertahan dengan hari-hari asyik fikirkan trafik jer?

Makan ingat trafik, nak tidur fikir trafik, ke jamban pun terngiang-ngiang ayat "Hye, bw here" "Dtg sini, jom la jemput tgk update baru" dan macam bagai lagi. Lepas beberapa bulan, mental aku tak tahan dah. Aku malas nak blogwalking lagi. Tapi dalam masa tu rezeki tuhan yang tentukan, trafik aku tetap mencanak. Alhamdulillah.

Sebentar tadi aku terfikir, bolehkah dengan Blogwalking dan dapat trafik sebegitu adil kepada advertiser? Faham la kan, orang yang datang dari shoutbox ni, masuk ke blog kita hanya semata-mata nak tinggalkan link. Dari 100 orang, mungkin hanya 3 orang sahaja yang berminat nak baca.


Berkualiti tak trafik tu? Kalau aku advertiser, aku pun tak kan nak letakkan iklan dalam blog yang trafik entah tiada kualiti sebegitu. Baca entry pun tidaknya, iklan apatah lagi? Kalau yang klik pun semata-mata nak suruh orang klikkan iklan dia. Aku jadi advertiser pun, tak nak la buat rugi duit aku ja melabur.

Dan akhirnya, aku tak pasti tentang ini, apa kata siapa-siapa g tanya Nuffnang sendiri. Aku malas.

Friday, March 4, 2011

FASA KE 3 DAH OK KOT

Dah penat den diuji oleh blog ni. Tapi berbekalkan ego, Almy teruskan juga siapkan Bloglist kengkawan blogger. Ada kat bahagian sidebar kanan bawah sedikit. Lepas tu dah di atur mengikut kesesuaian Almy sendiri. Hope reader-reader pun dapat menyelesakan mata dengan aturan baru ni. Dan akhirnya tinggal 1 fasa terakhir.

Kepada blogger yang nak tersenarai dalam blogslit Almy, bolehlah hantarkan kat bahagian komen eh. Tapi dengan syarat, letakkan blog Almy kat bloglist korang juga. Tak aci la Almy letak sorang-sorang, tak ada komunikasi dua hala orang cakap (^_^) Dan yang dah letakkan Almy dalam list blog masing-masing, gitau juga, Almy nak masukkan dalam bloglist yang sesuai. Tapi itu pun setelah Almy puas hati  dengan aturan bloglist korang. Ok,setakat itu sajzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.... Krooooohhh... Phiuuuuhhhhh..

Monday, February 28, 2011

RENOVATION MEMASUKI FASA KE-3

Aku masih lagi dalam fasa renovation blog. Selepas selesai fasa-fasa 1 dan 2, sekarang kemasukan ke fasa 3 adalah yang agak mencabar bagi aku. Mungkin memerlukan kesabaran yang agak tinggi. Dan juga memerlukan kepekaan bagi memastikan semuanya teratur dan sesuai.

SEO memang berperanan tinggi dalam sesebuah blog atau website. Alexa ranking jatuh mendadak apabila aku tak masukkan coding yang friendly dengan search engine. Hanya 2 hari. Ranking alexa blog aku dalam Malaysia sebelum ni adalah 9 ribu lebih, dan tanpa coding tersebut, blog ni ni jatuh ke kedudukan 16 ribu lebih. Hanya dua hari.

Ok, Jom g makan dulu (^_^)


Friday, February 25, 2011

TERBANTUT LAGI PULA

Baru nak sambung siapkan Fasa Pertama. Tapi tersangkut pula bila blogger ada masalah. Bila nak expand HTML ja, error. Tapi baik dari semalam, langsung tak boleh nak preview. Pak cik Google ada masalah ke ni? Ish ish, malu pula nak bagitau Pak Cik ni.

Harap-harap malam nanti Pak Cik sihat la ye. Sambil-sambil tu, Almy nak bentangkan kertas kerja dalam menyiapkan fasa-fasa renovation yang tengah Almy jalankan ni.



Fasa 1 : Design Template. Masukkan coding iklan, dan coding yang patut.
Fasa 2 : Masukkan coding dan setting kembali SEO.
Fasa 3 : Kemaskini link serta aturan gadget.
Fasa 4 : Tukar cara penulisan.

Ok, dah. setakat tu dulu hari ni. Jumpa lagi.

SEMPUT DI TENGAH JALAN : FASA SATU

Wahhh..penat sungguh buat renovation blog ni. Kalau buat baru lagi mudah dari renovate.. Aku ambil masa sampai ke lewat tengah pagi, untuk buat renovation ni agak-agak korang berbaloi tak?

Aku siap buat plan berfasa-fasa bertingkat-tingkat kot semata-mata untuk blog kesayangan aku yang aku dah abaikan penulisan dan kualiti. Aku dah bertaubat tak nak buat lagi. Dan nak bela serta jaga elok-elok blog ni. Semua ni gara-gara customer aku la. Aku ni kerja design dan buatkan Web Site. Setakat sekarang, Alhamdulillah, berjalan lancar juga.

Tapi ada la seorang hamba Allah ni, dalam puas hati dengan kerj-kerja aku, boleh lak dia perli aku camni.
"Buat website orang cantik-cantik, blog sendiri serupa longkang"

Aku tak terasa sikit pun. Tapi terasa banyak ada la.. Pastu aku buat plan fasa tingkat-tingkat, aku tunjuk kat dia. Boleh dia tersengih macam kerang simpan mutiara. Aku tak marah pun, cuma aku pun terfikir juga, betul apa yang dia cakap tu. Bak kata aku sendiri "sibuk-sibuk kerja kat luar, nanti kekasih pun lesap". Ok, selamat malam pakej selamat pagi (^_^)

Thursday, February 10, 2011

MENGAPA BEGINI JADINYA

Bukan mengeluh kerana putus cinta, bukan juga mengeluh kerana di tipu atau ditimpa takdir yang malang, tapi bingung kerana blog ni sendiri. Tadi bila buka ja Dashboard blogger, saja la gatal-gatal tengok kat ruang Stats, dan dalam masa tu juga la tergedik-gedik tengok kat Traffic sources. Pastu ada satu yang betul-betul menarik mata aku.


Nampak tak? Kenapa trafik masuk pun mengeluh? Orang dah bagi trafik tak bersyukur pula! Bukanlah, apa yang menimbulkan kemusykilan sebenar kat sini adalah apabila dibuka laman microsoft tersebut, ini yang muncul.


Seperti di ataslah paparannya. Apa yang menimbulkan kebingungan sebentar sebelum mendapat idea berkongsi dan bertanyakan kepada pembaca yang mungkin lebih arif ialah macam mana pula link ke blog ni boleh berada dalam senarai halaman windows vista. Dalam halaman untuk jualan pula tu.
Tak kan lah pula microsoft lengkapkan pakej siapa yang beli Windows Vista dapat link blog. Kalau 1 2 mungkin boleh consider lagi tersilap, ni tak, sampai mencecah ratus.

Bukan tak bersyukur trafik masuk, tapi kenalah tahu juga dari mana datangnya trafik tu. Seperti dapat duit free, agak-agak korang nak tahu tak dari mana duit tu datang? Siapa yang nak bagi free-free ja kan?

Memanglah trafik ni tak voleh disamakan dengan duit, **voleh = boleh (T_T)** tapi nak tahu juga macam mana trafik tu boleh datang kan. Kalau dah tahu, bolehlah bagi laman lain pun masuk sekali cam e-bay, tak pun mudah.my. Kalau ada yang tahu, harap-harap dapatlah berkongsi bersama.

Saturday, February 5, 2011

AKU INGIN KEMBALI

Setelah banyak sangat masa sibuk sebelum ni, aku rasa macam rindu sangat nak berblog kembali. Entahlah, jadi macam satu perasaan ketagih, ketagih untuk menulis, ketagih untuk berkongsi, ketagih untuk melihat earneing Nuffnang setiap pagi seminggu sekali.

Kalau naik earned, memang rasa macam tengah terbang ke angkasa pagi tu. Bermacam-macam isu dan berita tak dapat aku kongsikan bersama semua. Aku harap, mulai hari ini, aku akan kembali untuk berkongsi, bersama kawan-kawan blogger, berblogwalking.. I miz u all so much.. (^_^)

Earning nuffnang, aku pun mengharap la juga dapat naik dan menjadi lebih tinggi dari sekarang. Aku bersyukur sangat dengan earning yang aku perolehi dari blog ni walaupun jarang update dan blogwalking kebelekangan ni. Namu, ada juga yang setia membuka blog dan membaca blog aku ke ini dari sehari ke sehari. Ada yang datang dari search engine, dan ada juga yang datang dari feedburner dan yang lain banyak silent reader yang setia.

Thanks semua.

Tuesday, February 1, 2011

HADIAH TAHUN BARU

Aku sedar yang aku kini jarang ada masa untuk berblog seperti dahulu, namun begitu, seringkali aku teringat akan blog aku ke ini. Punya la jiwang ayat mula tu.. Macam orang teringat kat kekasih pun ada. 

Aduhh, masa aku untuk menulis blog memang tak ada langsung. Tak tahulah macam mana nak bahagikan masa dengan kerja yang tak tentu hala dan tak teratur. Tapi kadang-kadang rasa best juga. Dalam lama tak ambil peduli tentang blog ni, pagi ni (tengahari dah la) aku terbuka ruang stats kat dashboard.

Alhamdulillah, trafik ke blog aku ke ini pun agak memberangsangkan serta maintain macam sebelum ni. Aku anggap ini sebagai hadiah tahun baru dari semua orang (^_^')

Hampir seratus peratus pengunjung blog ni dari hasil pencarian google. Bukan senang untuk mendapat tempat dalam engine google kalau sekadar menggunakan Blogspot. Ok, jumpa lagi selepas ini.

Tuesday, December 28, 2010

HACKER HuX0R , BACA INI. ORANG LAIN JANGAN

HuX0R, aku nukilkan entry khas untuk kau pada pagi ini. Dah habis isu w3d0z dahulu yang berpengkalan di Indonesia, kini kau pula muncul menimbulkan provokasi. Kau tau tak kau tu dah boleh di bawa ke pendakwaan di mahkamah tinggi dan juga antarabangsa kerana menimbulkan huru-hara.

HuX0r oi, kenapa la kau ni dayus sangat? Suka sangat nak hacked orang nu la, orang ni la.. Kan bagus juga kalau kau gi hack kepala kau sendiri ja.

Bukan nak buat emo apa, cuma aku nak tegur la sikit. Kenapa kalau ko rasa ko tu dah hebat sangat, tak payahlah nak hack blog yang taraf-taraf rendah ni. Yang ko nak hack apa? Laman JiwaKacau, dan entah mana-mana blog dan web lagi la. Dan yang terbaru nak hack ohMedia kononya.
Ko sedar tak yang ko ni sebenarnya budak hingusan yang dayus. Kalau kau ni professional, kau gi la hacked Berita Harian ka, MyMetro ka, dan lain-lain. Tak pun kau hacked government. Kalau tahap tu ko boleh buat, memang blogspot aku pun dah arwah juga la.

Berhenti la HuX0r, pergi la bawa-bawa bertaubat. Jangan sampai nanti rumah atau harta kesayangan kau pula di hack oleh perompak atau perogol or penggodam hidup.

Ok, Salam sayang (^_^)

Wednesday, December 22, 2010

TRAFIK DARI SEARCH ENGINE

Jika sebelum ni Almy pernah kongsikan dengan semua kawan-kawan dan pembaca mengenai trafik yang masuk ke blog Aku Ke Ini pada bulan Oktober dan November, kini hampir genap sebulan lagi untuk Almy berasa gembira setelah lama berblogging ini. 

Trafik pada bulan ni amat memberangsangkan jiwa dan otak walaupun tersangkut dalam jalan yang sesak tadi. Almy tunjukkan ketiga-tiga bulan dari Oktober, November dan Disember. Sekadar berkongsi, bukan meninggi diri.

Oktober

November

Disember

Saturday, December 18, 2010

SEBELUM DAN SELEPAS

Jika sebelum ini, Almy letakkan tag "Aku ke ini : Mencari yang terbaru ketika berkongsi kehidupan", namun setelah jiwa dan perasaan mendesak untuk melakukan satu revolusi atau perubahan yang mendadak ke atas hidup dan persekitaran Almy, kini Aku Ke Ini telah bertukar dan mencipta satu revolusi baru, iaitu; Revolusi Ke Arah Penulisan Pandangan Diri.

Ini bermaksud, Almy telah bertekad untuk melebihkan penulisan blog ke arah penulisan idea sendiri tanpa persamaan dengan artikel yang sedia ada di tempat-tempat yang lain.

 Sebelum

Selepas

Wednesday, December 15, 2010

REVOLUSI PENULISAN BLOG KINI

Selamat pagi semua.. Apa khabar hari ni? Harap korang semua sihat belaka.. Jangan sakit sakit tau. Almy tergerak untuk menulis entry khas pada pagi ini. Jika dilihat entry-entry sebelum ini, lebih banyak berkisarkan kepada pelbagai isu dan perkara. Dari pelbagai sumber idea-idea untuk mengupdate sebelum ini. Dan kadang-kadang, sampai bingung memikirkan untuk update apa bagi maintainkan trafik.

Namun, tiba-tiba, datang ilham dan keadaan yang mana kini mencetuskan revolusi kepada Almy untuk mengubah cara penulisan dan entry lebih kepada penulisan pandangan sendiri dan apa sahaja yang terlintas.

Almy dah tak nak sangat berblogwalking demi menjaga trafik yang berkualiti. Disebabkan blogwalking, ada sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab yang cuma datang ke s/mix cuma untuk meninggalkan jejak tanpa membaca apa yang ditulis. 

Ok, memang trafik tinggi, namun apakah perasaan anda apabila karya yang dikarang dan idea yang dicurahkan hanya sia-sia dan tidak diambil kisah oleh sesiapa pun? Bukan mencari populariti, tetapi sekadar mengharap penat lelah mengarang dapat dihargai. Maklumlah, Almy  ni kan kurang kasih sayang (T_T)

Almy tak nak sangat fikirkan apa yang terjadi kepada trafik, namun jika Almy pergi membaca ke blog kawan-kawan, Almy akan tinggalkan jejak juga. Sebagai bukti yang Almy pernah datang ke blog dia. Tak kisah lah kalau dia tak nak datang ke blog Almy pun.

Sekurang-kurangnya, kita ada kenangan di blog tersebut. Seperti mana orang memanjat ke banjaran Himalaya dan tinggalkan tanda mereka disitu. Bukan dapat apa-apa pun, tetapi kepuasan dan nikmat itu yang membahagiakan kita.

**Mengharap sinar baharu datang menjelma.
***Kualiti atau kuantiti?

Monday, December 13, 2010

TIDAK!! AKU PENAGIH BLOGWALKING

Walaupun rasa sibuk, tapi kenapa tangan ni masih gatal untuk terus berblogwalking. Nampaknya aku memang seorang penagih blogwalking. So, aku takkan berhenti blogwalking. Aku tetap nak blogwaking menjenguk kawan-kawan. Tapi aku tak nak terlalu tegar.

Walaupun dah dua hari aku berhenti berblogwalking, namun masih banyak kawan-kawan yang datang ke blog ni. So, aku decide untuk tidak lagi berhenti blogwalking ni. Aku nak terus bersama kawan-kawan blogger yang tidak pernah jemu-jemu2 datang ke blog aku ini. 

Aku akan kembali blogwalking dan akan terus blogwalking, namun  tidak seaktif dahulu. Jom jalan-jalan. (^_^)


APAKAH YANG PATUT FOKUSKAN PADA BLOG INI?

Almy nak minta pendapat kepada semua pengunjung dan pembaca. Almy kini semakin sibuk untuk menguruskan blog ini. Tidak sempat lagi untuk berblogwalking seperti sebelum ini. Dan jika dilihat kepada entry yang sebelum-sebelum ini, almy banyak mencampurkan semua perkara.

Jadi blog ini tiada keunikan sendiri. Baru almy sedar. Tapi, mulai dari selepas entry ini, almy ingin fokuskan blog ini kepada sesuatu yang khusus sahaja. Namun begitu, masih tercari dan terkial-kial dengan entry apa yang akan sesuai untuk blog seperti ini.

Dalam kepala otak ni, ada beberapa idea :
  • Update mengenai gambar-gambar dan video haiwan comel sahaja.
  • Isu semasa (tapi mungkin tak sempat).
  • Tutorial software seperti Adobe, 3D dan sebagainya.
  • Tutorial coding untuk blog dan website.
  • Minat kereta, tetapi tiada sumber yang banyak.
  • Apa-apa yang berkaitan Multimedia.
  • Teknologi terbaru.
Minta tolong kawan-kawan semua, kalau ada yang lebih baik, tolong cadangkan.


Tuesday, November 30, 2010

TOLONG JAWAB SURVEY, THANKS TAU..

Hai semua, kita berjumpa lagi dalam rancangan, APA KATA SURVEY.. (^_^)

Gurau ja, Almy nak minta tolong semua pembaca setia, pembaca yang tak setia atau curang, pengunjung yang datang berblogwalking, pengunjung yang datang dari search engine atau dari mana-mana ja. Almy minta tolong jasa semua untuk jawab survey yang sekarang ni tengah menari-nari di sidebar kanan blog ni.

Yang warna oren tu tau. Tolong eh, law tak nak tolong, almy nak minta tolong juga. Almy letak dari sekarang sehingga la esok petang pukul 6.30.

Sekali Lagi, Thanks sangat-sangat tau, Thanks tau.. See tommorow, eh silap, tomorrow. Sori eh, keyboard tak boleh guna backspace, maybe sebab back to space kot.  (T_T)

Jap, semua ada 7 soalan termasuk dengan soalan Nuffnang. Thanks sekali lagi :)

##ALMY NAK LETAK LAMA-LAMA SIKIT, TAK JADI NAK BUANG, ASA SAYANG PULA, KALAU ADA SAPA2 YANG NAK JAWAB, THANKS TAU, SETAKAT SEKARANG DAH 100 LEBIH YANG JAWAB, THANKS TAU,

Friday, November 26, 2010

TRAFIK AKU KE INI DARI SEARCH ENGINE

Selepas beberapa bulan mencuba beberapa cara untuk mendapatkan tempat dalam search engine, akhirnya usaha selama ini berhasil juga. Memang masa mula-mula berblogging, sakit hati, kecewa dan putus asa sering bertukar-tukar. Asal update, berminggu-minggu baru nak dapat tempat di search engine Google.

Tapi selepas beberapa tips dari blogger yang lebih otai, Alhamdulillah, semua usaha mendatangkan hasil yang amat memberangsangkan kepala dan jiwa untuk aku lebih bersemangat berblogging. Entry aku ke ini yang pertama cukup untuk menguatkan semangat aku ber blog ni. Setiap kali aku down, aku akan pergi ke entry pertama untuk menguatkan kembali semangat dan tujuan sebenar aku berblog ni.

OKTOBER 2010

NOVEMBER 2010

Ini sedikit trafik dari Google Analytic yang diringkaskan dalam ruangan Stats. Trafik yang disumbangkan dari Google Search Engine pada bulan Oktober dan November. Mampu membuat aku tersenyum. Terima kasih juga kepada yang sudi mengunjungi blog aku ke ini tanpa jemu dan bosan. Thanks so much my friends :) Maklumat lanjut tentang keyword, boleh lihat di sini.

**Cukup 3 bulan, aku dah boleh buat loan bank T_T

Monday, November 22, 2010

APA PATUT BUAT JIKA AKAUN DI SUSPEND

Kalau dah di suspend atau di banned, memang tak tahu lah nak buat macam mana lagi. Sebab itu kerja orang atas. Mungkin bagi yang menggunakan akaun free seperti blogspot dan lain-lain, kita memang terikat dengan peraturan yang ditetapkan syarikat. Eh.. jap, kita tengah cakap tentang apa ni?

Hehe, dah tentulah cakap tentang akaun blog. Bukan akaun bank atau selainnya. Ok, aku ada berjalan ke blog kawan-kawan, dan aku terperasan satu blog ni, akaun dh kena suspended atau dibekukan. Takut juga aku tengok. Habis semua masa dan idea-idea yang tak masuk akal sia-sia cam tu ja..


Kadang-kadang, kita tak sedar ada content kita yang melanggar terma dan syarat pihak syarikat, dan ada juga yang sengaja melakukan kesalahan seperti memasukkan entry lucah, perkauman dan sebagainya.


1. Pastikan kandungan blog korang tidak melanggar syarat seperti :
  • Fitnah.
  • Hak Cipta / cetak rompak / peniruan.
  • Lucah.
  • Kebencian atau kekerasan.
  • dan lain-lain (google ok!).
2. Setiap kali lepas update, lakukan backup. Seperti blogger yang menggunakan blogspot, korang boleh download semua content yang pernah korang post dalam blog.

3. Gunakan web hosting berbayar. Selalunya, web hosting berbayar ni peraturannya tidak seketat akaun free sebab kita bayar untuk dapatkan ruang kita sendiri. Dan dalam kata yang lain, kita lebih bebas dari akaun free yang terikat.

Ok, setakat itu saja yang aku dapat kongsikan disini. Kalau ada salah dan silap, harap dapat ditegur dan jika ada tambahan, minta juga dikongsi bersama :)

**Blogging dalam pejabat agak-agak kena suspend tak?
Seperti intro kat atas tadi, memang susah untuk dapatkan kembali akaun yang dah di banned atau di suspended ni. Cuma yang boleh kita lakukan adalah langkah persediaan awal. Aku sediakan sedikit tips untuk persediaan awal untuk tidak merana jika dibekukan.

Thursday, November 18, 2010

KENAPA READ-ONLY MODE?

Kenapa bila blogwalking hari ni, banyak blog yang tak boleh nak tinggalkan jejak kat shoutbox. Mula-mula ingat tuan blog saja ja buat mode tak bagi orang tinggal jejak, tapi bila dah lebih dari 10 blog benda yang sama ja muncul, pelik juga la.. Kenapa shoutbox jadi macam ni?

Bila nak type mesej dan klik tinggalkan jejak tak boleh. Pastu kalau 30 tahun jadi macam ni, macam mana nak blogwalking ni? Bingung..

Pastu bila tengok kat info, jadi macam ni sebab :

"Shoutbox is temporarily set to read-only mode.
Occasional maintenance work are carried out to ensure that the shoutbox can perform optimally.
Shoutbox will return back to normal in a short while. Thank you for your continued support."

Monday, October 18, 2010

REKOD LAWATAN BLOG PALING LAMA

Kalau sebelum ni, macam-macam hal yang jadi isu dengan pelbagai ragam pelawat ke blog Aku Ke Ini. Antaranya : keyword terpanjang, carian yang tiada kena mengena dengan tajuk, dan mencari entah apa-apa ntah. Hehe. Tergelak seorang diri bak orang gila pun ada. Oppss..

Tapi lain pula dengan kali ini, ada visitor yang melakukan perkara yang mungkin boleh memecahkan rekod. Apa benda? Tengok gambar kat bawah.

Tengok betul-betul, dalam kotak merah dalam gambar kat atas menunjukkan visitor ni tak tutup blog ni hampir satu hari. Terharunya aku. Dari 17 Oktober, hingga ke hari ini 18. Counter ni detect silap atau kejadian ini benar-benar berlaku? Jawapannya, ada pada visitor tersebut . Thanks.

Friday, September 24, 2010

PENTING BUAT SEMUA BLOGGER

Kepada semua blogger yang mengutuk tindakan w3d0z dahulu, aku pohon jasa baik dari anda semua untuk menyelesaikan semua ini. w3d0z telah berjanji akan mengembalikan akaun yang telah di godamnya dahulu kepada pemiliknya. 

Mungkin ini berita baik kepada pemilik akaun yang telah di hack oleh w3d0z, mungkin bukan anda yang di hack, mungkin jua kawan anda, jika ada, beritahulah kepada semua blogger yang telah di hack oleh w3d0z. Aku dimaklumkan oleh w3d0z, sebanyak 126 akaun blogger yang ada padanya sekarang.

Bagaimana nak dapatkan kembali akaun yang telah di hack oleh w3d0z itu?

Syarat yang di beri memang sukar untuk aku lakukan seorang diri, aku pohon kerjasama dari semua pembaca. Sebelum itu, ini mesej antara aku dan w3d0z.


Ini kandungan emel :

                    "semua blog yang di hack oleh wd0z-hacker akan di kembalikan asal dengan syarat :
                     http://www.indonbodoh.blogspot.com/  
                     di tutup penayanganya
                     di hapus dari blogger dan di tutup aksesnya
                     aksi w3d0z hanya membalas kelakuan blogger dengan id malaysia itu
                     selama http://www.indonbodoh.blogspot.com/
                     masih bisa di akses.......aku tidak akan berhenti mencari korban!!!!"

Dan bila aku pergi ke link tersebut, agak terkejut dengan kandungan didalam blog tersebut yang dibina semata-mata untuk menjatuhkan dan mengutuk Indonesia. Aku tidak menyokong mana pihak sekarang ini, apa yang aku inginkan, hanya keharmonian antara kita dalam alam maya ini. 

Tidak puas lagikah dengan peperangan yang terjadi di dunia nyata?
apakah kita juga ingin berperang di alam maya ini? Jika anda katakan tidak, sebarkan berita ini kepada semua blogger Malaysia agar kita bersama-sama melaporkan tentang kewujudan blog yang menghina Indonesia ini, dan berusaha agar blog itu dipadamkan.

Aku merayu kepada semua, tolonglah kawan-kawan kita yang lain, yang telah di godam akaunnnya, agar mereka dapat kembali ke dunia blogging ini bersama-sama kita. Andai tiada sokongan anda, berapa banyak lagi mangsa yang akan terlibat? Atau menunggu terjadi pada diri sendiri baru anda mahu menyelesaikannya? Fikirkan.. 

Jika anda inginkan keharmonian di dunia kita ini, sahut seruan aku ini dan laporkan kepada SKMM sekarang agar dipadam akaun Indon Bodoh ini.  Bukan itu sahaja, tolong laporkan kepada blogger team mengenai blog tersebut yang melanggar terma syarat blogger.com. 

Lebih ramai dan cepat yang laporkan, lebih cepat keamanan kita capai. Pergi ke blog Indon Bodoh dan lakukan seperti berikut. 

Klik pada Report Abuse..


Select Hate and Violence, kemudian continue, 
seterusnya juga continue dan akhirnya submit..

Mengambil kata-kata w3d0z  "Perdamaian memang indah...namun dikala perdamaian itu di rusak oleh satu orang saja....pasti akan muncul orang2lain seperti saya!!! tiada bangsa yang rela negerinya di hina"

**Komen di blog itu mencecah lebih 5000..