Ramai blogger baru yang wujud setiap hari. Semuanya disebabkan mereka terpengaruh dengan blogger-blogger yang sudah “well-established”. Ala, korang pun tahu la kan, blogger-blogger yang veteran seperti Azhar Ahmad, Mohd Ismail, Fahmishah dan lain-lain semuanya sudah mempunyai income sendiri dari blog mereka. Dan blogger-blogger veteran inilah punca utama kenapa ramai blogger baru kecundang di pertengahan jalan.
Pertama sekali, cuba korang fikir. Kenapa ramai orang ingin menjadi blogger? Dari pandangan aku, kebanyakkan mereka-mereka ini terpengaruh dengan banyaknya duit yang blogger-blogger veteran ini dapat dari blog mereka. Dan disebabkan itulah ramai yang ingin buka blog sendiri. Mereka fikir mereka akan dapat duit yang banyak sekiranya mereka mempunyai blog. Tetapi tahu tak kamu semua betapa susahnya blogger-blogger veteran ini untuk mendapat duit yang sebanyak itu?
Aku mengikuti perkembangan blogger-blogger veteran ini sejak dari dahulu lagi. Aku tahu sedikit sebanyak bagaimana mereka boleh muncul, berkembang dan berjaya menjadi seorang blogger yang memperoleh income bulanan yang lumayan. Bukan senang untuk menjadi senang, kawan-kawan.
Kebanyakkan blogger baru ini kecundang disebabkan mereka tidak memperoleh income seperti yang mereka jangkakan. Ramai rakan-rakan aku bertanya, berapa banyak yang aku dapat dari blog. Aku pun cakap, ada la dalam 3 angka sebulan. Dan mereka terpengaruh dengan apa yang aku cakapkan dan mereka pun ingin buat blog. Tetapi tahu tak korang apa yang terjadi?
Dalam sebulan, ok la lagi. Masuk bulan kedua, dorang stop. Dah malas dah nak blog. Dah semakin malas nak update blog. Kenapa? Sebab tiada orang yang melawat blog dorang dan tak dapat income seperti apa yang blogger-blogger veteran di atas tu dapat. Dan aku sangat hairan…
Kemudian aku pun bagi la nasihat kepada kawan-kawan aku ini. Termasuklah kepada korang semua yang ingin membuka blog sendiri. Ingatlah wahai kawan-kawan, untuk menjadi blogger yang berjaya bukan duit yang diutamakan. Apa yang penting adalah, minat. Minat untuk menjadi blogger dan bukan minat untuk mendapat duit. Kerana, dari minat menjadi blogger itulah duit akan datang dengan sendirinya.
Kalau korang semua tidak percaya, tanyalah mereka-mereka yang sudah berjaya memperoleh duit yang banyak setiap bulan itu. Tanyalah Azhar Ahmad. Tanyalah Mohd Ismail. Tanyalah Fahmishah. Tanyalah blogger-blogger yang dalam list aku itu. Tanyalah dorang. Macam mana susahnya dorang untuk berblog sehingga dorang mampu memperoleh duit dari blog seperti apa yang dorang dapat sekarang ini.
Tiada benda yang boleh datang bergolek tanpa ada suatu daya yang menggolekkannya. Tiada blogger yang berjaya tanpa minat dan kesungguhan untuk menjadi blogger yang sejati. Kepada semua blogger-blogger baru, aku doakan semoga korang berjaya. Jangan putus asa dan jangan jadikan duit sebagai matlamat utama. InsyaAllah, korang semua akan berjaya.
di petik dari
http://www.blogaku.net/archives/2008/02/05/kenapa-ramai-blogger-baru-yang-kecundang/
1 Comment:
berblog kerana duit macam tu la...koi harap koi tak begitu..
Post a Comment