Showing posts with label PERKAHWINAN. Show all posts
Showing posts with label PERKAHWINAN. Show all posts

Saturday, November 20, 2010

JANGAN TAKUT KAHWIN AWAL

Bagaimana seorang pelajar tahun akhir universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi (tekanan) setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau.

*****

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, "Nak bagi bini makan apa? Pasir?"

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami 'declare', untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar 'cinta rebound', tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani hubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.
Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.
Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

"Seganlah. Nanti orang kata apa."

"Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran."

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!!

Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.
Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

Dipetik daripada Artikel iluvislam.com

**Rezeki lebih murah selepas berkahwin, harap-harap tuan blog pun dapat kahwin awal :)

Sunday, October 10, 2010

PERKAHWINAN SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR DAN HARLINA

Hari ini, 10/10/10, tarikh yang dipilih oleh angkasawan negara untuk melangsungkan perkahwinan beliau bersama pilihannya, Dr. Halina Mohd. Yunos. Semoga jodoh mereka hingga ke akhir hayat dan terus ke syurgawi impian.

Dr. Harlina merupakan seorang doktor perubatan dalam bidang kecantikan di PrimaNora Women”s Wellness Centre. Harlina merupakan bekas pelajar perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sempena menyambut perkahwinan mereka, TV3 menyiarkan majlis perkahwinan mereka secara langsung pada jam 9 malam sebentar tadi. Siaran tersebut adalah langsung dari Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) selama satu jam. 

Majlis perkahwinan yang amat meriah sekali dan diselitkan dengan tema angkasa mungkin menjadi perkahwinan yang lebih meriah berbanding perkahwinan Nur Nadia SM Nasimudin.

Tuesday, August 31, 2010

CARA MENJIMATKAN WANG DALAM MAJLIS PERKAHWINAN

Memang tidak dinafikan, semakin hari, semakin tinggi kos untuk melangsungkan perkahwinan. Perbelanjaan untuk majlis perkahwinan sahaja menelan kos ribuan ringgit. (tidak termasuk kahwin kena tangkap basah)..


Semua orang mahukan perkahwinan yang meriah tanpa menghiraukan kos, tetapi masih ada cara untuk menjimatkan kos perbelanjaan perkahwinan anda. Teruskan membaca dan buatlah penilaian serta keputusan anda. Saya sediakan sedikit tips cara untuk menjimatkan perbelanjaan perkahwinan anda. Ingat, kuasa di tangan anda.

1.  JEMPUTAN.
  •       Kurangkan senarai jemputan ke majlis anda.
  •       Elakkan melangsungkan majlis pada hujung minggu.


2.  BUNGA
  •       Kurangkan penggunaan bunga.
  •       Membeli bunga mengikut musim. (Jangan bunga rambutan sudah la)..
      


3.  KEK
  •      Cukup dengan kek yang bersaiz sederhana atau kecil.
  •      Kurangkan hiasan yang tidak penting pada kek.

4.  FOTO DAN MUZIK
  •      Gunakan khidmat photographer yang bergelar kawan anda jika ada.
  •      Gunakan DJ yang juga bergelar sahabat anda jika anda.
  •      Gunakan khidmat DJ dan band dalam satu pakej. (2-in-1)   
5.  LAIN-LAIN
  •      Buat kad dan alat-alat perkahwinan yang mampu secara sendiri.

TUJUH JENIS KEK PERKAHWINAN YANG POPULAR

Dalam satu perkahwinan, tak lengkap majlis tanpa kehadiran manisan yang dinamakan "KEK".. (Secret Recipe??).. Permintaan yang tinggi menyebabkan munculnya pelbagai jenis kek dipasaran. Jom saksikan kek yang agak menjadi pilihan dan popular masa kini.

1.  Old-School Buttercream

 2.  Haute Chocolate

 3.  Playful Lines

 4.  Dramatic Color

 5.  Cake Trios

 6.  Global Patterns

 7.  Sophisticated Monograms

**Tak mampu komen kerana terliur kek-kek di atas..

Tuesday, July 27, 2010

JIKA ISTERI MENANGIS DIHADAPANMU


Jika isteri menangis dihadapanmu….

“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,

itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…



Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal

bersamamu

sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang

dulu, selamanya!



Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang

sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat

menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.



Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang

tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu

disaat kau terpuruk terlalu dalam …



Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan

menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan

kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh

kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang

dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”



Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya.

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg

dikasihinya. ..



Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…