Showing posts with label PERCINTAAN. Show all posts
Showing posts with label PERCINTAAN. Show all posts

Wednesday, September 15, 2010

UBATI LUKA SELEPAS PUTUS HUBUNGAN

Semua orang yang bercinta dan berkasih, mungkin akan melalui saat-saat perpisahan. Tidak kira sama ada anda ditinggalkan atau anda yang meninggalkan. Selepas itu, hari-hari yang anda lalui sangat sukar tanpa dirinya disisi. Namun, masih ada beberapa cara untuk anda kuatkan dan tabahkan diri anda serta kembali bersemangat..

1.   Elakkan Berkawan  -  Bukan bermaksud bermusuhan, tetapi demi mengubat hati sendiri, elakkan berkawan dengan bekas kekasih anda sekurang-kurangnya 3 bulan.

2.   Lakukan Sesuatu Yang Anda Tinggalkan -  Bulan pertama, lakukan semua hal hanya untuk anda. Mungkin ketika bersama, anda korbankan sesuatu atau  kehendak anda demi insan yang anda sayang. Pada ketika ini, lakukan apa yang telah anda korbankan dahulu atau apa-apa yang anda hendak lakukan.

3.   Dengar Pengalaman Buruk Kawan Anda - Andai anda mempunyai kawan yang pernah melalui saat seperti anda, dengar kisah mereka semasa terputus dahulu. Mungkin kawan anda telah melalui saat-saat yang lebih sukar dari anda, dan ini akan membuatkan anda merasa apa yang dilalui sekarang adalah sesuatu yang lebih mudah.



4.   Mulakan Perjalanan - Saat ini, jangan berdiam dan memikirkan nasib diri anda di rumah sahaja. Ambil cuti dan melancong ke mana tempat jauh dari tempat anda untuk sementara waktu. Ini akan membuatkan perasaan terhadap bekas kekasih anda lebih mudah dihilangkan dari minda, berbanding anda hanya terperuk di rumah.

5.   Ubah Penampilan Anda - Lakukan perubahan pada penampilan anda. Tinggalkan semua kenangan dahulu dan terus maju kehadapan dengan penampilan baru anda.

6.   Keluar - Keluar dari bebanan perasaan anda, dan pergi mencari orang baru. Terlalu cepat untuk berkasih semula? Bukan. tetapi sebagai peneman anda dan teruskan buang perasaan yang membebankan diri. Ambil masa untuk buka hati kembali, dan disaat itu, mungkin teman baru yang selalu menemani anda adalah penyeri hidup anda.

7.   Jaga Maruah Anda - Setelah anda berjaya melalui saat-saat terkejut, sedih dan menangis, hingga akhirnya anda kembali bersemangat kembali seperti asal, jangan lakukan perkara yang boleh menjatuhkan maruah anda. Seperti mabuk untuk contact/bercakap dengan bekas kekasih, berdrama, atau berbual tentang untuk mendapatkan kembali si dia. Biar dia yang lakukan semu itu.


Diakhir kejayaan anda, sentiasa hargai dan jagalah teman yang selalu bersama anda susah dan senang.

Wednesday, September 1, 2010

RAHSIA TARIKH LAHIR ANDA DAN PASANGAN

Jom tengok dan relakskan minda dengan rahsia-rahsia diri berdasarkan tarikh lahir anda. Ini hanya untuk bersuka-suka, namun tak salah andai ambil yang positif dan terapkan dalam diri kita sebagai motivasi untuk berjaya.

No. 1 

  Dilahirkan pada 1hb, 10hb, 19hb, 28hb dalam mana-mana bulan.

Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain.

Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda.

Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.
No.2 

Dilahirkan pada 2hb, 11hb, 20hb, 29hb dalam mana-mana bulan.

Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi anda perlu membuat perubahan ke atas hidup anda.

Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan..

Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.
No.3

Dilahirkan pada 3hb, 12hb, 21hb, 30hb dalam mana-mana bulan.

Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama  dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan  anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda.

Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergianda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan.

Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.
 No.4

Dilahirkan pada 4hb, 13hb, 22hb, 31hb dalam mana-mana bulan.

Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni.


Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang.. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda.

Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.
No.5

Dilahirkan pada 5hb, 14hb, 23hb dalam mana-mana bulan

Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru.

Anda adalah seorang yang kelakar di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan.

Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.
No.6

Dilahirkan pada 6hb, 15hb, 24hb dalam mana-mana bulan.

Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan.

Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda.

Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.
No.7

Dilahirkan pada 7hb, 16hb, 25hb dalam mana-mana bulan.

Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian.

Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri.

Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no..2.
No.8

Dilahirkan pada 8hb, 17hb, 26hb dalam mana-mana bulan.

Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda.

Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah.. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan.

Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.
No.9

Dilahirkan pada 9hb, 18hb, 27hb dalam mana-mana bulan.

Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti.

Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka.

Anda sesuai menceburi bidang kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

Sunday, July 11, 2010

DI SAAT

Bukan aku yang tulis apa yang ada di bawah ni, aku copy dari http://arieantara.posterous.com/disaat
Best dan sayu sangat madah-madah kat bawah ni..

•Disaat kamu ingin melepaskan seseorang.. 
ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya
 
•Disaat kamu mulai tidak mencintainya...
ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya
 
•Disaat kamu mulai bosan dengannya...
ingatlah selalu saat terindah bersamanya

•Disaat kamu ingin menduakannya...
bayangkan jika dia selalu setia
 
•Saat kamu ingin membohonginya...
ingatlah disaat dia jujur padamu

•Maka kamu akan merasakan arti dia untukmu
Jangan sampai disaat dia sudah tidak disisimu,
Kamu baru menyadari semua arti dirinya untukmu

•Yang indah hanya sementara
•Yang abadi adalah kenangan
•Yang ikhlas hanya dari hati
•Yang tulus hanya dari sanubari
 
•Tidak mudah mencari yang hilang
•Tidak mudah mengejar impian •Namun yg lebih susah mempertahankan yg ada 
Karena walaupun tergenggam bisa terlepas juga
 
•Ingatlah pada pepatah,
"Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"
•Belajar menerima apa adanya dan berpikir positif
 
•Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun, begitu bangun semuanya sirna tak berbekas
•Rumah mewah bagai istana, harta benda yang tak terhitung, kedudukan, dan jabatan yg luar biasa, namun..
 
Ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak bisa dibawa pergi
Sehelai benang pun tak bisa dimiliki
Apalagi yang mau diperebutkan
Apalagi yang mau disombongkan
 
•Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani
•Jangan terlalu perhitungan
•Jangan hanya mau menang sendiri
 
•Jangan suka sakiti sesama apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita
•Belajarlah tiada hari tanpa kasih
•Selalu berlapang dada dan mengalah
 
•Hidup ceria, bebas leluasa
•Tak ada yang tak bisa di ikhlaskan
•Tak ada sakit hati yang tak bisa dimaafkan
•Tak ada dendam yang tak bisa terhapus.

Friday, June 18, 2010

MENCINTAI ATAU DICINTAI

Dalam perhubungan, ada yang mencintai, dan ada juga yang dicintai. Tetapi yang manakah lebih baik? Mencintai atau dicintai?

MENCINTAI DICINTAI
Sanggup melakukan apa jua untuk orang yang dicintai walaupun tiada keuntungan ke atas diri sendiri Keberatan dalam melakukan sesuatu yang tidak mendatangkan keuntungan terhadap diri sendiri
Mempunyai tahap keegoan yang lebih rendah dari orang yang dicintai Tahap keegoan yang agak tinggi terhadap orang yang dicintai
Kemarahan yang sekejap, cepat mengalah terhadap orang yang dicintainya Kemarahan yang keterlaluan dan hanya mementingkan kepuasan hati sendiri
Walaupun tahu diri tak bersalah, tapi tetap mengalah kerana perasaan cintanya Selalu menganggap diri betul dalam apa jua hal, tetap mencari alasan bagi memenangkan diri sendiri
Apa jua yang kebaikan yang dilakukan oleh kekasihnya sentiasa dihargai walaupun sekecil-kecil perbuatan Mudah melupakan kebaikan dan jasa kekasih terhadap diri sendiri kerana hanya dipenuhi peraaan ego yang melampau
Sentiasa mengambil berat dalam sekecil hingga ke sebesar-besar perkara Tidak mempedulikan apa yang terjadi dan hanya mengambil sekadar perlu
Sentiasa memerlukan kekasihnya walau dalam apa jua keadaan No Komen
Mengharapkan yang terbaik untuk kekasihnya Lebih mementingkan diri dan mengharapkan yang terbaik untuk diri sendiri

Pilihan di tangan kita sendiri, mungkin ini bukan artikel yang sempurna atau 100% benar, tapi tahap penilaian adalah di tangan kita sendiri. Nilai lah dengan sepenuh hati. MENCINTAI ATAU DICINTAI?
ATAU SALING MENCINTAI?

Monday, June 7, 2010

Berilah Kebahagiaan

Time aku kecil dulu, datuk aku selalu pesan, kalau nak hidup bahagia, jangan fikirkan kebahagiaan diri sendiri. Berilah kebahagiaan kepada orang lain, maka akan bahagia lah diri kita. Aku tak faham sangat dengan kata-kata datuk aku tu, maklumlah orang tua-tua bila berkata-kata mesti berhikmah.

Kini, aku dah meningkat remaja, dan hampir mula memahami setiap ayat yang keluar dari mulut datuk aku itu. Berilah kebahgiaan terhadap orang lain, kalau adik korang nak makan kfc, belilah kfc kat dia kalau korang ada duit dan mampu. Mula-mula mesti rasa menyesal sebab adik korang habiskan duit korang, tapi dalam tak sedar, korang akan rasa seronok bila tengok adik korang makan dengan lahap dan rakus.. :-D

Contoh yang lain pula, kalau korang ada kekasih, mesti korang nak yang terbaik untuk diri korang. Dan korang akan rasa happy atau bahagia bila si dia ikutkan je kehendak korang, tapi korang sedar dan faham tak apa dia akan rasa kat korang? Tersiksa ke dia atau bahagia ke dia?

Bila dia dah tak tahan dan fedup dengan semua tu, agak-agak korang mampu ke nak tahan "uranium yang korang sendiri hasilkan menjadi nuklear dan meletus" kat diri korang sendiri? Saat tu, korang dah terlalu bahagia dengannya dan si dia yang korang harapkan hilang dari hidup korang, apa yang korang semua kan rasa?

Sebab itu la, bila korang bagi yang terbaik untuk dirinya, walaupun korang rasa sedikit tidak puas hati, ketepikan je perasaan tu. Dan korang akan dapat sendiri dari diri dia lebih dari apa yang korang korban dan berikan selama ini. Cuma sabar untuk kebahagiaan yang akan korang dapat nanti.

Tapi kalau dah takdir korang bukan dengan si dia, korang patut berpuas hati dengan apa yang telah korang berikan dan yang pentingnya korang dah berusaha bersungguh-sungguh.

Aku fikir la sorang-sorang, macam mana orang tua-tua boleh dapat faham dan ada pemikiran yang hebat macam tu sekali. Nak cakap datuk aku ambil diploma atau ijazah tak de la pula, tambahan la nak ambil Master atau PhD..



Dan akhirnya, baru aku tahu, semua itu atas pengangan kita kat Agama Islam. Tuhan wajibkan kita bayar zakat, dan rezeki kita akan berkat dan bertambah. Tuhan suruh kita bersedekah, dan kita akan di berikan-Nya lebih ganjaran dari apa yang kita beri andai kita betul-betul ikhlas.

Thursday, March 11, 2010

Saat Menilai Cinta





Saat Menilai Cinta

SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan

dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.

Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.

Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna. Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.

Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:





1. Lupakan masa lalu

Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.

Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

2. Temui ramai orang

Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.

Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

3. Ubah penampilan

Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.

Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

4. Jangan terburu-buru

Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu memilih

Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.





6. Buat keputusan

Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.

Sunday, March 7, 2010

Marah, marah dan terus la marah!!!

Marah? Mesti akan sebut marah itu kelemahan dan perkara negatif. Tapi sedar tak korang marah adalah satu kelebihan n kebaikan. Tak percaya? Aku tipu? Aku memandai? ni yang nak marah ni!!! hahaha, gurau jer.. Kalau korang kata marah tu satu kelemahan, korang silap, kalau korang kata marah itu sifat negatif, korang silap,, kalau korang nak pertahankan juga, maknanya korang kata Allah itu lemah la? Allah itu negatif la?..

Kadang-kadang kita perlu n mesti juga marah. Kalau kita tak marah, kita akan jadi tak matang, kita akan jadi dayus, kita akan jadi orang yang di buli, kita akan jadi lemah, kita akan jadi apa-apa ja yang negatif. Sebab tak marah la bermacam-macam masalah sosial yang timbul, sebab tak marah juga la kita jadi keras kepala.


















Agak-agak korang la, kalau awek/balak kita curang, apa akan jadi kalau korang tak marah?
Kalau isteri/suami kita curang, apa akan jadi kalau korang senyum?
Kalau orang rompak rumah korang, apa akan jadi kalau korang biarkan ja?
KALAU ALLAH TAK MARAH, APA AKAN JADI KAT UMAT ISLAM???!

Marah la. dan terus la marahkan orang, tapi marah biar lah bertempat. Marah biar lah bersebab. Allah marah umat Islam tak bersebab ke?
Allah marah tak kalau hamba Dia sembahyang dangan cara yg betul? Tak kan..
Nabi SAW marah juga kan?
Nabi sendiri yg mengaku dia marah,

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sebenarnya aku ini seorang manusia. Aku marah seperti mana manusia marah (Hadis Riwayat Muslim dan Anas)

Tipu la kalau korang tak pernah marah, tipu la korang senyum ja bila orang ppukul korang tanpa sebab, tipu la korang tak kisah kalau kekasih korang curang, tipu la korang, tipu la korang, tipu la korang tak marah.. kan,kan,kan???

Marah tak salah, tapi biar kena dan bertempat..
Marah tak salah, tapi marah la pada benda yang salah..
Marah gunakan akal, bukan nafsu.. Dengan akal, kita akan marah dengan betul,,

Marah lah tiap2 hari sebab zaman sekarang korang tetap kena marah. Tak kan la korang tak marah bila baca paper budak kena bunuh? Kena rogol? Kena dera?
Tak pon tak kan la korang senyum je bila Kelab Bolasepak kegemaran korang kalah atau kena kata?
Korang akan ketawa ke bila baca orang yang korang sanjungi kena kutuk, kana fitnah, kena kata????
korang tersengih ke bila Israel bunuh orang-orang palestin yg tak berdosa???
So, marah la, marah la, n terus la marah... How dare u!!

Kalau aku marah, aku jadi Hulk

Tuesday, March 2, 2010

Tips Menjaga Kekasih Hati


Aku sediakan dan kongsikan kat sini beberapa tips untuk menjaga hati kekasih ketika bersama, kadang-kadang tidak semua manusia itu sempurna, jangan pula korang anggap tips-tips ini boleh pakai seratus peratus,, semua yang terjadi adalah kehendak tuhan, tapi kita tetap perlu berusaha dalam mencapai dan memperolehi apa yang kita inginkan dan sekurang-kurangya kita dah banyak berusaha..

Tiada benda akan kita perolehi jika tanpa usaha, dan jika kita gagal, teruskan usaha tanpa putus asa. Mungkin kita dah di takdirkan untuk gagal selama 3 kali berturut-turut dan kita akan berjaya untuk kali ke-4, dan rugi la kalau kita tidak mencuba untuk kali ke-4 dan terus berputus asa.. Apa pun tak dapat. teruskan berusaha sampai berjaya.. Melalut pula aku, ok la teruskan dengan tips-tips menjaga kekasih... (Untuk kegunaan lelaki dan wanita sahaja, untuk pondan mungkin tidak berkesan)


  • Sentiasa 'friendly' ketika bersama, jangan terlalu sombong. Jika anda seorang pendiam, cubalah untuk tidak berdiam sahaja ketika bersama. Cuba cakap apa-apa yang baru.
  • Sentiasa lah jujur terhadap pasangan. Jangan menipu kerana bila perkara yang di tipu itu di ketahui, akan menyebabkan peperangan dunia yang ke-3.
  • Jangan berlagak seperti seorang yang baik dan bagus(minta maaf kalau ada yg terasa). Perangai ini boleh menyebabkan pasangan anda akan pandang rendah dan serong terhadap anda andainya berlaku sesuatu yang 'membocorkan' ketidak'baik' dan ketidak'bagus' anda.
  • Jangan berlagak seperti anda lebih pintar, lebih dewasa, lebih bagus, lebih, lebih, lebih n lebih lagi, sebab benda ni akan sebabkan pasangan tidak akan selesa. Dalam hubungan ada 2, lelaki dan perempuan, maka perlu la komunikasi yang baik dan tidak la seperti 'kapel' seorang diri.
  • Izinkan pasangan anda tunjukkan perangai sebenar kerana bila bersama terlalu lama atau berkahwin nanti anda dan dia tidak lagi mampu untuk 'berlakon' di hadapan pasangan masing-masing. Jika ada perangai yang yang tidak di sukai, terima lah teguran dengan hati yang terbuka dan berubah bukan kerana terpaksa, tetapi kerana MAHU BERUBAH.
  • Jaga perangai korang. jangan perasan kamu seorang yang hendsome atau cantik, kerana jika mempunyai rupa sekalipun, anda tidak akan dapat dan miliki hati pasangan jika 'RUPA' bukan ciri-ciri yang di kehendaki. Zaman sekarang tidak lagi memandang kepada rupa, tetapi lebih kepada PERANGAI.
  • Sama seperti di atas, rupa, harta, bentuk badan bukan menjadi ukuran,tetapi kepandaian, kejujuran, dan baik tingkah laku yang penting. (Berapa banyak pasangan orang kaya yang setia bersama)
  • Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada(terutamanya perempuan). Mula-mula mungkin biasa, tetapi lama-kelamaan akan menjadi beban. INGAT: JANGAN BERKASIH ANDAI TERBEBAN.
  • Jaga lah hubungan korang dengan keluarga kekasih. Jika korang nak hidup bersam, korang tidak akan dapat lari dari bertemu dan berhubungan dengan keluarga pasangan anda.
  • Jadi lah pasangan yang mampu untuk meluahkan rasa (baik n buruk) dan yang pentingya selalu bersedia untuk MENDENGAR.
  • Menjadi teman ketika SUSAH dan SENANG. Selalu bersedia bersama walau pahit dan manis.
  • Menghormati insan-insan yang rapat dengan kekasih anda seperti keluarga atau temen-teman rapat, kerana jika anda kurang ajar dengan keluarga atau teman-teman pasangan, pasangan kita juga akan terasa.
  • Selalu bersikap setia dan tidak curang. Kalau pandai sembunyikan sekalipun, mungkin pasangan anda juga akan begitu. "You pay nut, you got nut".
  • Bertanya lah khabar. sekurang-kurangya 2 atau 3 kali seminggu.
  • Gembirakan pasangan anda dengan benda-benda yang baharu.(Yang ini kena fikirkan sendiri)
  • Jika bergaduh, cuba jangan keluarkan perkataan "putus". Ketika marah,kita tidak akan mampu menahan emosi, tapi berjaga-jaga lah dengan perkataan keramat ni. Mungkin ringkas, tapi kesannya akan sebabkan sebuah "pesawat" terhempas.
  • Mengahargai pasangan anda.(Yang ini korang kena selidik sendiri, sebab korang kebih kenal pasangan korang)
  • Jangan bosankan pasangan dengan benda yang berulang-ulang.(Contohnya, setiap kali keluar, asyik makan McD je, agak-agak korang an, apa akan jadi? Cuba-cuba lah untuk makan di warung-warung atau kedai mamak, (bukan masalah duit, tapi kebosanan))
  • Kurangkan berjanji, kerana insan yang berkasih ini selaluny manja dengan pasangan walaupun dia seorang fighter, ahli gusti n sebagainya. Dan seorang yang manja akan menagih janjinya.
Cukup lah banyak tu, yang kat atas ni tak tentu la boleh 'apply' lagi.. Tips sebenarnya untuk dorongan sahaja dan yang PALING PENTINGNYA SENTIASA BERUSAHA! Aku doakan semua pasangan moga bersama sampai ke akhir hayat..