Semua orang yang bercinta dan berkasih, mungkin akan melalui saat-saat perpisahan. Tidak kira sama ada anda ditinggalkan atau anda yang meninggalkan. Selepas itu, hari-hari yang anda lalui sangat sukar tanpa dirinya disisi. Namun, masih ada beberapa cara untuk anda kuatkan dan tabahkan diri anda serta kembali bersemangat..
1. Elakkan Berkawan - Bukan bermaksud bermusuhan, tetapi demi mengubat hati sendiri, elakkan berkawan dengan bekas kekasih anda sekurang-kurangnya 3 bulan.
2. Lakukan Sesuatu Yang Anda Tinggalkan - Bulan pertama, lakukan semua hal hanya untuk anda. Mungkin ketika bersama, anda korbankan sesuatu atau kehendak anda demi insan yang anda sayang. Pada ketika ini, lakukan apa yang telah anda korbankan dahulu atau apa-apa yang anda hendak lakukan.
3. Dengar Pengalaman Buruk Kawan Anda - Andai anda mempunyai kawan yang pernah melalui saat seperti anda, dengar kisah mereka semasa terputus dahulu. Mungkin kawan anda telah melalui saat-saat yang lebih sukar dari anda, dan ini akan membuatkan anda merasa apa yang dilalui sekarang adalah sesuatu yang lebih mudah.
4. Mulakan Perjalanan - Saat ini, jangan berdiam dan memikirkan nasib diri anda di rumah sahaja. Ambil cuti dan melancong ke mana tempat jauh dari tempat anda untuk sementara waktu. Ini akan membuatkan perasaan terhadap bekas kekasih anda lebih mudah dihilangkan dari minda, berbanding anda hanya terperuk di rumah.
5. Ubah Penampilan Anda - Lakukan perubahan pada penampilan anda. Tinggalkan semua kenangan dahulu dan terus maju kehadapan dengan penampilan baru anda.
6. Keluar - Keluar dari bebanan perasaan anda, dan pergi mencari orang baru. Terlalu cepat untuk berkasih semula? Bukan. tetapi sebagai peneman anda dan teruskan buang perasaan yang membebankan diri. Ambil masa untuk buka hati kembali, dan disaat itu, mungkin teman baru yang selalu menemani anda adalah penyeri hidup anda.
7. Jaga Maruah Anda - Setelah anda berjaya melalui saat-saat terkejut, sedih dan menangis, hingga akhirnya anda kembali bersemangat kembali seperti asal, jangan lakukan perkara yang boleh menjatuhkan maruah anda. Seperti mabuk untuk contact/bercakap dengan bekas kekasih, berdrama, atau berbual tentang untuk mendapatkan kembali si dia. Biar dia yang lakukan semu itu.
Diakhir kejayaan anda, sentiasa hargai dan jagalah teman yang selalu bersama anda susah dan senang.
6 Comment:
saat mengalami perpisahan memang menyedihkan. mujurlah tak terbawa-bawa dalam perasaan.
tips yang menarik utk perkongsian sesama kita :)
nice sharing :-)
luv it..nk try nie plak,,
nasihat berguna...
;) i can't live without him
pernah terjadi suatu ketika dulu
una kejar dia dan dapat dia kembali...bila teringat balik.. tersa sedih terpaksa buat macam tu... sebab terlalu muda waktu tu.. n terlalu sayang. walaupun dia kembali pada una .. n dia dah berubah jadi lebih baik .. una tetap tak dapat lupakan .. n still berdendam dengan ex couple dia .. even sudah jadi kawan dengan ex dia..una x mungkin maafkan ex dia.. x mungkin sampai bila2
patutkh begitu?
it's really hurt ..;(
sabar lah una na...tak slh kita mngejar kebahagiaan kita,, dan itu plihan kita agar xmnyesal d kmudian hari..
memaafkan mmg mudh, tp tidak melupakan.. sush kita melupakan apa yg org lakukan pda kita,
jgn berdendam, tp jdikan ianya sbagai lgkh berjaga2, jgn d ungkit, ttpi berhati2.. jgn terlalu pndg ke belakng,
teruskan apa yg ada d hdpan, dan jdikan apa yg di blakang sebagai ukuran untuk maju kehadapan...
ibarat memandu di atas highway.. :)sekali sekal kita perlu lihat blkang, tetapi tidak kita undur knderaan,, skadar melihat untuk maju ke hadapan.. Selamt berjaya n gud luck..
terima kasih atas panduan ini. sangt berguna . hihih .
sebab sekarg mood tgh sedih sebab cinta. HAHA.
jom ,koment2 kat my blog jugak yer...
http://kerdildesa.blogspot.com/
Post a Comment