Tuesday, September 7, 2010

3D HD TECHNOLOGY PANASONIC

Semakin berkembang teknologi dan semakin tinggi persaingan antara pengeluar-pengeluar barangan yang berkonsepkan teknologi tinggi. Kalau dilihat bulan lepas, Fujifilm melancarkan produk Kamera 3D mereka, diikuti dengan pengumuman dari pihak Toshiba yang juga akan mengeluarkan produk TV 3D tanpa memerlukan cermin mata khas.

Nyata pihak Panasonic lebih dahulu cepat bertindak dengan melancarkan produk TV 3D Full HD terbaru mereka. Produk 3D TV yang dihasilkan Panasonic ini mempunyai 3 siri utama, VIERA VT25 Series Plasma Full HD 3D HDTVs, VIERA VT20 Series Plasma Full HD 3D HDTVs dan VIERA GT Series Plasma Full HD 3D HDTVs.

VIERA VT25 Series Plasma Full HD 3D HDTVs  didatangkan dengan beberapa saiz yang berbeza, iaitu 65, 58, 54 dan 54 inci. VIERA VT20 Series Plasma Full HD 3D HDTVs pula hanya didatangkan dengan satu saiz sahaja, 50 inci, manakala VIERA GT Series Plasma Full HD 3D HDTVs 50, 42 dan 46 inci.


Selain produk TV 3D Full HD ini, juga ada beberapa produk yang lain seperti cermin mata khas, FULL HD 3D EYEWEAR dan Full HD 3D Blu-ray Disc Player. Untuk maklumat lanjut sila pergi ke laman web Panasonic. Anda juga boleh melayari laman web 3D mereka di sini.

0 Comment: