Wednesday, August 18, 2010

KAMERA 3D TERBARU FUJIFILM


Kamera terbaru 3-D Fuji, mempunyai dua lensa CCD 10-megapixel dan 3x zoom optik jarak 2.9 inci (75 mm) dan mencipta imej yang lebih mendalam berbanding keluaran yang terdahulu. Ia memiliki 3.5 inci skrin 3D yang membolehkan pengguna menonton kembali gambar dan video tanpa menggunakan cermin mata khas.

Kamera ini dikenali sebagai  FinePix Real 3D W3 adalah yang kedua selepas kamera 3D keluaran Fuji yang sebelum ini yang dikeluarkan pada Julai lalu.

Kamera terbaru ini akan mula didapati dipasaran pada awal September hadapan dan berharga lebih kurang RM 1600. Kamera keluaran terbaru ini mampu mengambil gambar sehingga 10 megapixel dan boleh bertukar antara mod 2D dan 3D mengikut kesukaan pemilik.

Fuji juga menawarkan khidmat mencetak gambar 3D kepada pengguna. Lenticular LCD skrin 3.5 inci mencipta kesan parallax untuk memaparkan gambar 3D.

0 Comment: