Thursday, August 5, 2010

LAMBORGHINI GALLARDO LP 550-2 BALBONI


Lamborghini Gallardo LP 550-2 Balboni adalah edisi istimewa (Special Edition) yang dikeluarkan bersempena dengan persaraan Valentino Balboni, penguji pemanduan syarikat tersebut setelah berkhidmat selama 40 tahun bersama syarikat terbabit.

Valentino Balboni telah banyak membantu dalam mencari penalaan atau tuning  dan menjadi pemandu uji kepada kereta seperti Miura, Gallardo dan Murcielago. Balboni didatangkan dengan enjin V10, 542 kuasa kuda, 5.2 liter dan pacuan belakang. (Sesuai main drift :-p)


Syarikat tuning Jerman, Anderson, telah mengeluarkan pakej penalaan yang baru ke atas Balbino. Enjin V10 telah dihasilkan untuk menghasilkan tambahan 39 kuasa kuda, sekaligus keseluruhannya output sebanyak 582 kuasa kuda. Tayar hadapan bersaiz 8.5 x 20 inci dan 11.5 x 20 bagi belakang.

Sistem ekzos boleh diubah kepada tiga tahap menggunakan remote kawalan bagi mengawal sistem injap mengikut kesesuaian anda.



0 Comment: