Showing posts with label Automotive. Show all posts
Showing posts with label Automotive. Show all posts

Wednesday, March 2, 2011

JANGAN BELI KERETA PROTON LAGI

Berita yang aku baru terima dan tahu. Jika korang peminat kereta proton, baik hentikan sekejap niat untuk beli kereta keluaran Proton ni. Bukan menghasut, tetapi inilah kenyataan. Kalau dulu Proton bekerjasama dengan Mitsubishi dan sekarang ni dengan Lotus.

Memang satu kejayaan yang besar. Kalau dulu menggunakan enjin 4Gxx, kini Campro atau CPS. Akan datang, Proton mungkin pula akan menggunakan enjin SRxx. Tak faham lagi? Proton sudah menandatangai MoU untuk bekerjasama dengan syarikat pengeluar kereta Nissan.

Tahukan Skyline, Silvia, Sentra dan beberapa buah model lagi adalah keluaran Nissan? Ya, itulah tajuk aku. Kalau proton selepas ini mengeluarkan kereta yang dibangunkan bersama Nissan, apakah output kereta itu nanti? Mungkinkah akan setaraf dengan jenama-jenama Nissan yang lain? Tapi kalau Proton masukkan enjin SR20 dalam model akan datang, memang gempak habis.


Aku suka. Tapi nak beli kena tunggu ada duit la dulu. Aku buat cerita ker? Kalau buat cerita, korang salahkanlah Bernama, sebab aku pun terbaca kat sana. Tapi hebat ke Nissan ni? Terpulang kat individu, tapi takkan pula Tengku Djan pasang SR20 kat Waja dia dulu sebab SR20 ni tak hebatkan. So?

Friday, February 18, 2011

FORD FIESTA 2011 MALAYSIA

Berminat untuk dapatkan Ford Fiesta baru? Baca dahulu dan nilaikan samada ianya sesuai dan yang terbaik untuk anda. Untuk saksikan kehebatan Fiesta baru ini, anda lihatlah kehebatannya yang dipandu oleh seorang pemandu Rally yang cukup terkenal, Ken Block.

Papan pemuka yang tampak mewah
Engine berkuasa menjadi nadi utama
Dah selesai tengok? Ok, kita sambung. Apa yang akan anda miliki dalam Ford Fiesta ini? Pertamanya, Ford Fiesta baru ini ada tiga pilihan utama iaitu :
  • 1.6 Sport Ti-VCT Automatic (RM 82 888.00)*
  • 1.6 Sedan LX Ti-VCT Automatic (RM 78 888.00)*
  • 1.4 LX Manual (RM69 888.00)*
*Harga di Semenanjung Malaysia sahaja.

Apa yang menariknya, Ford Fiesta baru ini dilengkapkan dengan pelbagai ciri moden dan terkini. 
1.6 Sport Ti-VCT Automatic
  • 6-Speed Dual Clutch Powershift® Automatic Transmission
  • Electronic Stability Program (ESP)
  • Traction Control System (TCS)
  • Antilock Braking System (ABS)
  • Electronic Brake Force Distribution (EBD)
  • Driver & Passenger Airbags
  • Bluetooth/USB/iPod Connectivity & Voice Control
  • Power of 120PS @ 6000rpm
  • Ford Easy Fuel
  • Fuel consumption 5.9L per 100KM
  • 16" alloy wheels
1.6 Sedan LX Ti-VCT Automatic
  • 6-Speed Dual Clutch Powershift® Automatic Transmission
  • Electronic Stability Program (ESP)
  • Traction Control System (TCS)
  • Antilock Braking System (ABS)
  • Electronic Brake Force Distribution (EBD)
  • Trunk Capacity of 470 litres
  • Ford's Kinetic Design Exterior
  • Power of 120PS @ 6000rpm
  • Ford Easy Fuel
  • Fuel consumption 5.9L per 100KM
Dan untuk lebih maklumat lanjut, layarilah laman web Ford Fiesta Di Sini

    Tuesday, February 15, 2011

    HYUNDAI ELANTRA COUPE MEWAH BERGAYA

    Hyundai melancarkan lagi satu produk baru mereka, Hyundai Elantra Coupe dua pintu. Tak tahu nak cakap dan perincikan. So layan gambar ja lah..




    Sumber :
    www.autonews.com
    paultan.org

    Monday, February 14, 2011

    KERETA KONSEP PROTON PAHLAWAN

    Jika pada bulan Disember 2010, Proton memaparkan 5 Kereta Konsep Proton Pahlawan, Tuah, Jebat, Lekiu, Lekir dan juga Kasturi. Kini perincian tentang beberapa kereta konsep ini dikeluarkan pula.

    Jika sebelum ini lebih dikenali dengan nama Tuah, eloklah ditukarkan sekarang kerana dalam gambar yang terbaru ini, Tuah telah digantikan dengan perkataan Espire pada plat belakang.

    **Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. Gambar akan dibuka pada New Tab

    Begitu juga dengan Proton Lekir yang lebih bercirikan Eropah. Di fahamkan dari sember tertentu, Lekir bakal dikuasakan oleh engine 1.6 CFE, yang juga mungkin enjin turbocharged terbaru proton yang mampu menghasilkan sehingga 164 kuasa kuda.

    Antara nama lain bagi 4 lagi kereta konsep ialah :
    • Jebat = Proton Fury, 
    • Lekiu = Proton XActive,
    • Lekir = Proton Exivo, 
    • Kasturi = Proton Pure (Sekarang dikenali Proton Saga FL 
    **Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. Gambar akan dibuka pada New Tab
    Espire

    Jebat= Proton Fury

    Kasturi

    Lekir = Exivo

    Exivo

    Lekiu = Proton XActive

    Sumber : Paultan.org

    Friday, December 3, 2010

    KONSEP PROTON TUAH, JEBAT, KASTURI, LEKIU DAN LEKIR

    Link Berkaitan

    Dalam Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2010 yang dianjurkan baru-baru ini, pihak proton telah mencipta konsep terbaru bagi produk keluaran mereka. Antaranya yang menarik adalah konsep baru yang akan menggunakan nama lima pahlawan terulung Melaka, iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekiu dan Hang Lekir.

    Nama-nama agung ini akan disematkan pada kenderaan yang akan dikeluarkan oleh pihak Proton nanti. Model konsep ini dinamakan dengan Siri Proton Pahlawan.

    1.   TUAH
    - Tuah lebih digarapkan dengan design dari proton Persona.



    2.   JEBAT
    - Lebih kepada keluaran Proton sebelum ini, Proton Inspira. Dan juga akan lebih sama dengan Lancer Evolution.



    3.   KASTURI
    -  Facelifted saga baru. Dikemaskan lagi dengan pelbagai ciri luaran dan dalaman. Didatangkan dengan tema hitam putih.







    4.   LEKIU
    -   Menggarapkan ciri-ciri Exora. Dihasilkan bersama kejuruteraan Proton dan Lotus.



    5.  LEKIR
    -  Keluaran yang mungkin akan mampu menarik minat pelbagai untuk memilikinya. Membawakan ciri-ciri mewah dan bergaya. Difahamkan, Lekir akan dimampatkan dengan Engine Turbocharged Campro.



    Tuesday, November 30, 2010

    SUBARU IMPREZA 2011 KONSEP DESIGN

    Subaru of America, Inc. melancarkan konsep design untuk Subaru Impreza 2011. Design terbaru ini lebih bercirikan kepada model masa hadapan dan paparan yang menarik. Konsep kali ini lebih kepada memberikan pemanduan yang dinamik dan keyakinan diri.

    Konsep Impreza ini telah dipaparkan dalam show yang berlangsung pada 19-28 November di Los Angeles Convention Center. Ia lebih membawa kepada perfomance, keselamatan, pemanduan yang mengujakan dan kualiti.

    Difahamkan juga, Subaru Impreza 2011 ini akan menggunakan generasi terbaru engine box dan CVT. Juga akan dimampatkan dengan enjin 2.0 liter N/A bersama Continuously Variable Transmission (CVT).
     







    Monday, November 29, 2010

    VAN TERCANTIK DAN TERHEBAT

    Kalau yang minat kereta, mesti akan ubahsuai kereta untuk jadikan kereta itu kuat atau cantik. Dan manusia jenis itu dipanggil sebagai seorang yang gila kereta. Tapi tak ramai pula dikalangan itu yang digelar GILA VAN. Gila van ni macam mana pula? Gila van ni adalah seperti dibawah ni.

    Difahamkan, semua edisi van ini hanya boleh didapati di Jepun sahaja~~Ada lagi yang masih gila?





     









    **Ada siapa lagi berani buat semua ini?

    Saturday, November 27, 2010

    SM NASARUDIN TOKOH AUTOMOTIF NEGARA 2010

    SM Nasarudin, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza di anugerahkan sebagai Tokoh Automotif  Negara pada tahun ini dalam majlis Majlis Malam Anugerah Kereta Terbaik 2010 (COTY) yang dianjurkan oleh Maybank dan New Straits Times Sdn Bhd (NST) malam tadi.

    SM Nasarudin berkata, beliau amat bangga kerana mendapat peluang untuk menerima anugerah yang berharga itu dan sekaligus dapat memenuhi impian arwah ayahnya, Tan Sri Nasamuddin SM Amin.

    SM Nasarudin merupakan anak kedua kepada Allahyarham Tan Sri Nasamuddin SM Amin dan berusia 27 tahun. SM Nasarudin, SM Faisal dan adik mereka SM Faliq menguasai kepentingan dalam Kumpulan Naza bernilai RM 3 Billion. Beliau juga menamatkan pengajiannya dari University of Southern California.

     
    Pada tahun 2005, SM Nasarudin bekerja sebagai pelatih pengurusan dalam Naza Kia Sdn Bhd sehingga beliau dilantk sebagai ketua operasi Naza Corporation Sdn Bhd pada tahun 2006. Kemuncaknya, pada 2008 beliau diamanahkan jawatan CEO dalam ketiga-tiga syarikat-syarikat Naza :
    • Nasim Sdn Bhd (Francais Peugeot),
    • Naza Corporation Sdn Bhd,
    • NZ Diners Sdn Bhd.

    **Bila almy boleh dapat Tokoh Blogger?