Showing posts with label Tak Lawak Pon. Show all posts
Showing posts with label Tak Lawak Pon. Show all posts

Saturday, February 12, 2011

G SPOT ATAU 9 SPOT

Hari ni aku melepak dengan kawan aku yang lama dah aku tak jumpa. Aku melepak tepi jalan ja. Tak da lah melepak sampai ke restoran 40 60 bintang tu. Macam-macam aku sembang dengan dia, buat apa sekarang ni, dan banyak lagi la.. Aku bukan nak cerita tentang apa yang aku dengan dia sembang. Dan kalau aku ceritakan pun, korang bukan nak baca pun. Buang masa korang ja kan.

Dah lebih 19 minit menyembang, terasa haus la pula kerongkong aku ni. Aku ajaklah member aku ni gi minum. Niat aku memang nak belanja dialah. Sampai depan kedai runcit tu, aku tanyalah dia nak minum apa, dia jawab dia nak 100 Plus. 

Aku masuklah kedai, then tengok, 100 Plus tak ada. Aku cakaplah kat member aku. Pastu dia jawab camni.

"Ang ambillah air g spot"

Aku pula bertambah bingunglah, nak ke mampus nak ambil air g spot. Kebetulan yang jaga kaunter tu pula perempuan. Lagilah aku naik segan.

Pastu aku coverlah sikit,

"Ang masuklah ambil sendiri, aku tak tahu yang mana satu"

Gambar hiasan dari Google.

So, dia masuklah ambil dan terus dia capai air 9Spot keluaran Power Root. Aku ni dah terkekeh dah ketawa. Kawan aku tu naik bingung kenapa aku ketawakan dia. Keluar ja kedai, bertambah besarlah ketawa aku dan seluruh dunia sedang memerhatikan aku dan member aku ni.

Aku cakaplah kat dia, jom gerak gi tepi padang belakang kampung. Sampai ja kat sana, dia tanya lagi,

"Awat ang gelak tadi?" So aku terangkanlah apa maksud sebenar G-SPOT. Korang nak tahu tak apa tu G-SPOT, korang google lah. Memang aku nak sambung gelak lagi.

**Tapi kekeliruan ini salah siapa?

Saturday, December 11, 2010

BERKORBAN KERANA WARIS

Sanggup kah anda lakukan begini? Yang penting anak selamat.

Friday, December 10, 2010

Thursday, December 9, 2010

BABI DI DINDING


Terlalu kreatif sehingga begini jadinya. Siapa berani cas handphone guna plug ni? Cepat g samak dengan air tanah (*_*)

Tuesday, December 7, 2010

PEREMPUAN ISI MINYAK

Apabila perempuan isi minyak di stesen minyak, apa yang terjadi?

 Dekat sangat tu akak oi.. (^_^)

 Polis:  Kenapa tak bawa sekali dengan stesen minyak tu jer?

 Bantuan minyak bagi yang perlu..

Isi minyak wireless (T_T)

Step 1

Step 2

Step 3

Blurrrrr~~~

**No komen from writer.. (*_*)

Thursday, October 7, 2010

PENGADIL BIBIANA STEINHAUS DIPEGANG PAYUDARA

Siapa yang suka tengok liga German? Dalam Division 2 Liga Jerman (Bundesliga 2) 4 Oktober yang lalu, pemain Midfielder bagi pasukan Hertha Berlin, Peter Niemeyer terpegang payudara pengadil perempuan, Bibiana Steinhaus, yang mengadili perlawanan tersebut.

Namun, nasib menyebelah Peter Niemeyer kerana Bibiana Steinhaus tidak mengenakan sebarang tindakan terhadap beliau. Bibiana Steinhaus Sekadar tersenyum dan Peter  Niemeyer memohon maaf atas insiden yang berlaku tanpa disengajakan itu.





*Jika berlaku di Malaysia, apakah yang akan terjadi?

Monday, September 27, 2010

APAKAH BENDA ITU?

Tak nak leter panjang-panjang.. Dua hari aku tinggalkan blog untuk ke satu kem. Lepas habis je kem tu, aku tengok la semula video-video dan gambar-gambar yang sempat aku ambil semasa di kem tersebut.. 

Then, satu malam, aku tak boleh tidur sebab apa entah. Seperti biasa, aku rakam la sekeliling, dan.....!!!!!!! Video dibawah dirakam pada pukul 4 pagi 26 September 2010, video ketika geng-geng urusetia yang tengah tidur. Disebabkan cuma menggunakan kamera handphone, kualiti agak kurang baik. Saksikan sendiri dan lihat apa yang ada dalam video ni..


 Apa pun jua, hanya tuhan yang mengetahui apa sebenarnya itu..


* Kalau tak nampak apa-apa, perhatikan pada masa 0:12-0:15.. 
**Selepas tengok video kat atas, tengok lak video ni... Ada juga la kaitan sikit-sikit..

Thursday, September 23, 2010

SIAPA PUNYA KERJA PULA

Buka Nuffnang tadi, tengok keyword yang masuk, ini yang dapat.. Kalau sebelum ni, blog ini pernah mendapat kunjungan dari peminat fanatik Mas Idayu yang mencari seluar dalamnya walaupun tiada entry berkaitan. 

Seterusnya Kedai online seluar dalam, dan kini, tiada lagi semua perkataan sebegitu, tetapi muncul satu keyword yang agak panjang dan Landing Page adalah kat Blog Aku Ke Ini juga..


Ini keyword yang membantu trafik Aku Ke Ini :  bumi huru-hara 2013 kerana matahari gambar fail yang dirakamkan pentadbiran aeronautik dan angkasa lepas kebangsaan amerika syarikat menunjukkan nyala.

Then, try la search dan ini hasilnya..


Siapa punya kerja? Cepat mengaku.. Just nak ucapkan Thanks.. Hope ur get a better life :)

Monday, August 30, 2010

WHEN PEOPLE SEE IT..

Sebelum ni mesti korang selalu tengok dalam Facebook, dan juga mana-mana laman web sosial yang lain mengenai tease video yang memaparkan muka hantu atau wajah yang menggerikan muncul tiba-tiba..

Korang terfikir tak camna riak muka korang time terkejut tu.. Kalau nak tau, korang tengok video kat bawah ni.. Jommm!!
Tapi better korang gelak dulu, baru tengok...




** Semua kelakar, tapi ada yang betul-betul mencuit hati dalam video ni.
** Reaksi yang cute (baby)   0:01-0:03, 0:33-1:04, 2:00-2:10, 2:18-2:253:17-3:33, 4:45-4:49,           

Wednesday, July 14, 2010

SEKALI LAGI DIA BUAT HAL

Kenapa lah blog aku yang murni ni dicemarkan dengan perkataan yang menggelikan hati..
Alahai seluar dalam, banyak sangat ke seluar dalam kat blog aku ni sampai dah jadi "Kedai Online Menjual Seluar Dalam"?

Aku pun dah tak tahu lah nak cakap macam mana lagi, blog aku Mencari Yang Terbaru Ketika Berkongsi Kehidupan, bukan mencari fesyen terbaru pakaian dalam.. Membebel panjang pula aku, korang tengok la sendiri gambar kat bawah ni..


Tak nampak? Jap aku besarkan kat korang..


Sebelum ni dah la blog aku jadi mangsa tentang seluar dalam artis Malaysia, kat post

Macam-macam hal la, yang aku tahu, keh keh keh je,, :-D

Saturday, June 26, 2010

KENAPA SELUAR DALAM


Kenapa malang sangat nasib blog AKU KE INI? Di nodai dengan perkataan yang hina dan menggelikan seperti ni? Kah Kah Kah...

Tuhan, ampunkan aku, dan kepada mas ayu, AKU minta maaf sangat di sini. Dan apa yang pentingnya dalam blog AKU KE INI, tiada perkataan sehina dan segeli itu. AKU pun ada sedikit terasa geli hati.. Hehehe, siapa la yang 'search' perkataan macam ni.. Keh keh keh..

Wednesday, June 16, 2010

SURAT TAK RASMI BUAT PENCURI

Sekali sekala berjalan, terpandang la satu surat di tampal di hadapan pintu bilik seorang yang prihatin. Tertampal satu surat khas untuk individu berkenaan.

Sunday, May 23, 2010

Selepas Hijau

Kisah ini terjadi beberapa tahun yang lepas.. Pada suatu hari, seorang pak cik yang berusia 50-an telah bercadang mengambil lesen memandu. Maka pergilah dia mendaftar di sebuah Institut memandu negeri. Setelah membuat pandaftaran dan pembayaran, dia di suruh datang kembali pada minggu seterusnya..

Berlalulah hari demi hari, dan akhirnya tibalah pada hari beliau mengambil bahagian pertama. Setelah selesai, maka pulang lah si pakcik ni dengan senang hatinya. Beberapa hari selepas itu, si pakcik ini pergi sekali lagi untuk mengambil ujian undang-undang jalan raya berkomputer.

Disebabkan pak cik ini seorang yang buta huruf, maka dia mendapat kebenaran untuk melakukan ujian undang-undang secara soal jawab. Bemulalah soal jawab di antara Pak Cik ini dan seorang pengawai yang bertugas. Soalan pertamanya sehingga ke soalan ke-17 berjaya di jawab dengan mudahnya. Namun soalan yang ke-18 menjadi sukar dan ujian ke atas pengawai tersebut.

Pengawai  : Soalan seterusnya, apakah warna bagi lampu isyarat untuk berhenti?

Pak Cik    : Merah,

Pengawai  : Ok, bagus. Selepas lampu kuning, lampu apa?

Pak Cik    : Kuning,

Pengawai  : Selepas kuning pula?

Pak Cik    : Lampu merahlah dik, selepas merah hijau.

Pengawai  : Bagus Pak Cik. Lampu selepas hijau pula?

Pak Cik   : Selepas hijau mana ada lampu lagi dik,

Pengawai : Kenapa pula?

Pak Cik  : Sebab selepas hijau saya dah tak nampak lagi lampu isyarat tu, saya terus jalan...

Pengawai : (Adussss... Terkena aku dengan pak cik ni) Ok lah, terima kasih, Pak cik boleh keluar dulu, nanti saya beritahu keputusannya.

Maka, dengan segala kekuatan, pengawai ini menandakan lulus bagi pak cik ini kerana lebih arif dalam undang-undang jalan raya berbanding dirinya.. Tak kan lah selepas hijau nak tunggu tengok lampu isyarat lagi kan?


Saturday, March 20, 2010

Don Kodek

Post kali ni, aku nak ceritakn sikit sal kisah seorang insan yang di beri nama Don Kodek.. Kisah ni dah lama berlaku, dalam tahun 70-80 an juga la.. Ini bukan cerita yang aku reka ciptakan sendiri, tapi cerita ni adalah cerita benar, cuma tak diterbitkan dalam siaran 'Neraca Hidup:Kisah Benar' kat TV3...

Ceritanya bermula di sebuah kampung jauh nun utara sana. Dalam sebuah rumah, tinggal sepasang suami isteri dan setelah beberapa tahun berkahwin, akhirnya si isteri pun melahirkan seorang bayi lelaki setelah hampir 9 bulan mengandung hasil perkahwinan beliau dengan suaminya...

Maka pada hari kelahiran si bayi tersebut, bergembiralah si suami ni, sampai terlupa untuk pergi mendaftarkan nama anaknya selama beberapa hari.. Maka selepas itu, mereka mencari nama untuk cahaya mata yang baru di lahirkan itu..


Akhirnya, ibu si isteri telah memilih nama Abdul Kadir untuk bayi tersebut.. Maka terus la si suami pergi ke balai polis unutk mendaftarkan nama bagi anaknya. (zaman dulu, daftar nama di balai polis, bukan di hospital seperti sekarang,faham?)... Di dalam balai polis berlaku lah beberapa perbualan antara pengawai polis dan si suami.

Polis    : Selamat datang, ada apa yang boleh saya bantu?
Suami  : Mahuk daftarkan nama anak(dalam pelat kampung bercampur siam)
Polis    : Ok,nama bapa?
Suami  : Abdullah.
Polis    : Nama ibu?
Suami  : Fatima.
Polis    : Nama anaknya?
Suami  : Don Kodek (Asalnya Abdul Kadir, tetapi bercampur dengan pelatnya maka jadi lah Don kodek)
Polis    :Ok, saya ulang, nama bapanya Abdullah, ibunya Fatima dan anaknya Don Kodek, sila tanda tangan di bawah ni ye..

Si suami ni tak mampu untuk membetulkan nama anaknya kepada yang betul kerana kepelatan lidahnya sendiri dan terpaksa lah dia menandatangani sijil lahir anaknya itu. Maka hingga ke besar lah anaknya itu di panggil Don Kodek, kodek dan don..


 ** No komen...

Wednesday, March 17, 2010

Nyamuk VS Putik Kapas

Al-kisahnya bermula ketika aku sedang asyik berborak dengan member aku ni, n laz2 dia buka cerita sal kawan bapa dia..

Dalam cerita itu, watak utamanya adalah putik kapas dan seekor nyamuk dan tidak ketinggalan juga seorang mangsa merangkap seorang manusia. Ceritanya begini, satu hari seorang manusia ni sedang asyik bersantai sambil-sambil mengorek telinganya dengan putik kapas.

Sedang asyik mengorek dan mengeluarkan tahi telinganya, kain pelikat yang sedang di pakainya itu sedikit longgar, maka segera la dia membaiki kainnya itu dalam keadaan putik kapas masih lagi di dalam rongga telinganya. Nak di jadikan cerita, seekor nyamuk yang telah tersesat, melalui di sekeliling telinga manusia ni.


Maka dengan segala kekuatan dan kemampuan, terus lah si manusia ni menampar nyamuk ini. Tetapi dalam manusia keadaan terleka dan terlupa yang putik telinga masih lagi berada dalam rongga telinganya, dia telah membenamkan putik kapas dengan tidak sengaja itu hingga memecahkan gegendang telinganya sendiri. Dan hingga ke hari ini, si manusia itu telah menjadi pekak hingga ke hari ini. Kesiannnnn.....

** Kerana seekor nyamuk, telinga pon boleh jadi pekak.. Kalau dah takdir, apa lagi boleh buat. Benda kita tak jangka nak jadi..