Saturday, March 20, 2010

Don Kodek

Post kali ni, aku nak ceritakn sikit sal kisah seorang insan yang di beri nama Don Kodek.. Kisah ni dah lama berlaku, dalam tahun 70-80 an juga la.. Ini bukan cerita yang aku reka ciptakan sendiri, tapi cerita ni adalah cerita benar, cuma tak diterbitkan dalam siaran 'Neraca Hidup:Kisah Benar' kat TV3...

Ceritanya bermula di sebuah kampung jauh nun utara sana. Dalam sebuah rumah, tinggal sepasang suami isteri dan setelah beberapa tahun berkahwin, akhirnya si isteri pun melahirkan seorang bayi lelaki setelah hampir 9 bulan mengandung hasil perkahwinan beliau dengan suaminya...

Maka pada hari kelahiran si bayi tersebut, bergembiralah si suami ni, sampai terlupa untuk pergi mendaftarkan nama anaknya selama beberapa hari.. Maka selepas itu, mereka mencari nama untuk cahaya mata yang baru di lahirkan itu..


Akhirnya, ibu si isteri telah memilih nama Abdul Kadir untuk bayi tersebut.. Maka terus la si suami pergi ke balai polis unutk mendaftarkan nama bagi anaknya. (zaman dulu, daftar nama di balai polis, bukan di hospital seperti sekarang,faham?)... Di dalam balai polis berlaku lah beberapa perbualan antara pengawai polis dan si suami.

Polis    : Selamat datang, ada apa yang boleh saya bantu?
Suami  : Mahuk daftarkan nama anak(dalam pelat kampung bercampur siam)
Polis    : Ok,nama bapa?
Suami  : Abdullah.
Polis    : Nama ibu?
Suami  : Fatima.
Polis    : Nama anaknya?
Suami  : Don Kodek (Asalnya Abdul Kadir, tetapi bercampur dengan pelatnya maka jadi lah Don kodek)
Polis    :Ok, saya ulang, nama bapanya Abdullah, ibunya Fatima dan anaknya Don Kodek, sila tanda tangan di bawah ni ye..

Si suami ni tak mampu untuk membetulkan nama anaknya kepada yang betul kerana kepelatan lidahnya sendiri dan terpaksa lah dia menandatangani sijil lahir anaknya itu. Maka hingga ke besar lah anaknya itu di panggil Don Kodek, kodek dan don..


 ** No komen...

0 Comment: