Al-kisahnya bermula ketika aku sedang asyik berborak dengan member aku ni, n laz2 dia buka cerita sal kawan bapa dia..
Dalam cerita itu, watak utamanya adalah putik kapas dan seekor nyamuk dan tidak ketinggalan juga seorang mangsa merangkap seorang manusia. Ceritanya begini, satu hari seorang manusia ni sedang asyik bersantai sambil-sambil mengorek telinganya dengan putik kapas.
Sedang asyik mengorek dan mengeluarkan tahi telinganya, kain pelikat yang sedang di pakainya itu sedikit longgar, maka segera la dia membaiki kainnya itu dalam keadaan putik kapas masih lagi di dalam rongga telinganya. Nak di jadikan cerita, seekor nyamuk yang telah tersesat, melalui di sekeliling telinga manusia ni.
Maka dengan segala kekuatan dan kemampuan, terus lah si manusia ni menampar nyamuk ini. Tetapi dalam manusia keadaan terleka dan terlupa yang putik telinga masih lagi berada dalam rongga telinganya, dia telah membenamkan putik kapas dengan tidak sengaja itu hingga memecahkan gegendang telinganya sendiri. Dan hingga ke hari ini, si manusia itu telah menjadi pekak hingga ke hari ini. Kesiannnnn.....
** Kerana seekor nyamuk, telinga pon boleh jadi pekak.. Kalau dah takdir, apa lagi boleh buat. Benda kita tak jangka nak jadi..
2 Comment:
yg org tu pon nk korek tlinge pon agak2 ar..jgn la di biarkn putik kps still ad kat tlinge..kan dh trime nsib yg x sptutye...hahahahahaha....
kesian ade klakar p0wn de gak....
m0ral 0f the st0ry jgn k0rek tlnge sndri.. suh 0wg umah jew.. hua3
lalala~
Post a Comment