Showing posts with label TECH. Show all posts
Showing posts with label TECH. Show all posts

Wednesday, February 23, 2011

TEKNOLOGI SAMSUNG : TELEFON BRACELET

Tadi sambil-sambil menjengah membaca blog-blog peribadi dan melayan perasaan kat pelbagai laman web, terbaca satu entry yang mengetengahkan teknologi dari Samsung. Tarikh entry tu pada January 2011, mungkin agak ketinggalan juga kot aku ni.

Tapi aku tetap nak kongsi dengan semua pembaca, aku pun tak tahu sangat mengenai spec yang ada pada ciptaan baru Samsung ni. Tapi sekali tengok memang mengujakan. Gelang tangan seperti jam, tapi fungsinya adalah sebuah telefon.




**Semakin laju kan dunia sekarang. Tapi jangan lupakan sejarah. Sebab kata Hot FM, tak ada sejarah, tak adalah IT.

Tuesday, February 22, 2011

SATELIT PEMERHATI BUMI BARU NASA

Pihak NASA akan melancarkan satu lagi satelit baru. Satelit baru ini akan berfungsi sebagai pemerhati Bumi. Satelit ini sepatutnya dilancarkan pada tahun lepas, tapi ia ditangguhkan ke tahun ini kerana terdapat sedikit masalah.

Difahamkan juga, kos untuk menyiapkan dan melancarkan satelit ini adalah 424 juta Dollar.


**Sudah tiba masanya aku lancarkan *************. Tak tahu nak lancarkan apa..

Friday, February 18, 2011

JEPUN AKAN HANTAR ROBOT KE ISS

Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) bercadang untuk menghantar robot mereka ke angkasa bagi menjadi peneman kepada pekerja di International Space Station (ISS). Robot ini akan menemani pekerja, mampu untuk bersembang dan akan memantau kerja ketika pekerja lain sedang tidur.

Selain itu, robot ini juga akan berkomunikasi dengan penduduk di atas Bumi melalui laman twitter. Jika sebelum ini, pihak NASA talah membangunkan satu projek untuk menghantar robot angkasawan mereka sendiri yang dikenali sebagai Robonaut R-2.


*Jepun ni memang gempaklah buat robot. Nanti aku nak cipta ultraman pula, takut-takut robot ni mengamuk, Ultraman aku pula boleh membantu. (^_^) Aku serius ni.

Sumber lagi : www.news24.com

Thursday, February 17, 2011

SMARTPHONE 3D PERTAMA DI DUNIA

Sana sini kedengaran bermacam-macam hal dalam 3D. Movie 3D, TV 3D dan yang terbaru ini, LG bakal memperkenalkan Smartphone 3D yang pertama di dunia.

Smartphone yang dibina mempunyai skrin sentuh (touch screen) bersaiz 4.3 inci yang membolehkan penggunanya mampu melihat ke dalam tiga dimensi tanpa memerlukan cermin mata khas. Juga terdapat satu kamera di bahagian belakang yang membolehkan anda mengambil gambar dan juga video 3D.


LG telah mempamerkan smartphone yang dikenali sebagai Optimus 3D dalam Mobile World Congress di Barcelona, Spain. Namun begitu, pihak LG masih tidak lagi mengeluarkan tarikh pelancaran dan juga harga seunit bagi model ini. Di fahamkan juga, model ini akan menggunakan software Google Android 3.0

**Semua sedang ke hadapan ni. Almy nak buat laman web 3D lah pula, ada sapa yang nak join? (^_^)

Wednesday, November 17, 2010

ANDROID MENGANTIKAN KAD KREDIT

Eric Schmidt CEO Google, mengumumkan versi terbaru Android akan dilengkapi dengan cip dan teknologi yang membolehkan pengguna membuat pembayaran. Dengan teknologi ini, ia akan memberi kemudahan kepada pengguna untuk membeli belah dan mengisi minyak.

Eric juga berkata, jika lesen dan insurans boleh diubah ke dalam bentuk digital, maka tidak lagi kita perlu keluar membawa dompet. Saksikan video Eric ketika muncul dalam Web 2.0 Summit di San Francisco. Video ini adalah sekitar 45 minit, bagi yang rajin, tengok-tengoklah ye..





**Akan meningkatkah kadar rakyat yang muflis dengan kewujudan kad kredit digital ini?

Monday, November 15, 2010

CHINA HASILKAN SUPERKOMPUTER TERPANTAS DI DUNIA

China telah membina Tianhe-1A, iaitu supercomputer terpantas di dunia. Tianhe-1A, mampu menghasilkan 2.57 quadrillion computing operations per second, sekaligus berada dihadapan US dalam persaingan superkomputer global.

Kejayaan China mencipta sistem itu telah disahkan dalam TOP500 senarai superkomputer berkuasa tinggi pada hari ini (Isnin). Tianhe-1A dianggarkan memakan kos sebanyak 600 million yuan (lebih 281 million Ringgit Malaysia). Ia telah dibangunkan oleh Changsha National University of Defence Technology. Menggunakan 14,336 Intel Xeon X5670 CPU dan 7,168 NVidia Tesla M2050 GPU, dan 2,048 CPU Feiteng core-8.


**Best kalau dapat guna superkomputer ini untuk blogging dan blogwalking. konfem trafik boleh dapat 10 ribu UV sehari :-D

Saturday, November 13, 2010

FACEBOOK LANCAR EMAIL BARU

Facebook mengumumkan akan melancarkan satu lagi produk mereka iaitu laman emel pada isnin hadapan. Produk yang lebih bercirikan elektronik mel (e-mail) itu bertujuan untuk bersaing dengan Gmail, Yahoo mail dan Hotmail sebagai servis emel yang popular kini.

Servis terbaru mereka itu akam membolehkan lebih 500 million pengguna menggunakan id emel dengan penambahan "@facebook.com" seperti emel yang terdapat kini.


Kewujudan laman berciri emel itu menambahkan lagi persaingan antar Facebook dan Google. Google juga telah menyekat Facebook untuk mengakses ke akaun emel Gmail bagi mengimport address book sehingga Facebook membenarkan Google mengakses data ke laman Facebook.

** Mungkinkah Facebook akan mencipta search engine dan pelbagai lagi seperti google?

Tuesday, October 26, 2010

PROJEK KERETAPI BERKELAJUAN TINGGI KL-SINGAPORE

Satu proposal telah dihantar kepada kerajaan bagi tujuan untuk membina keretapi berkelajuan tinggi yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura. Menurut sumber tertentu, keretapi berkelajuan tinggi ini akan menggunakan teknologi magnetic levitation (maglev).

Keretapi jenis ini pertama kali dibina di Lapangan Terbang Pudong Shanghai. Dengan teknologi maglev ini, perjalanan 30 km hanya memakan masa selama tujuh minit. Kereta api Maglev di Shanghai boleh mencapai kelajuan sehingga 350 km/h dalam dua minit.

Idea untuk pembinaan keretapi ini antara Malaysia dan Singapura adalah dicadangkan oleh YTL Group.

Namun projek itu tidak mendapat 'lampu hijau' dari kerajaan kerana akan melibatkan kos yang tinggi.


** Kalau ada highway dan kereta yang menggunakan maglev ni, mesti cepat je dari utara nak ke selatan. Perlis ke Johor. Sesuai untuk suami isteri yang selalu menghadapi masalah untuk pulang beraya. Hihi..

Sunday, October 17, 2010

BULAN IAPETUS PLANET ZUHAL BERBENTUK WALNUT

Kapal angkasa Cassini milik NASA telah merakam imej bulan Iepatus Planet Zuhal berbentuk walnut. Di fahamkan, kejadian ini berlaku kerana ia berputar dengan laju dan mengumpalkan batu dan ais yang ada di sekitarnya sehingga terbentuklah bulan Iapetus seperti kacang walnut.


* Kalau ada si tupai gergasi, memang bulan ini dilarikan balik ke sarang.

Saturday, October 16, 2010

NOKIA N8 : THE MOBILE COMPUTING

Best sangat ke Nokia N8 ni? Apahal kecoh-kecoh sangat je. YAAA!!! Memang best pun. Tapi.. apa yang best dengan Nokia N8 ni?

Ini yang best kat N8 ni :

          * Screen size: 3.5"
          * Resolution: 16:9 nHD (640 x 360 pixels) AMOLED
          * 16.7 million colours
          * Capacitive touch screen
          * Orientation sensor (Accelerometer)
          * Compass (Magnetometer)
          * Proximity sensor
          * Ambient light detector

Itu saja yang best? Banyak lagi, kalau nak tahu, teruskan baca kat bawah ni.

Aku tak tahu dan tak berapa pandai nak terangkan kecangihan N8 ini dengan kata-kata, sebab terlalu canggih sangat. Datang dengan kata-kata "it's not technology, it's what you do with it", jom saksikan beberapa video mengenai kecanggihan teknologi terbaru dari Nokia ini.
Sebelum itu, harga untuk Nokia N8 ini adalah sekitar RM 1,700.


Boleh cas handphone guna hamster. Jimat elektrik.

Hamster phone charger. Charging your Nokia with a hamster.




Boleh jadikan sebagai teleskop.
Dot. The world's smallest stop-motion animation character shot on a Nokia N8



Dan banyak lagi. Terakhirnya, saksikan juga video iklan untuk Nokia N8 ini.


Sunday, October 10, 2010

SPESIES BARU DITEMUI DI PAPUA NEW GUINEA

Spesies baru ditemui di pergunungan terpencil di Papua New Guinea. Hampir 200 spesies baru ditemui dalam masa dua bulan kajian. Berikut antara gambar yang menarik spesies yang baru ditemui itu. Disebabkan tak tahu nama bagi spesies tersebut, maka gambar je la yang boleh tolong explainkan.. Ekpedisi ini dijalankan oleh Conservation International dengan kerjasama Papua New Guinea's Institute for Biological Research  dan Rocha International.





















Ambillah seminit dua untuk melafazkan kalimah Subhanallah, Maha Suci Allah yang menciptakan semua ini, masih banyak lagi yang tersirat disebalik kejadian alam ini walau berjuta tahun diciptakan dan masih tersembunyi serta tidak ditemui manusia.

Thursday, September 23, 2010

BELI DAN MILIKI iPHONE 4 SECARA ANSURAN BUAT SEMUA



Syarikat telekomunikasi DiGi kali ini menawarkan kepada semua rakyat Malaysia bayaran ansuran untuk memiliki iPhone 4 dari serendah RM 58 sebulan. Kenapa harus miliki iPhone 4? Ini sebabnya...


1.  FaceTime

iPhone 4 membolehkan video call anda lebih realiti. Lihat rakan anda ketika bercakap dengan mereka. iPhone 4 ke iPhone 4 melalui Wi-Fi

2.  Pelbagai kerja (Multitasking)

Buka pelbagai aplikasi dalam satu masa tanpa memendekkan jangka hayat bateri anda.

3. HD video recording

Anda akan selalu mempunyai HD video bersama anda. Rakam, edit, dan kongsi HD video  dengan iPhone 4.

4.  5 megapixel camera 

Dan banyak lagi... Dapatkan maklumat lanjut mengenai tawar DiGi ini di sini...


Tuesday, September 7, 2010

3D HD TECHNOLOGY PANASONIC

Semakin berkembang teknologi dan semakin tinggi persaingan antara pengeluar-pengeluar barangan yang berkonsepkan teknologi tinggi. Kalau dilihat bulan lepas, Fujifilm melancarkan produk Kamera 3D mereka, diikuti dengan pengumuman dari pihak Toshiba yang juga akan mengeluarkan produk TV 3D tanpa memerlukan cermin mata khas.

Nyata pihak Panasonic lebih dahulu cepat bertindak dengan melancarkan produk TV 3D Full HD terbaru mereka. Produk 3D TV yang dihasilkan Panasonic ini mempunyai 3 siri utama, VIERA VT25 Series Plasma Full HD 3D HDTVs, VIERA VT20 Series Plasma Full HD 3D HDTVs dan VIERA GT Series Plasma Full HD 3D HDTVs.

VIERA VT25 Series Plasma Full HD 3D HDTVs  didatangkan dengan beberapa saiz yang berbeza, iaitu 65, 58, 54 dan 54 inci. VIERA VT20 Series Plasma Full HD 3D HDTVs pula hanya didatangkan dengan satu saiz sahaja, 50 inci, manakala VIERA GT Series Plasma Full HD 3D HDTVs 50, 42 dan 46 inci.


Selain produk TV 3D Full HD ini, juga ada beberapa produk yang lain seperti cermin mata khas, FULL HD 3D EYEWEAR dan Full HD 3D Blu-ray Disc Player. Untuk maklumat lanjut sila pergi ke laman web Panasonic. Anda juga boleh melayari laman web 3D mereka di sini.

Monday, September 6, 2010

TEKNOLOGI SCREEN MASA HADAPAN

Semakin hari, kemajuan teknologi memang tidak dapat dinafikan pesat membangun, malah kemajuan teknologi terus di kejar berbanding kemajuan dalam pembangunan. Dapat tak kita bayangkan macam mana keadaan future technology nanti?.

Berbagai gambaran yang memberi inspirasi kepada pembangun teknologi kini. Kebanyakan teknologi dibangunkan berdasarkan cerita-cerita dalam movie. Dari movie, terciptalah ilham membangunkan sesuatu teknologi itu. Jom saksikan satu ilham dalam video di bawah mengenai bayangan screen technology masa hadapan.

Saturday, September 4, 2010

ANNIVERSARY BUCKYBALL YANG KE-25

Buckyball? Apa tu?

Aku pun tak tahu sebenarnya, tapi ini yang aku dapat dari research aku selama 15 minit..Aku pon tak tahu nak ceritakan macam mana, so, korang baca la artikel asal..

"It is the roundest and most symmetrical large molecule known to man. Buckministerfullerine continues to astonish with one amazing property after another. Named after American architect R. Buckminister Fuller who designed a geodesic dome with the same fundamental symmetry, C60 is the third major form of pure carbon; graphite and diamond are the other two."


"The buckyball, being the roundest of round molecules, is also quite resistant to high speed collisions. In fact, the buckyball can withstand slamming into a stainless steel plate at 15,000 mph, merely bouncing back, unharmed. When compressed to 70 percent of its original size, the buckyball becomes more than twice as hard as its cousin, diamond.





Walau tak berapa nak faham tentang sains, tapi dapat la juga sedikit ilmu. Dan hari ni juga merupakan ulang tahun ke-25 Bucky Ball ni.. Semua ni pak cik Google yang beritahu.. Kalau tak percaya, korang pergi ke laman web utama Google.


Macam ni la wajah Pak Cik Google untuk hari ni..

Sunday, August 29, 2010

New Move for Sony's Playstation


Nak main game dan rasakan diri didalamnya?
Berlawan dalam permainan dan rasakan diri menghadapi peperangan?
Mengidamkan padang golf didalam rumah?

Dan bermacam-macam lagi yang korang nak rasa?
Semuanya dalam Sony Playstation 3 terbaru, PlayStation®Move,

Lihat video dibawah ini, 



** Menunggu rezeki untuk membeli ini.. :-)

DUA SISTEM SOLAR BARU DITEMUI

Para astronomi telah menemui dua sistem suria baru yang mengelingi bintang sendiri, dimana salah satu daripadanya sedikit besar dari Bumi. Namun ianya tidak boleh dianggap sebagai Bumi kerana ia mengelingi dekat dengan bintang mereka dan permukaannya panas terik.

Sistem solar baru ini dikesan dengan menggunakan instrumen dan teknik yang berbeza, namun kedua-duanya menggambarkan kejayaan yang dicapai dalam mengenalpasti sistem solar luar ini. Satu pasukan yang ditugaskan minggu ini mengumumkan telah mengenalpasti 700 tambahan sistem solar luar planet, tetapi harus mencari kepastiannya dahulu.


Terdapat dua cara utama untuk mencari planet tersebut. Pertama, melihat variasi dalam kecerahan bintang tersebut disebabkan planet yang lalu dihadapannya. Kedua, memantau kedudukan bintang-bintang untuk mencari pergerakan disebabkan gravitational interaction.



Thursday, August 26, 2010

TOSHIBA HASILKAN 3D TV TANPA CERMIN MATA KHAS

Hujung tahun ini, Toshiba melaporkan akan mengeluarkan set TV 3D yang tidak memerlukan kepada cermin mata khas 3D. Berdasarkan surat khabar jepun, Japan's Yomiuri Shimbun, pihak syarikat akan menghasilkan sebanyak 3 model sebelum musim cuti bermula.

Namun produk yang dihasilkan tidak murah dan memakan belanja hingga ribuan ringgit malaysia. Toshiba akan datang dengan teknologi yang memaparkan cahaya dari sudut yang berbeza, di mana ianya mampu mengelak dari menggunakan cermin mata khas 3D untuk menonton.


Pihak Toshiba menyatakan, mereka dalam proses menghasilkan 3D televison tanpa memerlukan cermin 3D, namun tidak boleh mengulas lanjut bila ianya akan dikomersialkan sebagai produk, spesifikasi atau jua maklumat yang lebih detail mengenainya.

Tuesday, August 24, 2010

Seagate FreeAgent GoFlex Desk 2TB

Seagate melancarkan produk terbaru, external hardisk sebesar 2 terabyte (TB). Selain mempunyai USB port yang tetap, ia juga memiliki removable USB adaptor. The GoFlex Desk adalah sangat senyap kerana ianya tidak mempunya kipas penyejuk dan ia bergantung kepada penyejuk pasif.

Apabila disambung menggunakan USB3 adapter, ianya dalah lebih pantas berbanding USB. Ia adalah USB3 disk yang terlaju. File yang besar di 'written' pada 104.6MB/s dan 'read'  pada 114.3MB/s. Manakala file yang kecil pula dibaca (read) selaju 103.6MB/s. Namun ketika 'writing' untuk file yang kecil, ia menjunam ke 52.2MB/s, tetapi ia tetap laju berbanding USB disk.


Spesifikasi :




Power connector              External / Luaran   
Kapasiti      2TB
Berat      946g
Saiz      174x43x120mm
Saiz Disk      3.5 inci
Kelajuan      7,200rpm

Friday, August 20, 2010

SUPERYACHT BERKONSEP KAPAL TERBANG

Octuri,pereka bentuk kabin untuk Airbus menggabungkan pengetahuannya dalam design penerbangan dengan cintanya terhadap laut untuk membina kapal layar berkonsep kapal terbang.

Meskipun bersifat sains fiksyen, "superyacht with wings" berjaya menarik banyak perhatian dalam pameran di Paris' Air and Space Museum dengan design terbaru Octuri baru-baru ini.


Menurut Octuri, 46 meter "Flying Yacht" bertukar dari superyacht kepada jetplane kerana tiang mobile yang dicipta. Ilham Ocuri tercipta daripada superyacht yang sedia ada, "The Maltese Falcon."

Di dalam superyacht ini mempunyai dua deck utama, deck dibawah mempunyai bilik, dapur dan tandas, manakala deck di atas pula mempunyai tiga bilik tidur dan satu bilik mandi mewah.