Tajuk ini pun dah cukup menimbulkan beribu-ribu pertanyaan. Kenapa aku timbulkan isu sebegini? Ini kerana menurut laporan Global Financial Integrity (GFI), sebuah program dan badan yang mengkaji integriti kewangan negara-negara di dunia. Menurut laporan dari laman web tersebut, Malaysia merupakan antara yang tersenarai dalam 10 negara yang terlibat dalam aliran keluar wang secara haram.
Tapi, di kedudukan berapakah Malaysia? Ini carta kedudukannya antara tahun 2000 hingga 2008 :
- China: $2.18 trillion
- Russia: $427 billion
- Mexico: $416 billon
- Saudi Arabia: $302 billion
- Malaysia: $291 billion
- United Arab Emirates: $276 billion
- Kuwait: $242 billion
- Venezuela: $157 billion
- Qatar: $138 billion
- Nigeria: $130 billion
Sekadar hiasan |
Wahh.. Begitu tinggikan kedudukan dan angka yang diseleweng begitu sahaja. Aliran wang yang keluar secara haram adalah disebabkan oleh salah guna kuasa, penyelewengan, rasuah dan bermacam-macam lagi. Alangkah bagusnya kalau wang itu dilaburkan ke tempat yang betul.
Tapi kita cuma insan kecil, hanya mampu mengodek melalui kata-kata. Barisan tertinggi negara yang patut memastikan semuanya kembali pulih dan jauh dari aktiviti sebegini.
3 Comment:
orang kaya bertambah kaya. itulah malaysia.
hmmm tak salah aku
5 tahun lagi maybe m'sia akan bankrup
sebab kite negara paling teruk di asia bab ekonomi
Nzyrahun.. Jgn la gitu, law bankrup, aku nak dok na? Haha..semua atas pucuk pimpinan kita skrg ni..
Post a Comment