Showing posts with label PILIHAN / MADAH. Show all posts
Showing posts with label PILIHAN / MADAH. Show all posts

Wednesday, September 22, 2010

HARI YANG BAIK DAN TIDAK BAIK DALAM ISLAM

Semua agama mempunyai hari-hari dan tarikh-tarikh yang baik dan buruk menurut pendapat ahli agama mereka, begitu juga dengan Islam, dibawah adalah hari-hari dan tarikh-tarikh dalam bulan Islam menurut Jaʿfar ibn Muhammad al-Sādiq A.S.

Siapakah  Jaʿfar ibn Muhammad al-Sādiq ini? Beliau adalah ...(klik sini)

01hb: Hari yang baik untuk bertemu pemerintah (orang kenamaan) / meminta hajat / berdagang / bertani dan bermusafir.

02hb: Hari yang baik untuk bermusafir / meminta hajat.

03hb: Hari yang tidak bagus.

04hb: Hari yang baik untuk berkahwin dan Makruh untuk bermusafir.

05hb: Hari yang tidak bagus.

06hb: Hari yang diberkati dan baik untuk berkahwin / meminta hajat.

07hb: Hari yang diberkati dan elok untuk apa yang dimaksudkan dan diusahakan.

08hb: Hari yang baik untuk meminta hajat dan Makruh untuk bermusafir.

09hb: Hari yang penuh keberkatan dan baik untuk segala hajat manusia. Dan barangsiapa yang bermusafir bakal memperolehi rezeki harta dan dia akan melihat banyak kebaikan dalam perjalanannya itu.


10hb: Hari yang baik untuk segala hajat melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan). Sesiapa yang lari dari penguasa akan tertangkap. Tetapi, baik untuk berjual-beli. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh.

11hb: Hari yang baik untuk segala hajat, bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan).

12hb: Hari yang penuh keberkatan. Maka mintalah hajatmu dan berusaha nescaya akan mendapat. Bersembunyi dari pemerintah adalah lebih baik.

13hb: Hari yang tidak bagus atas segala amalan / hajat.

14hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan.

15hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan. Nescaya akan mendapat.

16hb: Hari yang tidak bagus.


17hb: Hari yang baik bagi segala hajat/ amalan. Nescaya akan mendapat. Baik untk bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam, membina bangunan dan bertemu pemerintah (orang besar).

18hb: Hari yang baik bagi segala hajat. Barangsiapa yang bertemu musuh, akan mendapat kemenangan dengan Takdir Allah.

19hb: Hari yang baik bagi segala amalan. Barangsiapa yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan hidup.

20hb: Hari yang baik untuk segala hajat, / bermusafir / membina bangunan / bertani / kahwin dan bertemu pembesar.

21hb: Hari yang tidak bagus.

22hb: Hari yang baik untuk berdagang / bertemu pemerintah / musafir / BERSEDEKAH.

23hb: Hari yang baik digalakkan untuk berkahwin dan apa saja perniagaan dan bertemu pemerintah.

24hb: Hari yang tidak bagus.

25hb: Hari yang tidak bagus dan BERHATI-HATI untuk setiap perkara.

26hb: Hari yang baik untuk segala hajat kecuali kahwin dan musafir. Hendaklah kamu BERSEDEKAH pada hari itu kerana ia memberikan banyak manfaat.

27hb: Hari yang baik untuk segala hajat.

28hb: Hari yang bercampur ( Baik & Tidak baik).


29hb: Hari yang baik bagi segala hajat melainkan menulis (kitab). Boleh menulis tetapi MAKRUH. Barangsiapa yang menulis kitab tidak mendapatkan idea yang baik. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh dan yang bermusafir bakal mendapat harta yang banyak.

30hb: Hari yang baik bagi segala hajat / berdagang / bertani / kahwin, cepat sembuh dari penyakit, Yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan, akan diangkat kedudukannya. Suka bercakap benar dan menunaikan janji.

Friday, September 3, 2010

WARNA DAN KESAN PSIKOLOGI

WARNA-warni mempunyai kesan psikologinya tersendiri. Kesannya mampu mempengaruhi fikiran, emosi, tubuh, dan keseimbangan. Aplikasi warna pada sebuah ruangan dapat menghasilkan perasaan yang semakin luas atau sebaliknya.Berikut adalah sifat-sifat psikologi beberapa warna: 

1. Merah - Berani, penuh semangat, agresif, mencetuskan emosi, dan menarik perhatian. Secara positif, warna merah mengandungi erti cinta, ghairah, berani, kuat, agresif, merdeka, kebebasan, dan hangat. Negatifnya pula membawa makna bahaya, perang, darah, anarki, dan tekanan. 

2.   Kuning - Menghasilkan perasaan optimis, percaya diri, yakin diri, akrab, dan lebih kreatif. Kuning juga boleh merugikan kita kerana menyampaikan mesej perasaan ketakutan, kerapuhan secara emosi, kegelisahan, dan rasa putus asa. Pilihan warna kuning yang tepat dan penggunaan yang sesuai akan membangkitkan semangat kita dan lebih percaya diri.



3.   Hijau - Membawa maksud kesihatan, keseimbangan, relaks, dan muda. Unsur negatif warna ini di antaranya memberi kesan cemburu, licik, terasa lemas, serta dapat melemahkan fikiran dan fizikal. Di dalam sejarah China, warna hijau adalah warna perempuan. Lain dengan budaya Muslim, yang menganggap warna hijau adalah warna yang suci. Warna untuk keamanan juga hijau. 
 
4.  Biru - Melambangkan intelektual, kepercayaan, ketenangan, keadilan, pengabdian, seorang pemikir, konsisten, dan dingin. Selain itu, boleh mencetuskan rasa tekanan dan ragu-ragu. Biru gelap akan membantu berfikir tajam, segar, dan ringan. Biru muda akan menenangkan dan menolong menumpukan fikiran dengan tenang. Terlampau banyak biru akan menimbulkan rasa terlalu sejuk, tidak akrab, dan kehilangan emosi.
 
5.   Ungu - Memberi kesan spiritual, kemewahan, keaslian, dan kebenaran. Ungu mampu mempengaruhi asas kegiatan meditasi dan contemplation. Kemerosotan dan mutu yang rendah adalah sifat-sifat negatif warna ini. 

6.   Kelabu - Bijaksana, dewasa, tidak egois, tenang, dan seimbang. Warna kelabu juga mengandungi erti lambat, kuno, lemah atau kehabisan tenaga. Kerana warnanya bersifat neutral atau seimbang, warna ini banyak digunakan untuk warna alat-alat elektronik, kenderaan, alat dapur, dan rumah.
 
7.   Putih - Warna murni, suci, bersih, sempurna, jujur, sederhana, baik, dan neutral. Warna putih melambangkan malaikat dan pasukan perubatan. Warna ini juga boleh memberi erti kehampaan.   

8.   Hitam - Warna elit, elegan, mempesona, kuat, agung, teguh, dan rendah hati. Kesan negatifnya adalah hampa, sedih, ancaman, penindasan, putus asa, dosa, kematian, atau penyakit. Tidak seperti putih yang memantulkan warna, hitam menyerap segala warna. Dengan hitam, segala tenaga yang datang akan diserap. Walau mampu mempesona dan berkarakter kuat, tapi banyak orang yang takut akan "gelap".

Friday, August 27, 2010

(TIPS) 5 HAIRSTYLE TERBAIK SEPANJANG MASA

Bingung memilih dan mencari hairstyle yang terbaik? Tips gaya rambut dibawah mungkin boleh membantu anda..

Pilih salah satu yang menarik minat anda dan pergi ke salun untuk ubah mengikut kehendak anda. Pilih diantara style rambut yang disediakan dibawah dan gayakan dengan diri anda.. Kerana malas bergaya juga suami atau boyfriend korang boleh lari cari orang baru..

Kat bawah ni ada Gambar sebelum dan selepas rambut digayakan.. Jom saksikan dan pilih yang mana suka, free of charge.. Tapi jangan lupa, kalau setakat gayakan rambut sahaja tak cukup, make-up pun kena juga, tip make-up akan menyusul nanti..

SEBELUM SELEPAS
_
Style 1
_
Style 2
 
_
Style 3
 
_
Style 4
 
_
Style 5

Friday, August 13, 2010

Rahsia Di Sebalik Angka 13 & Malam Jumaat Atau Jumaat

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau
panduan bagi yang baru tahu......

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : "Senarai di
bawah adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan
angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta
cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di
kalangan kamu yang perasan!!!"


1. Niat Sholat, sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri sempurna. Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram. Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah. Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu'. Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I'tidal. Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud. Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud. Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir). Menjadi kendaraan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir. Sebagai penjawab bagi pertanyaan yang ditanyakan oleh
Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Shalawat Nabi. Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam. Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.


"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu
adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain"


 
Wassalam.. wallahualam ...