Showing posts with label REVOLUSI PANDANGAN. Show all posts
Showing posts with label REVOLUSI PANDANGAN. Show all posts

Friday, March 11, 2011

FACEBLOG, TOLONG HENTIKAN OPERASI

Tajuk agak kurang ajar sedikit. Kalau tak tulis macam tu, ada tak respon pembaca agak-agak korang? Almy minta maaf kalau ada yang tersedak bila baca tajuk kat atas tu. Kalau ada yang termelatah, Almy pun minta maaf.

Almy baru tahu akan kewujudan Faceblog ni. Dan tahniah Almy ucapkan kepada anak Malaysia yang berjaya membina sebuah lagi Komuniti Blogger seperti Geng Blogger, Innit dan lain-lain lagi. Memang apa yang Almy nampak, Faceblog ni mampu untuk menjadi setaraf dengan GB dan Innit.

Sebab apa yang Almy nampak inilah yang Almy minta selidik kembali untuk terus menjalankan operasi. Kerana apa?
  1. Facebook Patentkan Perkataan "FACE"
  2. Patent Office Agrees To Facebook’s “Face” Trademark
  • Facebook dengan ini telah menjadikan "Face" sebagai trademark mereka dan perkataan Face tidak boleh digunakan dalam internet sebagai sebuah servis atau apa-apa komuniti seperti FaceChat, FaceMail dan sebagainya.
  • Bayangkanlah andai FaceBlog berjaya ke peringkat antarabangsa dan mencapai keuntungan lebih RM 1 Juta setahun, adakah Facebook akan berdiam diri sahaja? Perkataan Face yang lebih sinonim dengan Facebook juga mungkin akan dijadikan alasan FaceBlog menggunakan populariti mereka. Dan ditambah dengan logo yang hampir sama.
  • Jika tiada keuntungan wang ringgit, mungkin Almy tak tergerak untuk tegur. Almy sekadar menegur dan memberi pandangan. Hentikan operasi dengan menggunakan perkataan Face, dan teruskan servis serta komuniti FaceBlog dengan menggunakan nama lain.

Akhir kata, andai entry ini menimbulkan kekusutan kepada pemilik FaceBlog, anggaplah ia sebagai dugaan. Kerana sesuatu dengan dugaan lebih bermakna bila berjaya kelak. Juga sebagai dugaan dari tuhan untuk kita kembali kepada petunjuk-Nya.

    Thursday, March 10, 2011

    KALAU KAHWIN LELAKI MUDA

    Cik 18 SuKa NoMbOr 18 telah kentengahkan pendapat beliau. Sekarang Almy pula nak masuk campur bagi pendapat pula. "kalo dapat suami muda", Cik 18 kita cakap tak suka dan tak nak. Almy nak tanya satu soalan sikit kepada perempuan-perempuan yang berasa dah lanjut umur.

    Suka tak bila orang cakap :
    • "Awak ni memang mengancam la, dah berusia tapi dapat laki muda"
    • "Awak guna ilmu apa eh, boleh dapat laki muda, guna cakar harimau ke cik yah oi?"
    • "Romantik la korang dua, cinta tanpa mengira umur dan usia"
    • "Baguslah dapat laki muda, awak sayanglah dia betul-betul, nanti bila awak dah tak larat, In'Allah dia akan jaga awak"

    Cukuplah empat itu je ya Cik 18 ^_^ Rasa bangga tak bila orang tanya camtu kat kita? Tidak? Eh, awak ni hati kering kot. Apa yang penting, tuhan aturkan jodoh untuk kita. Dan aturan Dia adalah yang terbaik. Jangan dikenang kata negative orang.

    Lagi satu, bila isteri dah penat bekerja, si suami masih mampu membantu, kan.


    Kita tak kan boleh puaskan hati semua orang. Yang penting kita bahagia. Bak kata Siti Nurhaliza dalam HotFM, endahkan kata-kata negative, buatlah yang sebaik kita rasa. (Rasanya ayat tak sama, tapi maksud sama kot)

    Hehe, Almy dah bagi pendapat Almy untuk pandangan Cik 18. Ada sapa2 lagi tak ada pendapat? Jangan marah tau cik 18, ini pendapat peribadi Almy ^_^ Berkongsi pendapat itu meluaskan dada, eh, meluaskan pemikiran.

    Siapa sokong pendapat Almy, komen kat sini, siapa tak sokong, pergi komen kat blog Cik 18. But never to kutuk n maki-maki. Ini hanya percanggahan bersih. Siapa maki, Almy delete je komen dia. Kalau teruk sangat, gi report kat My Uncle, Mr Google.

    Wednesday, March 9, 2011

    PERSONALITI DARI TULISAN

    Almy nak sokong hampir seratus peratus apa yang dikatakan oleh cik Diana. Ada ka patut cik Diana cakap cara penulisan tidak menggambarkan sikap sebenar blogger. Memang betul pun dengan apa yang Almy lalui sebelum-sebelum ni.

    Dan dengan cara penulisan Almy sendiri pun lain sangat dengan diri Almy. Kalau kawan-kawan yang baca, ramai tertanya-tanya, betul ke ko yang tulis ni. Almy nak cakap apa, Almy jawab je la, bukan aku yang tulis, anak mak lang aku yang tulis. ^_^


    Tetapi, apa yang kita tulis itulah yang dinilai dan mempunyai nilai sendiri. Kita hanya kongsikan apa yang kita rasa menarik. Dan penyampaian kita yang akan jadikan kita berbeza. Tak gitu?

    Wednesday, March 2, 2011

    MARI BERSATU JATUHKAN BLOGGER BARU

    Mari semua kita bersatu jatuhkan blogger-blogger baru ni. Kenapa perlu kita jatuhkan mereka ni? Sebab mereka ni sedang cuba kacau periuk nasi kita.

    Apa la punya pendek akal fikiran orang yang fikir macam ni. Ada ka patut sesuka hati kacau orang nak lakukan perkara yang tak salah ni. Sepatutnya orang yang dah lama berblog kenalah bantu blogger baru yang baru nak masuk alam ni. Bukan blogger lama yang nak  buka blog baru.

    Idea dari orang baru juga kadang-kadang lebih bernas dan lebih unik dari orang lama. Contohnya sebagaimana Yusoff Haslam mennyemarakkan dunia Drift dengan filem Evolusi KL Drift. Orang yang tak minat kartun Initial D tak kan tahu sukan ni sebelum keluarnya filem EKLD ni.

    Kenapa nak susah jatuhkan blogger baru. Kalau betul nak jatuhkan juga, korang pergilah jatuhkan sekolah-sekolah yang ada sekarang ni. Kalau sekolah jatuh, maka tak ada lagilah orang yang berpelajaran, dan tak akan adalah orang yang akan kacau periuk nasi korang lagi (^_^)

    Monday, February 28, 2011

    BLOG ITU SEBUAH NEGARA YANG ANDA

    Anda yang berhak sambung tajuk entry ni. Sebab anda (khususnya para blogger) sendiri yang memimpin.

    Blog itu negara kita. Kita pemimpinnya. Kita presiden dan kitalah berkuasa mutlak ke atas negara ini. Dari blog inilah salah satu cara untuk kita terapkan nilai kepimpinan. Macam mana kita menguruskan blog kita. Bukan mudah, bukan hanya dengan menulis sesuka hati.

    Kalau kita nak pergi melancong ke luar negara, negara yang manakah lebih akan kita  pilih untuk pergi? Negara yang bermasalah, berperang (Melancong ok, jihad lain cerita)? Mesti negara yang aman, makmur, dan rakyatnya amat mesra. Begitu juga "negara" kita ni. Kita nak tak negara kita ni berperang dan asyik berlaku bermacam-macam masalah. Tak nak kan?

    So, binalah negara kita agar aman, sentosa dan permai supaya sentiasa menjadi bualan pada semua negara dan juga rakyat negara yang lain. Tapi jika korang seorang yang mahukan negara yang yang sentiasa berperang, tak apalah kan. Almy tak halang pun. Macam negara dalam Red Alert.
    Pilihlah negara mana yang anda hendak pergi (^_^)

    Negara kita, kita sendirilah yang menentukan coraknya. Tapi mahukah korang hidup dalam negara yang "corrupt". Yang rasuah dan tak stabil (fraudclick dll), yang masalah politik (perang sesama blogger) dan sebagainya. Korang lebih arif, nilailah sendri.

    P/S 3 * Kepada blogger yang mengetengahkan isu politik, Almy harap lu tak terasa. Gua tau lu selalu datang blog gua. Thanks tau. Gua cakap yang masalah politik tu cuma kiasan. Gua pun layan politik lu (^_^)