Showing posts with label TUTORIAL. Show all posts
Showing posts with label TUTORIAL. Show all posts

Monday, February 7, 2011

BUAT WIDGET LIKE ATAU IKLAN YANG STATIK

Ada seorang sahabat blogger minta tolong cara untuk buatkan widget facebook like jadikan statik atau float.. Dalam bahasa mudahnya, naik atas, bawah ka tetap ia kat tempat yang sama. Macam iklan SS nuff Almy ni. Tetap ja kat bawah kanan tu sampai kena tekan pangkah kat atas browser (^_^)

Magi yang gunakan blogspot, ikut step kat bawah. Bagi yang guna WP, xpayahlah kot bagitau, sesiapa yang guna WP mesti dah advance an.

1.   Login Blogger
2.   Kat Dashboard, ambil Design
3.   Add a Widget
4.   Cari dan select HTML/JavaScript,
5.   Masukkan koding ni

   
  
Then save dan siap.

Adjust angka bottom dan right kepada kesesuaian anda. Dan right boleh juga diubah kepada left.

Friday, October 15, 2010

TUKAR WARNA KERETA GUNA SOFTWARE (PHOTOSHOP)

Selepas beli kereta dan guna lebih dari 3 tahun, mesti ada yang bercita-cita untuk mengecat semula kereta ke warna yang lebih menarik kan? Tapi masalah yang timbul pula adalah, "nak tukar warna apa" "warna apa yang cantik" dan bermacam-macam lagi.

Jangan risau, dalam kemajuan teknologi kini, korang boleh tukarkan warna kereta dalam alam maya sebelum mengecat/menukar ke warna yang menarik di alam realiti. Jom lakukan dengan semudah 123. Ingat, yang penting mesti ada software Photoshop. Aku guna CS3.

LANGKAH 1 :  BUKA GAMBAR KERETA YANG INGIN DI CAT.
                           ~Aku pertaruhkan gambar RX7 ni.



LANGKAH 2 :  LAKUKAN QUICK MASK.
                            ~Buat Quick Mask pada bahagian yang korang tak nak cat, seperti tingkap.
                            ~Tutorial Quick Mask klik sini.



Pastikan hasilnya seperti ini.


LANGKAH 3 :  TUKAR WARNA/ CAT WARNA IKUT SUKA.
                           ~Select Image - Adjustment - Hue/Saturation (CTRL + U)


Akhirnya, adjust hue, saturation, dan lightness mengikut kesesuaian anda. Pastikan colorize ditanda  (dalam kotak merah dalam gambar dibawah)

Dan apabila siap, save kan gambar yang sudah diwarnakan kepada format yang anda inginkan. Untuk gambar biasa, selalunya JPEG menjadi pilihan. Dan satu lagi, kaedah ini juga boleh digunakan untuk mengubah warna dinding rumah, warna teddy bear korang ke, tukar warna cat motosikal ke dan apa-apa pun juga. Selamat berjaya.

** Ini hasil karya aku sebelum dan selepas.

Sebelum

Selepas

Friday, October 8, 2010

MEMBUAT QUICK MASK (PHOTOSHOP)

Apa itu quick mask dalam Adobe Photoshop? Mudah je, dalam penerangan mengikut hati dan kepala otak aku sendiri, quick mask ini adalah proses untuk memilih sebahagian gambar sahaja, Contohnya, korang ada satu gambar pemandangan, dalam gambar itu, ada matahari, burung, gunung dan langit.

Tiba-tiba terdetik dalam hati, cantiknya burung ni, boleh ke nak ambil gambar burung ni sahaja? So, skill Quick Mask ini menjadi pembantu anda. Aku menggunakan Adobe Photoshop CS3.

STEP 1     :   BUKA ADOBE PHOTOSHOP DAN OPEN GAMBAR.
                         ~ File - Open (ctrl + O)
                         ~ Buka gambar yang korang nak edit tu. Ok? Aku pilih gambar tangan ni.

STEP 2     :   SELEPAS BUKA, SELECT "EDIT IN QUICK MASK MODE" ATAU TEKAN Q.

STEP 3    :   THEN, SELECT BRUSH ATAU TEKAN B.
~Pastikan ruang yang berpetak merah seperti dalam gambar diatas adalah black & white.


 Seperti dalam gambar di atas, ini adalah cara untuk meng 'adjust' kecil atau besar berus korang.

STEP 4   :     MULAKAN MEMBERUS DIBAHAGIAN YANG KORANG TAK NAK.

Sehinga selesai. Ingat,warnakan pada tempat yang korang tak nak, tempat yang korang nak, jangan beruskan ngn warna merah tu. Ingat, ingat, ingat..

Aku nak bahagian tangan tu sahaja, then aku pon brushkan kat tempat selain tangan tu.

STEP 5   :     DISABLE KAN QUICK MASK ATAU TEKAN Q DAN SIAP!!
Di sekitar tangan, akan muncul line bertitik dan siap.