Showing posts with label NUFFNANG. Show all posts
Showing posts with label NUFFNANG. Show all posts

Thursday, March 3, 2011

CLICK YOUR NUFFNANG

Dah biasa kan dengan ayat seperti

"Dah klik nuff awak"
"Click ur nuff, click me back"
"Dtg klik nuff"

Dan beraneka bagai lagi. Blogger baru mahupun blogger lama, jangan lakukan perkara ini. Jangan jadikan prinsip dan pegangan diri kita goyah hanya kerana duit. Bila kita dihambakan oleh duit, bermaca-macam kejahatan yang akan berlaku. Sebab tu lah banyak negara akan musnah. Kerana duit dan wang.

Bagi yang sedikit pandai, memang apa yang dia tinggalkan mesej kat S/mix dan s/box dengan tujuan orang akan kembali ke blog dia untuk klikkan iklan nuffnang dia. Tapi benarkah apa yang anda lakukan? Kebanyakkan mereka hanya klik pada lambang Nuffnang. Bukan pada iklan Nuffnang. Ini buktinya.


Kenapa aku katakan begitu? Kerana iklan yang Nuffnang letakkan pada blog kita adalah menggunakan Flash, dan coding untuk ke laman pihak pengiklan tidak akan boleh didetect melainkan sistem yang digunakan pihak Nuffnang sendiri. Coding itu sebenarnya ditanam bersama animation iklan. Datanglah klik sesuka hati, dah ada yang kena banned dan kena potong income. Nantikan entry akan datang. (^__^)

CARA TARIK ADVERTISER LETAKKAN BE NUFFNANG

Selalu, banyak sangat dah tip-tip untuk mendapatkan Buferred Earning dari Nuffnang. Aku pun rasa dah banyak juga yang muak dengan bermacam-macam pendapat yang entah apa-apa. Bukan semuanya tak boleh pakai, ada banyak juga yang boleh diguna pakaikan. Eh, tapi kenapa perlu tarik advertiser? Sebab utamanya, advertiserlah yang akan memilih blog untuk meletakkan BE.

Aku teruskan kepada cara-cara.
  • Jadikan blog atau web kita sebagai satu laman yang friendly.
  1. Advertiser sukakan blog yang ada interaksi antara penulis dan juga pembaca. Kerana tanpa interaksi yang baik, pembaca atau pun pelawat akan masuk dan terus keluar begitu sahaja.
Mesra, mesra, mesra.. (^_^)

  • Bina blog yang simple but interesting.
  1. Advertiser mahukan blog yang boleh menarik minat pembaca/pelawat untuk nampak iklan yang mereka paparkan di blog kita.
  2. Jika blog atau laman kita mempunyai grafik yang tinggi, beraneka bagai gadget yang boleh tenggelamkan perhatian pembaca terhadap iklan Advertiser, adakah mereka nak letakkan iklan lagi?
  3. Sebab itulah, blog yang simple tetapi menarik penulisan dan entry mungkin menjadi pilihan.
Keamanan..

    • Jadikan "Negara" yang aman, kukuh dan menarik.
    1. Blog itu adalah sebuah negara. Fahamkan ia di entry ini.
    2. Dah faham kan? Jika anda advertiser, mahukan anda iklan produk kecantikan di negara yang berperang? Mahukah iklan produk di negara yang porak peranda?
    3. So, bina negara anda dengan cara yang terbaik.
    Ok, itu sahaja sedikit tip yang aku ingin kongsikan. Dari apa yang pernah aku cuba, Alhamdulillah. Cuma aku kurang sikit untuk kongsikan atas sebab prinsip diri. Ini mungkin pendapat peribadi aku sebagai seorang advertiser. Untuk tip trafik kena berapa banyak, status glitteri tu, rasanya dah banyak yang tulis. Selamat mencuba (^_^)