Satu hari, kawan aku bertanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan hukum. Setakat yang ditanya, ada yang boleh dijawab, ada juga yang terkantoi. Sampai la satu soalan yang ditanya, binatang yang ganas seperti singa memburu dan membunuh mangsa menggunakan kuku dan gigi yang tajam haram kan dimakan manusia.
Dengan yakin aku menjawab YA, haram kita makan binatang itu.
Lepas tu, dia tanya pula, kenapa ikan jerung atau ikan yu yang membunuh dan makan ikan lain halal di makan manusia. Dengan lagi yakin juga aku menjawab, sebab semua binatang yang hidup di air boleh dimakan walaupun dah menjadi bangkai.
Diam seketika~~~
"Macam mana pula kalau ikan jerung atau ikan paus makan babi?. Halal ke haram ikan tu?"
Aku tanya balik, bila pula babi pandai berenang?
Pastu dia cakap lagi, mana la tau kan, kot-kot ada kapal kargo yang bawa babi tiba-tiba karam kat tengah lautan, pastu ikan-ikan pakat makan babi tu.
Aku cakap lagi, kalau ikan tu makan babi, kau tau ker ikan tu pernah makan babi? Time bila pula kau buat rumah tengah laut?
Mana la tau, kot-kot ada wartawan laporkan kejadian tu kat media.
Aku jawab lagi, wartawan tu tandakan tak ikan mana yang makan babi dan ikan mana yang tak makan?
(Tak tau la bila nak habis~~)
Ko tau jawab ke tak tau jawab ni?
Aku pun cakap, aku pun tak tau, kena tunggu jadi dulu la, pastu baru kita tunggu ulama bahaskan isu IKAN MAKAN BABI.
**Halal ker haram ikan tu eh? T_T