Friday, March 11, 2011

FACEBLOG, TOLONG HENTIKAN OPERASI

Tajuk agak kurang ajar sedikit. Kalau tak tulis macam tu, ada tak respon pembaca agak-agak korang? Almy minta maaf kalau ada yang tersedak bila baca tajuk kat atas tu. Kalau ada yang termelatah, Almy pun minta maaf.

Almy baru tahu akan kewujudan Faceblog ni. Dan tahniah Almy ucapkan kepada anak Malaysia yang berjaya membina sebuah lagi Komuniti Blogger seperti Geng Blogger, Innit dan lain-lain lagi. Memang apa yang Almy nampak, Faceblog ni mampu untuk menjadi setaraf dengan GB dan Innit.

Sebab apa yang Almy nampak inilah yang Almy minta selidik kembali untuk terus menjalankan operasi. Kerana apa?
  1. Facebook Patentkan Perkataan "FACE"
  2. Patent Office Agrees To Facebook’s “Face” Trademark
  • Facebook dengan ini telah menjadikan "Face" sebagai trademark mereka dan perkataan Face tidak boleh digunakan dalam internet sebagai sebuah servis atau apa-apa komuniti seperti FaceChat, FaceMail dan sebagainya.
  • Bayangkanlah andai FaceBlog berjaya ke peringkat antarabangsa dan mencapai keuntungan lebih RM 1 Juta setahun, adakah Facebook akan berdiam diri sahaja? Perkataan Face yang lebih sinonim dengan Facebook juga mungkin akan dijadikan alasan FaceBlog menggunakan populariti mereka. Dan ditambah dengan logo yang hampir sama.
  • Jika tiada keuntungan wang ringgit, mungkin Almy tak tergerak untuk tegur. Almy sekadar menegur dan memberi pandangan. Hentikan operasi dengan menggunakan perkataan Face, dan teruskan servis serta komuniti FaceBlog dengan menggunakan nama lain.

Akhir kata, andai entry ini menimbulkan kekusutan kepada pemilik FaceBlog, anggaplah ia sebagai dugaan. Kerana sesuatu dengan dugaan lebih bermakna bila berjaya kelak. Juga sebagai dugaan dari tuhan untuk kita kembali kepada petunjuk-Nya.

    5 Comment:

    Ecah Ecot said...

    betol ape yg almy buat tu..kalo betol la ade fakta yg mengatakan "face" dah di patent kan, kita patut amek tindakan sblm kena saman atau tindakan lain...

    mmg serupa dr segi penggunaan "face" dan juga Fb tu..bahaya...

    x semestinya kene buang page tu..just tuka name pon ok...

    annenyss said...

    tak join faceblog~haha

    Akhelaken said...

    oh ada rupanya komuniti faceblog.. xtau pun.betul sy setuju jugak!

    BTW nak tengok fb timeline awk cantik ke? meh sini: http://akhelaken.blogspot.com/2012/06/facebook-timeline-yang-over.html

    jus manggis murah said...

    saya baru tau faceblog

    distributor jelly gamat said...

    hmm ya saya setju