Tuesday, March 8, 2011

KAJIAN UNTUK MENAIKKAN RON 95 LAGI | RON 95 NAIK LAGI

Aduh, nak naik lagi ker? Kenapa asyik buat kajian untuk naik jer? Bila pula kajian nak turunkan minyak? Entahlah, naik pun boleh buat apa, tak guna minyak, tak boleh jalan pula si kereta tu. Siapa sokong aku untuk lakukan kajian menurunkan minyak? (^_^) Tolonglah kesiankan kat kami yang gaji tak tentu hala ni. Tak pentingkah kami sampai diabaikan? But the most important things, think positive like TG.


"KUALA LUMPUR 7 Mac - Harga petrol RON95 perlu disemak semula sekiranya harga pasaran minyak mentah dunia kekal melebihi AS$100 (RM300) setong dalam tempoh lebih tiga bulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI), Datuk Michael Yeoh berkata, kerajaan perlu menilai semula harga tersebut bagi memastikan pemberian subsidi tidak akan meningkat.

''Pada masa ini harga pasaran minyak mentah dunia berlegar melepasi AS$100 (RM300) setong ekoran krisis politik yang melanda Timur Tengah yang merupakan antara pengeluar minyak terbesar di dunia.

''Sekiranya trend kenaikan harga minyak mentah itu berterusan melebihi tiga bulan, kerajaan perlu menimbang untuk menaikkan harga petrol RON95 bagi pasaran tempatan,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Greater KL Bandar Pintar Pada Masa Hadapan di sini hari ini. - Utusan"
Terima kasih kepada yang berkenaan (^_^) 

0 Comment: