Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts

Saturday, March 12, 2011

TSUNAMI DI JEPUN 2011 | BALA ATAU UJIAN

Almy tengah sibuk nak pergi kerja tadi, dapat tahu Tsunami berlaku kat Jepun. Sempat la juga tengok video Tsunami tu sebelum ke tempat kerja. Teruk sangat kan. Dengan kekuatan 8.9 skala ritcher. Di tambahkan pula dengan hari Jumaat ia berlaku. 11 Mac 2011.

Apakah ini amaran atau hanya kejadian Tuhan yang berhikmah? Kenapa tak seharusnya kita sebut ianya suatu bala? Kerana kita tak dapat pastikan sekarang akan hikmah disebalik kejadian Allah ini. Hanya Allah yang mengetahui ianya suatu ujian atau bala, dan kita tidak layak menghukum akan kejadian seperti ini.

Umat Islam di Jepun melebihi 60 - 70 ribu pada tahun 2005 [rujukan]. Almy tak nak berceloteh panjang. Jom tengok video dari youtube mengenai kejadian Tsunami di Jepun.





Apa yang dapat Almy pelajari sedikit, kemajuan teknologi tidak akan mampu menandingi kuasa Pencipta ^_^

Tuesday, March 8, 2011

KAJIAN UNTUK MENAIKKAN RON 95 LAGI | RON 95 NAIK LAGI

Aduh, nak naik lagi ker? Kenapa asyik buat kajian untuk naik jer? Bila pula kajian nak turunkan minyak? Entahlah, naik pun boleh buat apa, tak guna minyak, tak boleh jalan pula si kereta tu. Siapa sokong aku untuk lakukan kajian menurunkan minyak? (^_^) Tolonglah kesiankan kat kami yang gaji tak tentu hala ni. Tak pentingkah kami sampai diabaikan? But the most important things, think positive like TG.


"KUALA LUMPUR 7 Mac - Harga petrol RON95 perlu disemak semula sekiranya harga pasaran minyak mentah dunia kekal melebihi AS$100 (RM300) setong dalam tempoh lebih tiga bulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI), Datuk Michael Yeoh berkata, kerajaan perlu menilai semula harga tersebut bagi memastikan pemberian subsidi tidak akan meningkat.

''Pada masa ini harga pasaran minyak mentah dunia berlegar melepasi AS$100 (RM300) setong ekoran krisis politik yang melanda Timur Tengah yang merupakan antara pengeluar minyak terbesar di dunia.

''Sekiranya trend kenaikan harga minyak mentah itu berterusan melebihi tiga bulan, kerajaan perlu menimbang untuk menaikkan harga petrol RON95 bagi pasaran tempatan,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Greater KL Bandar Pintar Pada Masa Hadapan di sini hari ini. - Utusan"
Terima kasih kepada yang berkenaan (^_^) 

Thursday, March 3, 2011

BOM DAH SAMPAI KAT MALAYSIA

Hari ni aku terbaca satu kejadian yang berlaku di KLIA. Tapi bom ini bukan ugutan atau apa-apa. Bom yang ditemui oleh pekerja di tapak binaan KLIA II ini dipercayai adalah dari peninggalan Perang Dunia II.

Dan disebabkan penemuan bom itu, sebanyak lebih 56 penerbangan terpaksa ditangguhkan. Aku baca kat thestar.com, servis lapangan terbang KLIA ni diberhentikan sebanyak dua kali. Dari jam 11 pagi hingga tengahari dan jam 3 petang hingga 3.30 petang.


Punyalah aku bercerita sampai terlupa nak bagitau bila yang jadi. Kejadian ini terjadi apabila pekerja di tapak binaan menemui bom itu pada Isnin malam. Bom itu akhirnya diletupkan.

Letupan pertama telah mempengaruhi 37 filght dan letupan ke-2 pula 19 ketibaan dan pelepasan. Akhirnya pada 3.18 petang, semua boleh berjalan seperti asal.

Wednesday, February 16, 2011

RESEPI ASLI COCA COLA TERBONGKAR

Satu siaran program radio di Chicago mendedahkan rahsia asli Coca-Cola. Menurut This American Life (TAL), resepi yang dicipta oleh John Pemberton pada tahun 1886 mengandungi  Kafein, gula, karamel dan vanila, serta "cecair ekstrak koka".


Berikut adalah bahan ramuan yang didedahkan oleh TAL :

Cecair ekstrak Coca, 3 drams USP (cocoa leaves stripped of cocaine)
Citric acid 3 oz
Caffeine 1oz
Sugar 30 (it is unclear from the markings what quantity is required)
Water 2.5 gal
Lime juice 2 pints 1 qrt
Vanilla 1oz
Caramel 1.5oz or more to colour
7X flavour (use 2oz of flavour to 5 gals syrup):
Alcohol 8oz
Orange oil 20 titik
Lemon oil 30 titik
Nutmeg oil 10 titik
Coriander 5 titik
Neroli 10 titik
Cinnamon 10 titik

Maaflah, english aku tak berapa nak faham dan pandai sangat. Jika dilihat, bahan dalam Coca cola juga terdapat alkohol dan cocaine. Tidakkah daun kokain ini membuatkan seseorang itu ketagih? Jika sebelum ini kecoh tentang isu "kebaikan" Coca-cola untuk menghakis, kini ramuan penuh Coca-cola sudah terdedah. 

Apa kata korang try buat sendiri. Mesti sedapkan. Dah buat tu, kongsilah sikit dengan aku.

Monday, February 14, 2011

BBC NEWS PAPARKAN BERITA MENENTANG VALENTINE

Masihkah anda ingin menyambut Valentine? Entry ini di tujukan khusus untuk semua golongan remaja Muslim. Mungkin dah ramai dan banyak yang menyebut tak elok sambut Valentine ni. Haram sambut Valentine. Namun semua masih buat tak tahu dan anggap ianya sesuatu yang remeh. Sedar tak korang, sebab hari valentine yang entah apa-apa ni lah, banyak kes tidak bermoral berlaku.

Seks bebas, pastu khalwatlah, then tunggu 8 9 bulan lagi, keluarlah seorang bayi yang tidak berdosa dan dibuang di tepi jalan dan di tepi longkang. Asalnya aku memang malas dah nak tegur pasal sambutan hari v ni. Tapi apa yang mendorong aku, media luar negara yang cukup terkenal, BBC News pun boleh ketengahkan isu ini.

Dalam berita itu, mereka mengetengahkan kata-kata Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz sdari Jabatan Pembangunan Islam. Tambahan lagi, beliau berkata ini bukan isu budaya barat atau timur. Tapi ianya bercanggah dengan tuntutan agama. Jika ia dari budaya timur sekalipun, ia tetap akan dilarang andai melanggar syariat agamaa.

Namun begitu, masih juga tercatat sedikit berita yang mencacatkan kat bawah berita tu. "But not all Malaysian Muslims agree with the campaign, with some saying Valentine's Day is harmless." Maksudnya, Tapi tidak semua Muslim Malaysia menyokong kempen itu dengan mengatakan hari v tidak merbahaya"

Akhir kata, nilailah sendiri. Semua dah besar dan boleh buat anak dah kan. Nasihat pun bukan masuk telinga.

Tuesday, February 8, 2011

BIRTHDAY JULES VERNE KE 183

Apahal tetiba ja sebut nama orang yang entah sapa-sapa ni? Mungkin bagi kebanyakan orang di Malaysia, Jules Verne tak dikenali, namun nama beliau sangat disanjung tinggi oleh dunia. Aku tahu pun dari Pak Cik Google la. Bila aku buka home page Mozilla Musang Berapi, terus naik camni.


Menarikkan imej yang google buat cam kat atas tu. Google buat sempena sempena mengingati hari kelahiran Jules Verne. Tapi siapa beliau ni sampai google buat macam tu? Birthday Datuk aku pun tak pernah google masukkan. Dengan dorongan hati nurani, aku klik la dan ini yang aku dapat info mengenai Jules Verne. Aku padatkan dan jadikan ia dalam bentuk point bagi memudahkan pembaca faham.



  • Jules Verne adalah seorang pengarang novel berkebangsaan Perancis.
  • Dilahirkan pada 8 Februari 1828 (8 Februari 1828 - 24 Mac 1905)
  • Merupakan perintis genre sains fiksyen.
  • Verne menulis berbagai karya, yang paling terkenal terdiri daripada 54 novel Extraordinaires Voyages.
  • Beliau juga menulis cerpen, esei, drama dan puisi.
  • Pada 9 Mac 1886, beliau telah ditembak oleh anak saudaranya, Gatson.
  • Tembakan terkena pada kaki kiri dan menyebabkan beliau cacat kekal.
  • Beliau lebih terkenal dengan novel seperti Twenty Thousand Leagues Under the SeaA Journey to the Center of the Earth (1870), (1864), dan Around the World in Eighty Days (1873).
Setakat itu yang aku dapat kongsikan, kalau nak tahu lebih mendalam lagi, jom rujuk kat wiki wiki (^_^)

    Sunday, February 6, 2011

    GADIS GEBU TAWARKAN KHIDMAT SEKS

    Itulah berita utama yang dibawakan oleh Harian Metro hari ni. Aku lambat sikit baca paper hari ni, maklumlah cuti, jadi rasa macam malas segala-galanya. Berbalik kepada berita Metro, wartawan Metro Ahad mendedahkan segelintir remaja perempuan yang menggunakan kecantikan dan kegebuan mereka untuk mencari duit.

    Apa yang mengejutkan, mereka ini bukanlah dari golongan yang tidak terpelejar, malah hampir kebanyakan mereka adalah lepasan kolej yang berpelajaran yang tinggi. Tetapi mengapa jalan begitu yang mereka pilih? Ada salah seorang dari mereka cakap, dia ingin mengumpul duit dengan cara ini dan satu hari nanti akan mulakan perniagaan hasil dari duit kerja sekarang ni.



    Apakah begitu ceteknya pemikiran sebegini? Mungkin aku tak faham masalah kegawatan yang dialami mereka, tetapi aku juga selalu kekurangan wang ringgit. Tapi tak tergamak aku nak lakukan perbuatan sebegitu. Kalau menggunakan duit haram untuk jalankan bisnes yang halal, ia tetap akan menjadi haram, sebab sumber asalnya sudah haram. Kalau salah, betulkan.

    Andai ada antara mereka yang terbaca entry ini, aku bukan nak menghina, cuma masih banyak lagi cara untuk cari duit yang halal. Tiada perkara yang mudah untuk kita perolehi. Kalau mudah kita dapat, mudah juga ia akan hilang. Apa yang ingin korang bagi kat suami nanti? dan apa yang akan korang ceritakan kat anak-anak nanti?

    Mahukah korang lihat anak-anak kita jadi sebegitu juga?

    Tuesday, February 1, 2011

    PIALA SUZUKI, MALAYSIA MAIN RASUAH?

    Kenapa isu ini dibangkitkan? Benarkah kepayahan pemain Malaysia menjaringkan gol itu sebenarnya sandiwara? Mengapa anda tidak dapat menerima apa yang telah terjadi. Kenapa tak jadikan yang telah berlalu sebagai pendorong untuk berjaya di masa hadapan.

    Ini antara satu berita dari negara seberang yang mempertikaikan kemenangan Malaysia pada perlawanan Piala Suzuki AFF baru-baru ini.


    From: eli cohen
    Date: Sun, 30 Jan 2011 14:36:16 +0700
    To: < sby@presiden.go.idAlamat e-mail ini diproteksi dari spabot, silahkan aktifkan Javascript untuk melihatnya >; < redaksi@bolanews.comAlamat e-mail ini diproteksi dari spabot, silahkan aktifkan Javascript untuk melihatnya >; < topskor@cbn.net.idAlamat e-mail ini diproteksi dari spabot, silahkan aktifkan Javascript untuk melihatnya >
    Subject: Mohon Penyelidikan Skandal Suap saat Piala AFF di Malaysia
     Kepada Yth. Bapak Susilo Bambang Yudhoyono Presiden Republik Indonesia
    Di Jakarta

    Dengan Hormat, Perkenalkan nama saya Eli Cohen, pegawai pajak dilingkungan kementrian Keuangan Republik Indonesia. Semoga Bapak Presiden dalam keadaan sehat selalu.
    Minggu ini saya membaca majalah tempo, yang mengangkat tema khusus soal PSSI. Saya ingin menyampaikan informasi terkait dengan apa yang saya dengar dari salah satu wajib pajak yang saya periksa dan kebetulan adalah pengurus PSSI (maaf saya tidak bisa menyebutkan namanya) . Dari testimony yang disampaikan ternyata sangat mengejutkan yaitu adanya dugaan skandal suap yang terjadi dalam Final Piala AFF yang dilangsungkan di Malaysia.

    Disampaikan bahwa kekalahan tim sepak bola Indonesia dari tuan rumah Malaysia saat itu adalah sudah ditentukan sebelum pertandingan dimulai. Hal ini terjadi karena adanya permainan atau skandal suap yang dilakukan oleh Bandar Judi di Malaysia dengan petinggi penting di PSSI yaitu XX dan XXX (ia menulis inisial dua nama, Red).

    Dari kekalahan tim Indonesia ini baik Bandar judi maupun 2 orang oknum PSSI ini meraup untung puluhan miliar rupiah.

    Informasi dari kawan saya, saat dikamar ganti dua orang oknum PSSI ini masuk ke ruang ganti pemain (menurut aturan resmi seharusnya hal ini dilarang) untuk memberikan instruksi kepada oknum pemain. Insiden “laser” dinilai sebagai salah satu desain dan pemicunya untuk mematahkan semangat bertanding.
    Keuntungan yang diperoleh oleh dua oknum ini dari Bandar judi ini digunakan untuk kepentingan kongres PSSI yang dilangsungkan pada tahun ini. Uang tersebut untuk menyuap peserta kongres agar memilih XX kembali sebagai Ketua Umum PSSI pada periode berikutnya.

    Saya bukan penggemar sepak bola, namun sebagai seorang nasionalis dan cinta tanah air saya sangat marah atas informasi ini. Nasionalisme kita seakan sudah dijual kepada bandar judi untuk kepentingan pribadi oleh oknum PSSI yang tidak bertanggung jawab.
    Oleh karenanya saya meminta Bapak Presiden untuk melakukan penyelidikan atas skandal suap yang sangat memalukan ini.

    Semoga Tuhan memberkati Negara ini.
    Hormat Kami, Eli Cohen Pegawai Pajak
    Tembusan 1. Menteri Olah Raga 2. Ketua KPK 3. Ketua DPR 4. Ketua KONI. (ar/km2)

    SUMBER

    Monday, December 27, 2010

    TSUNAMI DI MALAYSIA ; GENAP 6 TAHUN

    Masihkah kita mengingati bencana tsunami yang pernah melanda Malaysia pada 26 Disember 2004 dahulu? Bencana alam itu telah mengorbankan 150,000 orang termasuk di negara-negara lain yang terkena bencana ini seperti Thailand, India, Indonesia dan banyak lagi.

    Namun dek kerana masa yang begitu pantas berlalu sehingga menyebabkan ramai di kalangan kita yang melupakan tragedi ini. Saat ia berlaku, timbul beribu keinsafan di hati masing-masing. Tetapi kini, semua keinsafan itu lenyap pergi begitu sahaja.

    Kekejaman kembali berlaku. Kejahatan dan kekejian kembali berleluasa. Kes bunuh, kes buang anak dan bermacam lagi menjadi seakan isu biasa pada setiap hari di dada akhbar tempatan. Ke mana hilangnya keinsafan dahulu yang pernah disentakkan dengan gelombang tsunami?


    Atau kita harus selalu menerima gelombang tsunami setahun sekali bagi menguatkan lagi keinsafan dalam diri kita? Jangan apabila terjadi begitu, kita sudah tak sempat untuk menginsafkan diri lagi. Tidakkah kita insaf dengan nasib yang pernah menimpa saudara-saudara kita dahulu?

    Langkah awal bermula dalam diri kita sendiri.

    Wednesday, December 15, 2010

    TAHNIAH! MALAYSIA MESTI TERUSKAN USAHA

    Pertama sekali, Almy ingin ucapkan tahniah kepada pasukan bolasepak Malaysia yang berjaya membelasah Vietnam 2-0 pada perlawanan separuh akhir pertama. Setelah melalui perjalanan yang agak sukar ke pusingan separuh akhir, akhirnya Malaysia mula menunjukkan taringnya untuk merampas kembali takhta.

    Walaupun perjuangan di pusingan separuh akhir belum berakhir dan belum dapat dipastikan semada Malaysia akan layak atau tidak untuk ke perlawanan akhir Piala Suzuki AFF, namun perlawanan malam ini memberi harapan baru untuk Malaysia ke perlawanan akhir nanti.


    Kepada pasukan Malaysia, teruskan perjuangan anda dan jangan hampakan ribuan peminat sukan bolasepak Malaysia. Terus capai kemenangan di perlawan separuh akhir kedua nanti untuk terus melonjakkan pasukan dalam perlawanan akhir nanti.

    Malaysia pada malam ini, pada separuh masa pertama agak tercari-cari rentak untuk mengawal posisi diatas padang. Hampir menjatuhkan semangat penyokong pada separuh masa pertama. Namun, semangat penyokong setia bolasepak Malaysia kembali terubat apabila Malaysia mendahului Vietnam dengan jaringan 1-0 yang dicetuskan oleh Safee Sali yang berjersi nombor 10.

    Harapan mendapatkan tempat yang selesa kian bertambah apabila Safee Sali melengkapkan kemenangan ke atas Vietnam dengan menambah sebiji lagi gol. sekaligus menjadikan Malaysia 2, vietnam 0. Malaysia harus menambahkan prestasi pada pusingan separuh akhir kedua sabtu ini. Dari Almy, tahniah dan teruskan perjuangan untuk menobatkan Malaysia sebagai juara Piala Suzuki tahun ini.

    Tuesday, December 7, 2010

    MALAYSIA LAYAK KE SEPARUH AKHIR

    TAHNIAH diucapkan kepada Pasukan Bolasepak Malaysia yang berjaya menempah tempat di separuh akhir Piala Suzuki AFF. Pasukan Malaysia berjaya menundukkan Laos dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan dengan jaringan 5 berbalas 1.

    Kejayaan Malaysia ke separuh akhir juga disebabkan oleh kejayaan Indonesia menundukkan Thailand 2-1. Malaysia harus berterima kasih kepada Indonesia dan juga Bambang yang meledakkan jaring gol Thailand sehingga menyingkirkan Thailand untuk terus mara ke perlawanan separuh Akhir Piala Suzuki AFF.

    Kepada pasukan Malaysia, teruskan perjuangan dan jangan lagi bergantung kepada pasukan lain dalam perlawanan selepas ini. Terus maju sukan bola sepak untuk Malaysia.


    Malaysia 5 - 1 Laos
    Indonesia 2 - 1 Thailand

    Thursday, November 25, 2010

    FACEBOOK PATENTKAN PERKATAAN "FACE"

    Mungkin ada yang mengatakan ianya mengarut dan tak masuk akal, namun itulah yang dilakukan oleh Facebook untuk meng"patent"kan perkataan "FACE". Langkah yang dilakukan Facebook itu adalah bertujuan untuk mengelakkan individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab menggunakan istilah itu sekaligus dapat merosakkan produk mereka.

    Jika mereka dapat selesaikan dan penuhi dokumen yang diperlukan, Pejabat Patent Amerika Syarikat akan mengesahkan FACE adalah trademark mereka dan pihak lain tidak boleh lagi menggunakan istilah itu untuk tujuan komersial.


    Walaupun begitu, sesiapa sahaja masih boleh menggunakan perkataan Face tanpa menyalahi undang-undang. Dalam kes di Facebook, ia hanya berlaku jika untuk perkhidmatan telekomunikasi, iaitu menyediakan online chat room dan papan buletin elektronik untuk penghantaran mesej antara pengguna komputer.

    **Kalau aku petentkan perkataan kepala (HEAD), mesti cacat kan kepala aku, sebab FACE dah jadi patent orang lain (^_^)

    Monday, October 4, 2010

    HARGA ROKOK NAIK , APA MAKSUDNYA ?

         Mulai Isnin ini, harga rokok dijangka meningkat sebanyak 70 sen bagi satu pek 
         20 batang rokok. Semua pek 20 batang rokok yang dijual pada harga RM9.30 
         sekarang, akan berharga RM10 satu pek. 

        Menurut sumber, kenaikan harga sebanyak 70 sen itu ialah salah satu kenaikan harga 
        tertinggi untuk rokok. Sebelum ini, kenaikan harga rokok adalah antara 10 sen hingga 
        30 sen. Pek rokok bergred tinggi dijangka berharga RM14. 

        Sumber menjangkakan kenaikan harga itu akan menyebabkan jualan rokok menurun 
        sebanyak 10 peratus.

    Ya, itulah laporan untuk hari ini dibawakan oleh AKU KE INI dari sumber-sumber tertentu. Dah banyak kali sangat naik ni, takkan tak faham-faham lagi kot? Apa maksud dengan kenaikan harga rokok kali ini?

    Bawa-bawalah berhenti, kalau tak boleh sangat, kurangkan sikit-sikit, yang penting keinginan kita untuk berhenti. Kalau sehari sekotak, sebulan dah 30 kotak, maknanya dah rugi RM300, banyak tu. Boleh beli macam dengan jumlah sebanyak tu. Bukan duit je yang terbakar, diri dan kesihatan pun lenyap begitu je.

    Tapi harap-harap, harga rokok je la yang naik, jangan pula ada yang ambil kesempatan naikkan harga barangan lain pula.

    Sebelum tu, terjumpa satu iklan untuk tidak merokok di YouTube, lawak pun ada, menginsafkan kita pun ada.





    *Harga rokok daun mungkin masih seperti biasa.

    Thursday, September 30, 2010

    AZMIL MUSTAPHA KEMBALI SEDAR SETELAH DIMASUKKAN KE ICU

    Mungkin kalau disebut Azmil Mustapha, siapa Azmil Mustapha ni dohhh?
    Tidak ramai yang mengenali beliau, tetapi andai disebut pelakon utama juga hero dalam cerita Ali Setan, siapa yang tak kenal? Mesti majoriti semua kenal kan? Kenal kan?kan?

    Azmil Mustapha atau lebih popular sebagai Ali Setan

    Namun selepas mendapat hidayah daripada Allah, beliau telah berpindah ke luar negara dan menetap disana bersama keluarganya. Beliau berpindah dan menetap di Negara Syria dan apabila ditanya, inilah jawapan beliau:

    "Saya buat solat hajat, minta dengan Allah, saya nak cari tempat belajar, Allah berikan petunjuk belajar di Syria . Dengan duit yang saya dapat dari menyampaikan ceramah-ceramah kesedaran Islam sebelum itu di Malaysia , saya terbang ke Syria dengan anak-anak saya."

    Setelah mendapat hidayah daripada Allah, beliau menukar profession dari seorang pelakon kepada seorang pendakwah bebas. 

    Beliau dimasukkan ke ICU kerana sakit jantung pada 27 september lepas, dan hari ini anak perempuannya melaporkan bahawa Azmil Mustapha kini kembali sedar. Semoga Allah memberi kesihatan dan kekuatan kepada beliau dalam meneruskan kehidupan beliau. Aminnn...

    Sunday, September 12, 2010

    Kehilangan Datuk Sosilawati Terjawab?

    Adakah misteri kehilangan Sosilawati terjawab? Bangun pagi tadi pukul 7, tengok berita di TV1, ada berita terbaru mengenai kes kehilangan Sosilawati ini. Berdasarkan berita di TV1 sebentar tadi, wartawan membuat siaran langsung dari tempat berhampiran pantai Morib. Pihak wartawan menyatakan bahawa pihak Polis kini menjumpai bukti baru berkaitan kes kehilanga Sosilawati, seorang jutawan komestik.

    Namun pihak polis telah menyekat dan menghalang orang awam dan wartawan dari memasuki tempat kejadian. Pihak polis juga tidak mahu mengulas lanjut mengenai apa yang sedang berlaku. Ada juga spekulasi yang mengatakan Sosilawati bersama rakan-rakan yang lain di bunuh dan di bakar. Apakah itu benar? Kita nantikan....

    Thursday, July 8, 2010

    AKU TERKELU TIDAK BERKATA

    Huhu,

    German dah kalah dengan Sepanyol. Sebagai Kelab Peminat German, terkilan sedikit la.. Tapi itu dah takdir dan kekalahan pagi ni aku terima je. Kepada Sepanyol, tahniah aku ucapkan dan permainan yang Sepanyol tunjukkan memang tahap best dan terbaik.

    German pun cantik dan sehingga akhir perlawanan, corak permainan yang ditunjukkan memang membanggakan kerana masih cuba untuk tidak terlalu "tamak" dan tidak hilang pertimbangan, tapi strategi mereka kalah kepada Sepanyol.

    Walaupun 1 - 0 dibaham Sepanyol, kekalahan tetap kekalahan dan tidak melayakkan German untuk merasai kembali penangan Trofi Emas Piala Dunia kali ini. Mungkin peristiwa tahun 2006 sebagai pemengang tempat ke-3 akan berulang kembali.

    Sepanyol jika dikekalkan corak permainan seperti tadi mungkin akan dapat menjulang trofi keramat tahun ni.
    Dan juga mungkin akan menamatkan kemarau menjulang piala dunia untuk pertama kalinya..



     GOLLLL!!!
     


    Sunday, July 4, 2010

    GERMAN MENANG LAGI



    Kesetiaan aku berbalas akhirnya.. Ini adalah BLOG KELAB PEMINAT GERMAN, so semestinya hati aku sekarang ni berbunga-bunga.

    Tapi tadi, aku dengan member-member keluar ler tengok game malam tadi kat kedai mamak, dah la member-member aku semua peminat Argentina. Merah je la telinga aku meenepis 'lagu-lagu'. Sampai lah balik, kereta yang aku naik tu macam aku seorang je dalam tu.. Keh keh keh..

    Memang cantik la German lawan malam tadi. 4-0 belasah Argentina. Aku menulis sebagai peminat setia German, dan tak nak la bergaduh-gaduh dan menyentuh sensitiviti peminat pasukan negara lain.

    Aku tak la menaruh harapan yang terlalu tinggi German akan berjaya menjulang trofi emas piala dunia yang berharga lebih RM 30 000 000  (30 juta la) sekarang ni. Cukuplah sekadar dapat berada di peringkat akhir. Kalau dapat julang, lagi bertambah-tambah la bongkak aku. Lalalala~~~

    Aku minat pasukan Germna ni sebab corak permainan diorang dari dulu lagi memang cantik. Walaupun bukan tiap-tiap Piala Dunia diorang menang, sekurang-kurang permainan yang di tunjukkan memang mengujakan.

    Dari zaman penjaga gol, Oliver Khan yang pernah dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik dunia, sehingga la sekarang, aku dapat lihat permainan German memang penuh seni. Permainan yang cantik dan halus. Betul ke?

    Apa pun, German tetap di hati dan  tahniah kerana membuktikan kehebatan malam tadi dengan menyingkirkan pasukan pilihan ramai, Argentina dengan bolosan gol sebanyak 4 biji. Dan kepada Joachim Loew, Jurulatih Pasukan German, teruskan dengan sikap cool dan relaks..

    Loew Yang Cool.. (Atas bercermin mata)

    Monday, June 28, 2010

    BE ALERT GIRLS

    ARTIKEL INI DI COPY PASTE SECARA ASLI DARI BLOG NOTHING GONNA CHANGE OUR LOVE, DAN BERTUJUAN MEMBERI KESEDARAN KEPADA SEMUA, TIDAK UNTUK PUBLISITI SEMATA-MATA. BELAJAR DARI PENGALAMAN ORANG LAIN ADALAH CERDIK DAN BIJAK.
     

    “No matter the taxi driver is Chinese, Malay or Indian, PLEASE BE AWARE! If you notice that there is a sound of spray of perfume or air purifier inside the taxi, PLEASE GET DOWN from the TAXI IMMEDIATELY!!

    It just happened to me just now. It was about 12.45 am . I got into a taxi driven by a Malay man. I was in the taxi for a few minutes when I suddenly heard a sound of a spray and there was a smell like an air purifier. I wondered why the driver put two types of air purifiers in his taxi. 

    The smell immediately reminded me about this forwarded email that I read. I started to be aware of my surroundings. But the puff of the purifier kept appearing every few minutes. 

    I was very worried and scared. Gradually, I sensed that my body started to feel weaker and weaker. The felt my whole body weaken, I asked the driver to let me get down at the side road. purifier kept puffing from the back seat, just right behind me. As I really

    But he kept trying to talk to me and ask me why not dropping me off at my destination. I think he was trying to drag the time. To my horror, I felt both of my hands and legs got numb with no energy: I almost could not move. When I talked to the driver, I could not even speak properly, not to say to shout for help, ‘cos I was really too weak…
     
    Immediately, at a traffic light I opened the door, jumped out and ran to a passer-by for help.
    I really thank God for saving me. If not, I really can’t imagine what would have happened to me. I am traumatised by this incident. This is TRUE case.
     
    Please do keep in mind! IT IS BETTER TO BE SAFE THAN SORRY! I feel the need to share with you guys, no matter you are men or women ‘cos  it is NOT a LIE , not a made-up story.

    It really happened. Do let your friends, family members and relatives know about this case. I believe you are just like me, don’t wish anybody to be the victim of this case. 

    “Please be aware when aboard to a taxi, especially the ladies.”

    I received an email some months ago about a lady getting into a cab who felt uneasy and become faint when she smelt something like incense being burnt. 
     She was smart enough to order the taxi to stop immediately and after throwing some money at the taxi man quickly get out of the taxi. She later got to know that if she had not stopped the taxi and gotten out, she would
    have fainted and raped by the taxi man (or a gang of rapists)!

    After reading this, I thought maybe this was one of those emails that you would read and just forget about it, but I was wrong! Few weeks ago, a visitor to our Chinese church who stayed in Puchong got into a taxi driven by an Indian man.

    When she sat into the taxi, there was a little burner and she could smell incense burning in the taxi. After awhile, she felt weak and unable to speak or shout. The Indian taxi man drove to a lonely road where there was hardly anyone and raped her. Before she was completely knocked out, she was told by the taxi guy that she was his number six victim. 

    She was not only raped but also robbed! When she was conscious again, she quickly went to see a doctor. The sad thing is, the doctor knew she was raped but did not advise her what to do. The doctor just let her make the decision to make or not to make a police report. 

    Since she does not know the rapist name and also the taxi number and in great fear after this trauma, she told the doctor that she would not dare to report to the police. The doctor said since she dare not make the report, he would just have to destroy the medical report!

    Because the rapist took her whole bag with her IC in it, he got her address and even has the guts to come straight to her house and try to be funny with her.

    Please remember not to get into a taxi that smells funny and if possible don’t get into a taxi alone, and if you have to do so, give a call or sms back to your friends or relatives and let them know the taxi registration
    number and if possible, the name of the taxi man.

    AND OPEN THE WINDOW!

    BERHATI-HATI LAH, BUKAN MENUDUH PEMANDU TEKSI YANG TAK BERSALAH, TETAPI BERJAGA-JAGA DAHULU LEBIH PENTING DARI MENANGIS SELEPAS TERJADI. KEPADA PEMANDU TEKSI, JANGAN RISAU, JIKA ANDA JUJUR DAN IKHLAS MENCARI PENDAPATAN, AKU DOAKAN KORANG SEMUA DIMURAHKAN REZEKI.

    Thursday, June 24, 2010

    INI BLOG KELAB PEMINAT GERMAN


    ARGENTINA?
    MEXICO?




    (BACA KOMEN)

    ENGLAND DAH TEWAS,
    GERMAN 4, ENGLAND 1,
    WALAUPUN 4-1,
    ENGLAND SEPATUTNYA 2...
    TAPI KEPUTUSAN PENGADIL TAK BOLEH TUKAR..
    YANG PENTING, GERMAN DAH MENANG WALAU GOL ITU DI KIRA..
    ENGLAND TETAP KALAH.. 

    Wednesday, June 23, 2010

    ROMANTIK SEHIDUP SEMATI

     Jalan-jalan pagi sambil membaca online paper, terjumpa satu artikel yang best. Hari ni dalam kosmo, kisah romantik sepasang suami isteri yang ala-ala filem berskrip terjadi dalam dunia realiti. Mesti best sangat-sangat, bila ditakdirkan hidup bersama-sama selama lebih 32 tahun dan meninggal dunia berjarak 15 minit.

    Di bawah ini adalah atikel yang dipetik dari KOSMO ONLINE..

    JASIN - Ketika masih hidup, pasangan suami isteri, Md. Jan Abdul Hadi, 56, dan Kamsiah Bakau, 54, dianggap pasangan yang romantik oleh anak-anak dan masyarakat setempat.

    Ke mana saja pasangan yang mempunyai enam anak berusia di antara 16 dan 31 tahun itu pergi, mereka tidak pernah berenggang dan sentiasa dilihat berdua.

    Jika ke mana destinasi pun, pasangan yang telah berkahwin selama 32 tahun itu akan dilihat pergi bersama-sama, dan bagai pasangan pengantin baru, Md. Jan seorang pesara kerajaan dan Kamsiah juga akan bersarapan bersama hampir setiap hari.

    Mungkin kerana terlalu akrab dan sentiasa berdua ketika masih hidup, pasangan itu secara kebetulan juga meninggal dunia pada hari yang sama.

    Kamsiah terlebih dahulu meninggal dunia pada pukul 7.05 pagi kelmarin sebelum diikuti Md. Jan yang lebih mesra dengan panggilan Pak Uda 15 minit kemudian.

    Anak sulung pasangan itu, Nurman, 31, berkata, jika keluar berjalan-jalan, kedua-dua ibu bapanya tidak pernah berpisah dan akan pergi bersama-sama.

    "Bukan saja keluar bersama, kereta yang dinaiki mereka juga mesti sama.

    "Pernah suatu ketika dulu, ketika saya meminta emak dan abah naik kereta berasingan untuk keluar berjalan, mereka enggan berpisah dan meminta untuk bersama dalam satu kereta dan tidak kisah siapa yang memandunya," katanya ketika ditemui Kosmo! di Kampung Kesang Jaya di sini semalam.

    Nurman berkata, apa yang membuatkan dia begitu mengagumi ibu dan ayahnya, mereka juga tidak pernah lekang untuk bersarapan bersama setiap pagi.

    "Ayah akan beli sarapan di luar dan dibawa ke rumah untuk makan bersama, jarang sekali mereka makan di luar mungkin kerana di rumah lebih selesa," katanya.

    Sementara itu, anak kedua pasangan itu, Nor Azlina, 29, berkata, ibunya itu rebah dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia sebaik sahaja doktor memberitahu penyakit barah hati yang dihidapi oleh ayahnya semakin kritikal.

    "Emak mungkin tidak dapat terima hakikat bakal kehilangan ayah menyebabkan dia terus rebah dan tidak sedarkan diri.

    "Tidak lama kemudian ayah pula menurut jejak ibu," katanya.

    Waaaaaa.... Bestnya kalau macam ni terjadi dalam hidup AKU, tambahan pula kalau ditakdirkan masuk syurga bersama-sama. Kepada pasangan Md. Jan dan Kamsiah, aku jeles sangat dengan kehidupan korang berdua. AKU doakan roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan disyurga bersama-sama orang beriman. Aminnn..