Thursday, September 30, 2010

AZMIL MUSTAPHA KEMBALI SEDAR SETELAH DIMASUKKAN KE ICU

Mungkin kalau disebut Azmil Mustapha, siapa Azmil Mustapha ni dohhh?
Tidak ramai yang mengenali beliau, tetapi andai disebut pelakon utama juga hero dalam cerita Ali Setan, siapa yang tak kenal? Mesti majoriti semua kenal kan? Kenal kan?kan?

Azmil Mustapha atau lebih popular sebagai Ali Setan

Namun selepas mendapat hidayah daripada Allah, beliau telah berpindah ke luar negara dan menetap disana bersama keluarganya. Beliau berpindah dan menetap di Negara Syria dan apabila ditanya, inilah jawapan beliau:

"Saya buat solat hajat, minta dengan Allah, saya nak cari tempat belajar, Allah berikan petunjuk belajar di Syria . Dengan duit yang saya dapat dari menyampaikan ceramah-ceramah kesedaran Islam sebelum itu di Malaysia , saya terbang ke Syria dengan anak-anak saya."

Setelah mendapat hidayah daripada Allah, beliau menukar profession dari seorang pelakon kepada seorang pendakwah bebas. 

Beliau dimasukkan ke ICU kerana sakit jantung pada 27 september lepas, dan hari ini anak perempuannya melaporkan bahawa Azmil Mustapha kini kembali sedar. Semoga Allah memberi kesihatan dan kekuatan kepada beliau dalam meneruskan kehidupan beliau. Aminnn...

KEN BLOCK - GYMKHANA 3 PRAKTIS

Ken Block, seorang pemandu Rally yang mungkin tidak asing lagi bagi sesetengah peminat sukan Rally ini. Namanya di sebut di serata tempat dalam sukan permotoran ini. Selalu datang dengan pelbagai video-video skill pemanduannya yang mengujakan sesiapa sahaja.

Beliau juga merupakan salah seorang pengasas jenama DC. Siapa tak pernah dengar jenama DC? Video terbaru beliau dengan tajuk "Gymkhana 3 Practice In His Ford Fiesta 2010",  mungkin sempena menguji jentera baru menggantikan jentera lamanya, SubaruImprezaWRX STi. Saksikan dan nilailah sendiri.




Sebagai tambahan, ini rekod Ken Block dan DC Team dalam sukan Rally di Amerika.

*Ken Block juga banyak bertanding dalam sukan skateboard, snowboard dan juga motocros.

Wednesday, September 29, 2010

FEDERAL AUTO SPORT TUNING KINI DIBUKA

FEDERAL AUTO SPORT TUNING SDN BHD (FAST), yang dilantik menjadi pengedar esklusif produk ABT (Jenama tuning specialist German) di Malaysia pada Mac lalu, kini melancarkan bilik pameran mereka di Glenmarie, Shah Alam. Showroom itu menjadi yang terbesar di Asia sebesar 12,000 persegi dengan kos lebih dari RM 1 juta.


Bilik pameran di Glenmarie mampu memuatkan sehingga 10 buah kenderaan bagi tujuan pameran dan ianya khas dibina untuk membolehkan pelanggan melihat sendiri penalaan kereta (tuning) dan aksesori ABT. FAST juga akan dibuka bilik pamerannya di Petaling Jaya tahun ini dan juga di Penang serta Johor Bahru, pada hujung tahun 2011.

ABT showroom akan didatangkan dengan body kit and aksesori terbaru untuk kereta keluaran Audi dan Volkswagen. Mereka menumpukan upgrade pada 6 bahagian yang utama iaitu engine performance, aerodynamics, exhaust system, suspensions, brakes dan tayar

Pakej talaan(tuning) untuk Volkswagen Golf dan Scirocco bermula dari RM6,636 bagi engine chip tuning sehingga RM43,610 untuk complete set full body kit, sport springs, rim dan tayar.

GOLF 6 R BY WIMMER RS - RED DEVIL V

Pakar tuning German, Wimmer RS, mempersembahkan “Wimmer RS Golf 6 R – Red Devil V". Spesifikasi asal  kilang, Golf R didatangkan dengan engine 2.0-liter TSI yang menghasilkan 270hp dan 350Nm tork maksimum. Namun, dengan sentuhan jurutera Wimmer RS output naik kepada 478HP dan 610Nm. Itu sangat menakjubkan sekali.

Pengubahsuaian merangkumi ECU, tuning turbocharger, injection, sambungan batang rod, kepala silinder (head), sebuah intercooler lebih besar, dan perubahan dalam sistem udara. Sebuah crank shaft baru telah dipasang dan sport camshaft juga ditukar. Juga dipasang sistem exhaust stainless steel 84mm.

Menurut Wimmer RS, “Red Devil V” boleh mencecah had top speed 291 km/h.



Majlis Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin & Hamzah Alang Azman Shah

Agak-agak, maybe belum terlambat kot post ni. Aku ucapkan tahniah kepada Nur Nadia SM Nasimuddin dan Hamzah Alang Azman Shah. Siapa Nur Nadia SM Nasimuddin ni? Beliau adalah anak kepada pengasas NAZA Group yang membekalkan kenderaan di Malaysia.

Siapa Hamzah Alang Azman Shah ini pula? Difahamkan dari beberapa sumber, beliau adalah anak kepada Holiday Villa Hotel, so maybe kerja Hamzah Alang Azman Shah ni juga menguruskan hotel tersebut la kan?

Memang sekufu la mereka ini. Harap-harap jodoh mereka berpanjangan. Perkahwinan mereka amat meriah sekali dan boleh dikategorikan sebagai majlis perkahwinan yang hebat. Tahniah juga kepada tukang edit video perkahwinan mereka. Memang gempak habis..




** Video pada permulaan kurang manis sedikit. Ini adalah komen peribadi.

Tuesday, September 28, 2010

KUCING COMEL BERGAYA

Jalan-jalan dalam dunia maya, terjumpa bermacam-macam aksi kucing.. Pelbagai ragam dan gaya, mencuit hati sangat,,

Abang aku ke ini?

Penyamaran berjaya..hehe~~

Sayang, jangan marah, abang minta maaf..Jangan tacuk-tacuk lagi eh..



This is my territory..


Jom timbang-timbang..


Tepi la, aku nak cari syiling aku...


Best nyer tito..


Kan dh cakap nk tido ni, jumpa nanti... 
Bye.. tata~~

Monday, September 27, 2010

APAKAH BENDA ITU?

Tak nak leter panjang-panjang.. Dua hari aku tinggalkan blog untuk ke satu kem. Lepas habis je kem tu, aku tengok la semula video-video dan gambar-gambar yang sempat aku ambil semasa di kem tersebut.. 

Then, satu malam, aku tak boleh tidur sebab apa entah. Seperti biasa, aku rakam la sekeliling, dan.....!!!!!!! Video dibawah dirakam pada pukul 4 pagi 26 September 2010, video ketika geng-geng urusetia yang tengah tidur. Disebabkan cuma menggunakan kamera handphone, kualiti agak kurang baik. Saksikan sendiri dan lihat apa yang ada dalam video ni..


 Apa pun jua, hanya tuhan yang mengetahui apa sebenarnya itu..


* Kalau tak nampak apa-apa, perhatikan pada masa 0:12-0:15.. 
**Selepas tengok video kat atas, tengok lak video ni... Ada juga la kaitan sikit-sikit..

Saturday, September 25, 2010

CITROEN SURVOLT DAN AGNI Z2 BERSAING!

Pertarungan terhebat antara Citroen Survolt dan Agni Z2 motorbike baru-baru ini di UK’s Thruxton Race Circuit, dan nyata kedua-dua jentera ini yang disalurkan tenaga elektrik sepenuhnya menunjukkan aksi yang cemerlang sekali. 

Pemandu Citroen Survolt tidak lain dan tidak bukan adalah pelumba Le Mans, Vanina Ickx yang juga merupakan anak perempuan kepada Pemandu Formula One Belgium Jacky Ickx. Sementara pelumba superbike British , Jenny Tinmouthand mengendalikan superbike elektrik, Agni Z2 .

Survolt berupaya mencapai 100km/h dalam masa bawah 5 saat, dan boleh mencecah 260km/h pada tahap top speednya. Jentera ini dijana oleh twin electric motor  62kW/300hp. Bateri lithium ion yang menjana tenaga jentera ini membolehkan Survolt bergerak sejauh 200 kilometer jarak pemanduannya.

Agni Z2 juga tidak menghampakan, walaupun hanya menghasilkan 50kW/65hp, ia mampu mencapai 100km/h dalam masa hanya 3.5 saat! Dan top speed Agni Z2 adalah 209km/h.

Saksikan video yang mempamerkan aksi kedua-dua wanita ini bersaing mengendalikan jentera masing-masing..


Friday, September 24, 2010

PENTING BUAT SEMUA BLOGGER

Kepada semua blogger yang mengutuk tindakan w3d0z dahulu, aku pohon jasa baik dari anda semua untuk menyelesaikan semua ini. w3d0z telah berjanji akan mengembalikan akaun yang telah di godamnya dahulu kepada pemiliknya. 

Mungkin ini berita baik kepada pemilik akaun yang telah di hack oleh w3d0z, mungkin bukan anda yang di hack, mungkin jua kawan anda, jika ada, beritahulah kepada semua blogger yang telah di hack oleh w3d0z. Aku dimaklumkan oleh w3d0z, sebanyak 126 akaun blogger yang ada padanya sekarang.

Bagaimana nak dapatkan kembali akaun yang telah di hack oleh w3d0z itu?

Syarat yang di beri memang sukar untuk aku lakukan seorang diri, aku pohon kerjasama dari semua pembaca. Sebelum itu, ini mesej antara aku dan w3d0z.


Ini kandungan emel :

                    "semua blog yang di hack oleh wd0z-hacker akan di kembalikan asal dengan syarat :
                     http://www.indonbodoh.blogspot.com/  
                     di tutup penayanganya
                     di hapus dari blogger dan di tutup aksesnya
                     aksi w3d0z hanya membalas kelakuan blogger dengan id malaysia itu
                     selama http://www.indonbodoh.blogspot.com/
                     masih bisa di akses.......aku tidak akan berhenti mencari korban!!!!"

Dan bila aku pergi ke link tersebut, agak terkejut dengan kandungan didalam blog tersebut yang dibina semata-mata untuk menjatuhkan dan mengutuk Indonesia. Aku tidak menyokong mana pihak sekarang ini, apa yang aku inginkan, hanya keharmonian antara kita dalam alam maya ini. 

Tidak puas lagikah dengan peperangan yang terjadi di dunia nyata?
apakah kita juga ingin berperang di alam maya ini? Jika anda katakan tidak, sebarkan berita ini kepada semua blogger Malaysia agar kita bersama-sama melaporkan tentang kewujudan blog yang menghina Indonesia ini, dan berusaha agar blog itu dipadamkan.

Aku merayu kepada semua, tolonglah kawan-kawan kita yang lain, yang telah di godam akaunnnya, agar mereka dapat kembali ke dunia blogging ini bersama-sama kita. Andai tiada sokongan anda, berapa banyak lagi mangsa yang akan terlibat? Atau menunggu terjadi pada diri sendiri baru anda mahu menyelesaikannya? Fikirkan.. 

Jika anda inginkan keharmonian di dunia kita ini, sahut seruan aku ini dan laporkan kepada SKMM sekarang agar dipadam akaun Indon Bodoh ini.  Bukan itu sahaja, tolong laporkan kepada blogger team mengenai blog tersebut yang melanggar terma syarat blogger.com. 

Lebih ramai dan cepat yang laporkan, lebih cepat keamanan kita capai. Pergi ke blog Indon Bodoh dan lakukan seperti berikut. 

Klik pada Report Abuse..


Select Hate and Violence, kemudian continue
seterusnya juga continue dan akhirnya submit..

Mengambil kata-kata w3d0z  "Perdamaian memang indah...namun dikala perdamaian itu di rusak oleh satu orang saja....pasti akan muncul orang2lain seperti saya!!! tiada bangsa yang rela negerinya di hina"

**Komen di blog itu mencecah lebih 5000.. 

w3d0z BERJAYA DI JEJAKI

Berhubung isu cubaan untuk menghancurkan seluruh blogger Indonesia, hacker yang menggelarkan dirinya w3d0z kembali mendedahkan niat sebenar mengapa beliau melakukan kerja itu.

Namun bukan itu niat aku, Alhamdulillah, w3d0z telah mengubah niatnya untuk merosakkan seluruh blogger-blogger Malaysia. Tetapi bukan semudah itu, masih ada syarat, sukar sangat untuk aku lakukan seorang diri, dan aku seru semua blogger Malaysia agar membantu aku. 

Ini komen antara aku dan w3d0z,


Komen ini dalam post AKU AKAN DI HACKER KE?

Tiada faedah dan untung aku dapat, tetapi ini untuk keharmonian kita bersama. Dan satu lagi, w3d0z berjanji akan kembalikan semula semua blog yang telah di hack beliau. Apakah syaratnya? Tunggu post aku yang akan datang sebab aku mengantuk sikit la, letih kerja..

Thursday, September 23, 2010

BELI DAN MILIKI iPHONE 4 SECARA ANSURAN BUAT SEMUA



Syarikat telekomunikasi DiGi kali ini menawarkan kepada semua rakyat Malaysia bayaran ansuran untuk memiliki iPhone 4 dari serendah RM 58 sebulan. Kenapa harus miliki iPhone 4? Ini sebabnya...


1.  FaceTime

iPhone 4 membolehkan video call anda lebih realiti. Lihat rakan anda ketika bercakap dengan mereka. iPhone 4 ke iPhone 4 melalui Wi-Fi

2.  Pelbagai kerja (Multitasking)

Buka pelbagai aplikasi dalam satu masa tanpa memendekkan jangka hayat bateri anda.

3. HD video recording

Anda akan selalu mempunyai HD video bersama anda. Rakam, edit, dan kongsi HD video  dengan iPhone 4.

4.  5 megapixel camera 

Dan banyak lagi... Dapatkan maklumat lanjut mengenai tawar DiGi ini di sini...


SIAPA PUNYA KERJA PULA

Buka Nuffnang tadi, tengok keyword yang masuk, ini yang dapat.. Kalau sebelum ni, blog ini pernah mendapat kunjungan dari peminat fanatik Mas Idayu yang mencari seluar dalamnya walaupun tiada entry berkaitan. 

Seterusnya Kedai online seluar dalam, dan kini, tiada lagi semua perkataan sebegitu, tetapi muncul satu keyword yang agak panjang dan Landing Page adalah kat Blog Aku Ke Ini juga..


Ini keyword yang membantu trafik Aku Ke Ini :  bumi huru-hara 2013 kerana matahari gambar fail yang dirakamkan pentadbiran aeronautik dan angkasa lepas kebangsaan amerika syarikat menunjukkan nyala.

Then, try la search dan ini hasilnya..


Siapa punya kerja? Cepat mengaku.. Just nak ucapkan Thanks.. Hope ur get a better life :)

MAAFKAN AKU BLOGGER INDONESIA

Berhubung dengan tindakan seorang blogger Indonesia yang mendakwa dirinya mewakili seluruh blogger Indonesia untuk menghancurkan semua blogger-blogger Malaysia dengan motto "Ganyang Akun Malingsial". Aku ingin meminta maaf andai post aku ini akan membuatkan anda terasa.

Setakata sekarang, tiada lagi tindakan yang diambil dari w3d0z itu. Beliau dengan beraninya telah mengugut untuk menggodam blog AKU KE INI. Namun aku selalu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, samada dari si hacker ini mahupun dari pihak lain. Kadang-kadang jika blog kita melanggar terma dan syarat blogspot dan google tanpa kita sedari, kita juga akan hilang akaun blog kesayangan kita ini.

Sebab itu, berbagai nasihat yang aku dapat daripada blogger lama tentang langkah berjaga-jaga andai blog di banned atau di suspend. Kebelakangan ini, aku selalu menjejaki blogger yang  trafiknya datang dari Indonesia sebagai langkah berjaga-jaga.. Bukan bermaksud untuk bermusuhan, tetapi untuk lebih bersedia andai berlaku sebarang kemungkinan.

Antara trafik dan peta trafik dari Indonesia, aku dedahkan agar orang yang terasa gatal tangan nak buat fraud atau nak rosakkan keharmonian itu sedar yang kita di alam maya ni selalu di pantau.

Trafik 1:







Trafik 2:



Aku tunjukkan dua contoh je, yang lain-lain malas nak masukkan..hehe.. Padahal.. :) Aku minta maaf kepada blogger Indonesia yang tidak bersalah tetapi terasa kesan hasil dari perbuatan w3d0z dahulu.

Wednesday, September 22, 2010

APA MAKSUD IKLAN DiGi INI?


Something Yellow This Way Comes

Hey DiGi Angels! Your favourite telco has a Very Big Surprise coming up really soon for everybody, but when we prodded the Yellow Man for more information, all we got was this cryptic picture:






Four apples, a goat, and a date. Which is just a few days away, by the way.
Hmmm. We have our own guesses to make about the message, but what about you? Can any of you guess the message? ;)


Besh la DiGi, walaupun aku bukan seorang pengguna talian DiGi, tapi "perwatakan" yang dibawa DiGi begitu mencuit hati dan kadang-kadang buat aku tergelak sendirian. Aku tak gila tau...

Dalam seminggu yang lepas, DiGi keluarkan satu iklan sempena Hari Malaysia, kini DiGi keluarkan lagi satu iklan, maybe bukan iklan, lebih kepada hmmmm... Entahlah nak cakap apa.. :-P

Apakah maksud yang anda fikir bila tengok gambar yang dibawa oleh DiGi ini?

Ini Jawapan Almy..

Apple iPhone 4G is coming brought by DiGi…

4 apple = Apple (iPhone) 4
Goat = G
Date = Coming
DiGi = By DiGi…

Bagaimana pula dengan anda?


HARI YANG BAIK DAN TIDAK BAIK DALAM ISLAM

Semua agama mempunyai hari-hari dan tarikh-tarikh yang baik dan buruk menurut pendapat ahli agama mereka, begitu juga dengan Islam, dibawah adalah hari-hari dan tarikh-tarikh dalam bulan Islam menurut Jaʿfar ibn Muhammad al-Sādiq A.S.

Siapakah  Jaʿfar ibn Muhammad al-Sādiq ini? Beliau adalah ...(klik sini)

01hb: Hari yang baik untuk bertemu pemerintah (orang kenamaan) / meminta hajat / berdagang / bertani dan bermusafir.

02hb: Hari yang baik untuk bermusafir / meminta hajat.

03hb: Hari yang tidak bagus.

04hb: Hari yang baik untuk berkahwin dan Makruh untuk bermusafir.

05hb: Hari yang tidak bagus.

06hb: Hari yang diberkati dan baik untuk berkahwin / meminta hajat.

07hb: Hari yang diberkati dan elok untuk apa yang dimaksudkan dan diusahakan.

08hb: Hari yang baik untuk meminta hajat dan Makruh untuk bermusafir.

09hb: Hari yang penuh keberkatan dan baik untuk segala hajat manusia. Dan barangsiapa yang bermusafir bakal memperolehi rezeki harta dan dia akan melihat banyak kebaikan dalam perjalanannya itu.


10hb: Hari yang baik untuk segala hajat melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan). Sesiapa yang lari dari penguasa akan tertangkap. Tetapi, baik untuk berjual-beli. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh.

11hb: Hari yang baik untuk segala hajat, bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan).

12hb: Hari yang penuh keberkatan. Maka mintalah hajatmu dan berusaha nescaya akan mendapat. Bersembunyi dari pemerintah adalah lebih baik.

13hb: Hari yang tidak bagus atas segala amalan / hajat.

14hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan.

15hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan. Nescaya akan mendapat.

16hb: Hari yang tidak bagus.


17hb: Hari yang baik bagi segala hajat/ amalan. Nescaya akan mendapat. Baik untk bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam, membina bangunan dan bertemu pemerintah (orang besar).

18hb: Hari yang baik bagi segala hajat. Barangsiapa yang bertemu musuh, akan mendapat kemenangan dengan Takdir Allah.

19hb: Hari yang baik bagi segala amalan. Barangsiapa yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan hidup.

20hb: Hari yang baik untuk segala hajat, / bermusafir / membina bangunan / bertani / kahwin dan bertemu pembesar.

21hb: Hari yang tidak bagus.

22hb: Hari yang baik untuk berdagang / bertemu pemerintah / musafir / BERSEDEKAH.

23hb: Hari yang baik digalakkan untuk berkahwin dan apa saja perniagaan dan bertemu pemerintah.

24hb: Hari yang tidak bagus.

25hb: Hari yang tidak bagus dan BERHATI-HATI untuk setiap perkara.

26hb: Hari yang baik untuk segala hajat kecuali kahwin dan musafir. Hendaklah kamu BERSEDEKAH pada hari itu kerana ia memberikan banyak manfaat.

27hb: Hari yang baik untuk segala hajat.

28hb: Hari yang bercampur ( Baik & Tidak baik).


29hb: Hari yang baik bagi segala hajat melainkan menulis (kitab). Boleh menulis tetapi MAKRUH. Barangsiapa yang menulis kitab tidak mendapatkan idea yang baik. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh dan yang bermusafir bakal mendapat harta yang banyak.

30hb: Hari yang baik bagi segala hajat / berdagang / bertani / kahwin, cepat sembuh dari penyakit, Yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan, akan diangkat kedudukannya. Suka bercakap benar dan menunaikan janji.

Tuesday, September 21, 2010

AKU AKAN DI HACKER KE?

Berikutan dengan post yang bertajuk BACA INI KALAU ANDA TIDAK MAHU MENJADI MANGSA HACKER lalu, ia telah menimbulkan kemarahan si najis w3d0z itu. Semalam September 20, 2010 11:16 PM, aku telah ditinggalkan 1 komen yang berbaur ugutan, dan trafiknya memang datang dari Indonesia. **Oppss, tajuk bukan di hacker, sepatutnya di hack je..

Apa aku patut buat ni? Patutkah aku takut dan minta maaf dengannya? Dia cakap nak hack aku punya blog... Dey Podahh chit, ko dengan tuhan pun tak takut nak suruh aku takut dengan ko!!! Sabar cik Almy, sabar.. :-D hehe.. itu kata hati aku mula-mula, tapi kita kena amalkan keharmonian..

Kepada si w3d0z, terima kasih tau sebab link kan nama ke blog AKU KE INI. Bangganya tidak terhingga bila orang sanggup komen dan letakkan nama dia link ke blog Almy ni.. Thanks a lots sebab tambahkan trafik Almy secara tak langsung.. Siapa lagi sanggup buat begitu?

Bukti trafik dari Indonesia sebelum komen ugutan ditinggalkan.

Ugutan yang diterima..

**JANGAN KLIK KAT NAMA W3DOZ SEBAB IA AKAN LINK KE PAGE PHISING TU, MULA-MULA MEMANG AKAN MUNCUL BLOG NI, PASTU AKAN KUAR PAGE MINTA PASSWORD DAN ID..

Kepada semua blogger-blogger Malaysia dan juga kepada yang berasa untuk hidup dalam keharmonian di dalam dunia maya ini, sudahkah anda buat laporan kepada Cyber999 dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).. Ayuh bangun jalankan tanggungjawab kita bersama. Sudikah anda semua hidup dan sign in ke blog anda sendiri dalam ketakutan? Tidak kan? So, bangunlah mengkritik demi keamanan sejagat.

Almy tak nak story lagi apa yang Almy tengah buat sebagai langkah berjaga-jaga untuk risiko Almy dedahkan semua ini. Almy tak kisah dikalahkan oleh si najis tu, andai blog ini tergadai sekalipun, Almy akan teruskan perjuangan hancurkan si Najis w3d0z dan pastikan sampai dia sedar, bukan dirinya sahaja pandai dan bijak. Dan juga dia akan terima balasan yang setimpal dari pihak berwajib. BANGUNLAH WAHAI BLOGGER MALAYSIA..

Monday, September 20, 2010

SUBARU IMPREZA WRX STI 2011 TERBARU

Selepas Nissan dan Toyota mengeluarkan kereta terbaru mereka, kini giliran Subaru pula. Subaru kini mempertaruhkan keluaran terbaru mereka, Impreza WRX STI. Keluaran terbaru ini didatangkan dengan peningkatan kuasa pada bahagian engine dan juga bahagian luaran yang lain.


Didatangkan dengan engine 2.5 litre turbocharged, DOHC 16 Valve sekaligus memberi kepuasan kepada peminat Subaru. Bukan itu sahaja, susunan dalaman yang kemas dan juga mewah mampu mengujakan sesiapa sahaja. Harga on-the-road Impreza WRX STI ini di Malaysia adalah sekitar RM 277, 619.20.


Antara spesifikasi yang datang bersama Subaru Impreza terbaru ini ialah :
  • 305-hp tubocharged 2.5 litre 4-cylinder SUBARU BOXER engine
  • 6 kelajuan manual
  • Sistem Brek Brembo
  • 18 inci BBS aluminum-alloy wheel
dan banyak lagi..

 Bahagian dalaman yang kemas dan mengujakan...





Juga boleh didapati dalam 7 warna yang berbeza. Antaranya Obsidian Black Pearl, Satin White Pearl, Lightning Red, WR Blue Mica dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut, sila pergi ke laman SUBARU IMPREZA WRX STI.

Sunday, September 19, 2010

BACA INI KALAU ANDA TIDAK MAHU MENJADI MANGSA HACKER

Hmm, marah ada, geram ada.. Kenapa sampai ke dalam maya ini pun masih ada yang suka buat kacau dan buat hal? Kenapa suka bikin itu huru dan hara dey podahhhh cit!! Aku sampaikan salam takziah kepada semua blogger-blogger yang tak bersalah dan menjadi mangsa kebiadaban insan yang tak bertanggunjawab dan tak bertauliah. 

Ikut hati bermacam-macam lagi aku nak kutuk ni, tapi sabar, kerana mulut aku nanti akan lebih tajam dan berbisa dari pedang dan bisa ular sawa ( oit, ular sawa mana ada bisa) Ehh, ular tedung selar..

Kenapa? Kes terbaru, ada blog yang telah di Hack oleh manusia yang sukakan peperangan. Setakat sekarang, hampir 14 blog yang telah dianiaya oleh w3d0z. Aku la, cam nak peluku ja budak ni kalau aku dapat. 

Senarai blog yang di hack..

Itu satu hal, dan PERHATIAN KEPADA BLOGGER MALAYSIA, terang-terangan kerja najis ini dilakukan oleh blogger Indonesia. Tidak menuduh, tetapi pengakuan darinya sendiri (tengok gambar kat bawah) dengan membawa mottonya sendiri "Ganyang Malaysia".


Macam mana najis tak bertauliah ni mampu hack ke akaun blogger dan buat kacau? Tak kan mudah-mudah ja dia boleh hack kan? Ini sebabnya..



Najis ini menggunakan internet fraud yang dinamakan Phishing. 
** Bunyi macam Fishing kan? Mungkin sebab berkaitan dengan isu penangkapan ikan kot.. Oppss.. tak nak komen..

Berhati-hati dengan interface ini.. Jangan masukkan alamat gmail dan password anda..
Kalau korang masukkan juga, alamatnya akan huru hara lah dimainkan si najis ni..
Satu lagi, macam mana nak tahu interface ini dari google atau dari si Najis w3doz?? Mudah ja, perhatikan alamat URL..

Ini alamat URL si najis tu, http://blogger.gunungayu.com/

Dan ini pula yang original dan boleh dipercayai..



Ini URL dari google, dan panjang lagi sebenarnya... 
Jika dilihat dengan lebih detail, bukan http:// macam si najis tu,
tetapi google punya https://
S di hujung kat google bermaksud security


Ini antara blog yang telah di hack oleh najis w3d0z..

Kalau diperhatikan dalam bulatan, ada yang ditambah oleh najis..
Untuk lihat blog yang telah dihack, klik sini

Ok, setakat ini yang mampu aku dedahkan, aku nak balas perbuatan si najis ini, takut langgar undang-undang SKMM pula, so, lebih baik aku berdiam seperti ubi, :) Sama-sama la menjaga keharmonian dunia maya kita dan ambillah tindakan dengan melaporkan isu ini kepada SKMM dan Cyber999. 

Tolong ambil tindakan kepada yang tengah membaca ini dan laporkan segera kepada Cyber999.. Lagi ramai yang laporkan, lagi cepat si najis ini dihukum dan dibanteras. Ayuh Malaysia, bangun dan bersatulah..

Friday, September 17, 2010

SELAMAT HARI MALAYSIA DARI DIGI

Kerja harian, online blog, dan perkara wajib tentunya buka Nuffnang.. Semestinya...
Bukan nak cerita tentang Nuffnang, tapi nak cerita apa yang Nuffnang bagi daripada DiGi..  Jom Tengok apa DiGi bagi kepada DiGi Angels mereka...

"There’s nothing that makes all of us happy like a national holiday, but tomorrow is different. Tomorrow, it’s more than that. On the 16th of September, we’ll be celebrating Malaysia Day for the very first time! DiGi has a very special greeting for all of you:"

Thursday, September 16, 2010

Audi A1 e-tron

Syarikat automotive kini berlumba mengeluarkan produk-produk terbaru mereka. Jika di lihat sebelum ini, GT-R terbaru datang dengan pelbagai spec yang baru, Toyota Altis juga melancarkan produk yang dihadirkan dengan Dual VVT-i, kini giliran pihak Audi pula.


Audi mengumumkan akan melancarkan 20 Audi A1 e-trons dibangunkan oleh Audi AG dan Technical University of Munich.Audi A1 e-Tron mempunyai capaian output power 75 kW/102 hp. Top speed adalah 130 km / jam. Audi A1 e-Tron adalah kereta elektrik yang dihidupkan oleh bateri lithium-ion yang membolehkan bergerak sejauh 50km, dan ianya juga didatangkan dengan engine bertenaga petrol.

Projek ini dijadualkan akan berlangsung pada pertengahan 2011.

Wednesday, September 15, 2010

UBATI LUKA SELEPAS PUTUS HUBUNGAN

Semua orang yang bercinta dan berkasih, mungkin akan melalui saat-saat perpisahan. Tidak kira sama ada anda ditinggalkan atau anda yang meninggalkan. Selepas itu, hari-hari yang anda lalui sangat sukar tanpa dirinya disisi. Namun, masih ada beberapa cara untuk anda kuatkan dan tabahkan diri anda serta kembali bersemangat..

1.   Elakkan Berkawan  -  Bukan bermaksud bermusuhan, tetapi demi mengubat hati sendiri, elakkan berkawan dengan bekas kekasih anda sekurang-kurangnya 3 bulan.

2.   Lakukan Sesuatu Yang Anda Tinggalkan -  Bulan pertama, lakukan semua hal hanya untuk anda. Mungkin ketika bersama, anda korbankan sesuatu atau  kehendak anda demi insan yang anda sayang. Pada ketika ini, lakukan apa yang telah anda korbankan dahulu atau apa-apa yang anda hendak lakukan.

3.   Dengar Pengalaman Buruk Kawan Anda - Andai anda mempunyai kawan yang pernah melalui saat seperti anda, dengar kisah mereka semasa terputus dahulu. Mungkin kawan anda telah melalui saat-saat yang lebih sukar dari anda, dan ini akan membuatkan anda merasa apa yang dilalui sekarang adalah sesuatu yang lebih mudah.



4.   Mulakan Perjalanan - Saat ini, jangan berdiam dan memikirkan nasib diri anda di rumah sahaja. Ambil cuti dan melancong ke mana tempat jauh dari tempat anda untuk sementara waktu. Ini akan membuatkan perasaan terhadap bekas kekasih anda lebih mudah dihilangkan dari minda, berbanding anda hanya terperuk di rumah.

5.   Ubah Penampilan Anda - Lakukan perubahan pada penampilan anda. Tinggalkan semua kenangan dahulu dan terus maju kehadapan dengan penampilan baru anda.

6.   Keluar - Keluar dari bebanan perasaan anda, dan pergi mencari orang baru. Terlalu cepat untuk berkasih semula? Bukan. tetapi sebagai peneman anda dan teruskan buang perasaan yang membebankan diri. Ambil masa untuk buka hati kembali, dan disaat itu, mungkin teman baru yang selalu menemani anda adalah penyeri hidup anda.

7.   Jaga Maruah Anda - Setelah anda berjaya melalui saat-saat terkejut, sedih dan menangis, hingga akhirnya anda kembali bersemangat kembali seperti asal, jangan lakukan perkara yang boleh menjatuhkan maruah anda. Seperti mabuk untuk contact/bercakap dengan bekas kekasih, berdrama, atau berbual tentang untuk mendapatkan kembali si dia. Biar dia yang lakukan semu itu.


Diakhir kejayaan anda, sentiasa hargai dan jagalah teman yang selalu bersama anda susah dan senang.

Sunday, September 12, 2010

Kehilangan Datuk Sosilawati Terjawab?

Adakah misteri kehilangan Sosilawati terjawab? Bangun pagi tadi pukul 7, tengok berita di TV1, ada berita terbaru mengenai kes kehilangan Sosilawati ini. Berdasarkan berita di TV1 sebentar tadi, wartawan membuat siaran langsung dari tempat berhampiran pantai Morib. Pihak wartawan menyatakan bahawa pihak Polis kini menjumpai bukti baru berkaitan kes kehilanga Sosilawati, seorang jutawan komestik.

Namun pihak polis telah menyekat dan menghalang orang awam dan wartawan dari memasuki tempat kejadian. Pihak polis juga tidak mahu mengulas lanjut mengenai apa yang sedang berlaku. Ada juga spekulasi yang mengatakan Sosilawati bersama rakan-rakan yang lain di bunuh dan di bakar. Apakah itu benar? Kita nantikan....