Thursday, September 23, 2010

MAAFKAN AKU BLOGGER INDONESIA

Berhubung dengan tindakan seorang blogger Indonesia yang mendakwa dirinya mewakili seluruh blogger Indonesia untuk menghancurkan semua blogger-blogger Malaysia dengan motto "Ganyang Akun Malingsial". Aku ingin meminta maaf andai post aku ini akan membuatkan anda terasa.

Setakata sekarang, tiada lagi tindakan yang diambil dari w3d0z itu. Beliau dengan beraninya telah mengugut untuk menggodam blog AKU KE INI. Namun aku selalu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, samada dari si hacker ini mahupun dari pihak lain. Kadang-kadang jika blog kita melanggar terma dan syarat blogspot dan google tanpa kita sedari, kita juga akan hilang akaun blog kesayangan kita ini.

Sebab itu, berbagai nasihat yang aku dapat daripada blogger lama tentang langkah berjaga-jaga andai blog di banned atau di suspend. Kebelakangan ini, aku selalu menjejaki blogger yang  trafiknya datang dari Indonesia sebagai langkah berjaga-jaga.. Bukan bermaksud untuk bermusuhan, tetapi untuk lebih bersedia andai berlaku sebarang kemungkinan.

Antara trafik dan peta trafik dari Indonesia, aku dedahkan agar orang yang terasa gatal tangan nak buat fraud atau nak rosakkan keharmonian itu sedar yang kita di alam maya ni selalu di pantau.

Trafik 1:







Trafik 2:



Aku tunjukkan dua contoh je, yang lain-lain malas nak masukkan..hehe.. Padahal.. :) Aku minta maaf kepada blogger Indonesia yang tidak bersalah tetapi terasa kesan hasil dari perbuatan w3d0z dahulu.

3 Comment:

aSmiDar said...

kerana nila setitik rosak susu sebelanga..kan..
huhuhu

Anonymous said...

Thanks

munna said...

kita buang keruh ambil yang jernih....