WARNA-warni mempunyai kesan psikologinya tersendiri. Kesannya mampu mempengaruhi fikiran, emosi, tubuh, dan keseimbangan. Aplikasi warna pada sebuah ruangan dapat menghasilkan perasaan yang semakin luas atau sebaliknya.Berikut adalah sifat-sifat psikologi beberapa warna:
1. Merah - Berani, penuh semangat, agresif, mencetuskan emosi, dan menarik perhatian. Secara positif, warna merah mengandungi erti cinta, ghairah, berani, kuat, agresif, merdeka, kebebasan, dan hangat. Negatifnya pula membawa makna bahaya, perang, darah, anarki, dan tekanan.
2. Kuning - Menghasilkan perasaan optimis, percaya diri, yakin diri, akrab, dan lebih kreatif. Kuning juga boleh merugikan kita kerana menyampaikan mesej perasaan ketakutan, kerapuhan secara emosi, kegelisahan, dan rasa putus asa. Pilihan warna kuning yang tepat dan penggunaan yang sesuai akan membangkitkan semangat kita dan lebih percaya diri.
3. Hijau - Membawa maksud kesihatan, keseimbangan, relaks, dan muda. Unsur negatif warna ini di antaranya memberi kesan cemburu, licik, terasa lemas, serta dapat melemahkan fikiran dan fizikal. Di dalam sejarah China, warna hijau adalah warna perempuan. Lain dengan budaya Muslim, yang menganggap warna hijau adalah warna yang suci. Warna untuk keamanan juga hijau.
4. Biru - Melambangkan intelektual, kepercayaan, ketenangan, keadilan, pengabdian, seorang pemikir, konsisten, dan dingin. Selain itu, boleh mencetuskan rasa tekanan dan ragu-ragu. Biru gelap akan membantu berfikir tajam, segar, dan ringan. Biru muda akan menenangkan dan menolong menumpukan fikiran dengan tenang. Terlampau banyak biru akan menimbulkan rasa terlalu sejuk, tidak akrab, dan kehilangan emosi.
5. Ungu - Memberi kesan spiritual, kemewahan, keaslian, dan kebenaran. Ungu mampu mempengaruhi asas kegiatan meditasi dan contemplation. Kemerosotan dan mutu yang rendah adalah sifat-sifat negatif warna ini.
6. Kelabu - Bijaksana, dewasa, tidak egois, tenang, dan seimbang. Warna kelabu juga mengandungi erti lambat, kuno, lemah atau kehabisan tenaga. Kerana warnanya bersifat neutral atau seimbang, warna ini banyak digunakan untuk warna alat-alat elektronik, kenderaan, alat dapur, dan rumah.
7. Putih - Warna murni, suci, bersih, sempurna, jujur, sederhana, baik, dan neutral. Warna putih melambangkan malaikat dan pasukan perubatan. Warna ini juga boleh memberi erti kehampaan.
8. Hitam - Warna elit, elegan, mempesona, kuat, agung, teguh, dan rendah hati. Kesan negatifnya adalah hampa, sedih, ancaman, penindasan, putus asa, dosa, kematian, atau penyakit. Tidak seperti putih yang memantulkan warna, hitam menyerap segala warna. Dengan hitam, segala tenaga yang datang akan diserap. Walau mampu mempesona dan berkarakter kuat, tapi banyak orang yang takut akan "gelap".
2 Comment:
I heart the color purple. :)
menarik..;)
Post a Comment