Showing posts with label Filem Dan Artis. Show all posts
Showing posts with label Filem Dan Artis. Show all posts

Tuesday, March 1, 2011

DRIFTER MALAYSIA DIKEJAR POLIS MENDAPAT PERHATIAN LUAR NEGARA

Aku layan satu website ni, dan aku terkejut bila terpampang gambar kereta Waja Polis Malaysia. Ianya mendapat perhatian dari luar negara. Dan penulis itu juga "respect" gila dengan drifter tu. Drifter yang menaiki RX7 itu telah melanggar polis dan berjaya meloloskan dari kepungan 3 biji kereta polis. Aku sertakan printscreen dari web tersebut. Bahasa Belanda (Dutch). Gunalah Google Translate..

http://www.clint.be/clinttv/fun/lefgozer-speelt-met-flikken-video

Dan aku cukup berbangga bila ada yang memuji drifter kita. Tapi sayang, ia sebenarnya adalah sebuah filem yang akan muncul di pawagam nanti. Korang tahu kan filem apa? Ya, filem Kongsi. Kalau korang dah baca ni, jangan la pula bagitau kat luar negara ok. Biarlah kita berbangga dengan pujian dan gossip tersebut. Ok, Aku tengah gelak ni.

Jom layan trailer KOngsi, Lu Langsi, Lu Mati. (^_^)


Monday, February 21, 2011

AKU TERDIAM SEKETIKA

Aku dah lama nak kongsikan cerita ni dengan pembaca semua. Satu malam, lewat malam la, dalam pukul 1.30 pagi ke atas. Tengah aku layan satu drama best kat satu siaran tv ni, cerita yang agak islamik la. Entah kenapa aku tiba-tiba ja rasa berminat untuk ketahui penghujung cerita tersebut.

Walaupun aku tahu itu cuma ulangan, tapi bagi aku mungkin tak, sebab aku tak tengok lagi. Apabila sampai ke tengah cerita, dan bolehlah dikatakan peringkat klimaks cerita, tiba-tiba iklan pula. Kacau stim betullah..


Aku kembali terdiam, bila mana iklan yang keluar hampir beginilah bunyinya : Dapatkan ***** untuk besarkan payudara anda. Dapatkan juga ****** merapatkan perempuan punya dan buatkan suami anda gembira.. Lebih kurang begitulah bunyinya.

Apa yang buatkan aku terkelu, sebab dalam menyiarkan cerita yang bercirikan islamik ni, keluar pula iklan yang boleh menghilangkan keislamikan tadi. Boleh terangsang orang yang terbayang-bayang. Akhirnya, syaitan pula masuk jarum.

Tolonglah letakkan iklan yang sesuai dengan cerita. Ini mungkin menyentuh sensitiviti penonton. Tolong eh..

Sunday, May 2, 2010

Mas Idayu di Malukan?

Mentor musim ke-3 dahulu menyaksikan mentor Mas Idayu dan protege nya, Black merangkul juara. Kali ini dalam mentor musim keempat, protege Mas Idayu, Shaq, dalam persembahannya sebentar tadi menyaksikan kejatuhan dirinya kerana Mas Idayu tiba-tiba je suruh dia berhenti ketika di pertengahan lagu..

Shaq, menyanyikan lagu Kasihnya Laila, dengan suara yang teramat sumbang. Mas Idayu menyelamatkan keadaan menyuruhnya berhenti dan menjadi gempar seketika di dalam studio. Di tambahkan lagi, persembahan malam ini adalah Live di TV3. 

 Black Dan Mas

Mas Idayu menjelaskan protegenya sudah di nasihatkan doktor supaya tidak membuat persembahan pada malam ni, namun dia bertegas gak nak buat,, Lastly, dia kena gelak pada mulanya, sehingga la Mas Idayu menjelaskan hal sebenarnya. Baru la penonton faham. Ingatkan memang suara Shaq tu sumbang, tapi tak kan la mentor yang telah membimbing Black sehingga menjadi juara pada musim lepas silap memilih orang kan?

"Stop, stop," ucapan Mas Idayu yang menggemparkan studio.
"Doktor nasihatkan Shaq jangan teruskan persembahan malam ni, tapi dia tetap ingin mencuba. Saya suruh dia berhenti kerana tak nak dia malukan diri dia dan diri saya"

Hampir begitu la kata-kata Mas Idayu tadi.
Namun, semangat Shaq untuk terus membuat persembahan agak membanggakan walaupun dia tahu persembahan tadi hampir memalukan dirinya sendiri.. Apa-apapun, tahniah dan teruskan berusaha..
Shaq


Saturday, April 17, 2010

Achik Spin Meninggal Dalam Kemalangan



SEREMBAN, 17 April -- Penyanyi Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari, 27, meninggal dunia dalam kemalangan ngeri di KM 14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) dekat sini, Sabtu petang.

Pegawai Turut Trafik negeri ASP Abd Halil Hamzah berkata kejadian berlaku pukul 6.15 petang apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaiki penyanyi itu bersama seorang rakan lelaki yang belum dikenali dikatakan terbabas dan melanggar papan tanda.

"Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan yang dipandunya itu melanggar papan tanda selepas melepasi kawasan Rawat dan Rehat (R&R) dekat susur keluar ke Pajam.

"Difahamkan kenderaan yang dipandunya itu dalam perjalanan balik ke Seremban bersama seorang rakan selepas menyertai sebuah rancangan di RTM, Kuala Lumpur," katanya di sini.

Katanya Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan.

Allahyarham dikatakan tercampak keluar dari kenderaan, yang kemudiannya terbakar dan meletup.

Mayat Achik dan rakannya yang cedera telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban.

Sementara itu Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat dari Mantin, Hamizin Khaidir berkata, penyanyi berkenaan tercampak keluar dari MPV dan orang ramai cuba menyelamatkannya sebelum dia meninggal dunia.

Achik merupakan penyanyi utama kumpulan Spin yang popular sekitar tahun 2002.

Penyanyi yang popular dengan lagu Janji Kita itu telah mendirikan rumahtangga dengan bekas Pegawai Khidmat Pelanggan Astro, H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof pada Nov 2005.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Puteri Rania pada 2007 tetapi meninggal dunia ketika berusia dua bulan akibat demam panas dan masalah usus dalam perut.

-- BERNAMA

Sunday, April 4, 2010

Aku, Evolusi KL Drift 2 Dan 3.6 Juta

Bangganya aku sangat-sangat dgn filem ni, sebab memenuhi segala minat aku.. Dalam masa seminggu je (7 hari) dah dapat kutip lebih RM 3.6 juta. Bukan aku yang memandai, tapi aku tengok dan baca sendiri dalam Harian Metro.. Kalau Metro tipu aku, aku tipu korang la, n lastly korang pon akan tipu orang lain juga la, dan kemudiannya orang lain akan ......????????? (Faham-faham sendiri la)


Ok la, aku bukan nak cerita tentang sinopsis Evolusi KL Drift 2,kalau nak baca sinopsis KLIK SINI.. Aku nak kongsi kan dgn semua apa yang berlaku di sebalik tabir penggambaran filem ni.. JOMMMMM>>>>

Ini lah Pengarah segala pengarah dalam filem ni.. 
The Big Boss..

Antara Drifter Melayu Yang Hebat..
Bangga la sikit..

DWan  : Nama cam melayu, tapi ni orang cina la..
Selalu juga aku dengar nama dia dalam Litar Drift..


Along, First2 aku fikir KO la Along yang jadi juara time FXOpen Asia kat Serdang
hehe,aku silap orang la,,,
yang juara tu pon Along gak, tapi orang nya lain..
Fazreen Ismail A.K.A Along Rempit..



Ini la drifter yang hampir mengugat perasaan aku..
Sekali tengok, mcm baru umur dalam 24...
Lepas research, umur dia dah 32 tahun dah...
Lega sikit hati aku..



Drifter merangkap stuntman paling lincah, cergas dan hyper aktif di set penggambaran... (Along)




Dangerous Camera View??




RX-7 yang di hancur dan diletupkan





Membazir betullll....









Yang ni hancurkan Supra
pula...
Korang bagi kat aku pun tak pe..
:-0








Satria di belakang tabir merangkap camera man.. 
(sepatutnya camera car la kan?)




Toyota DX yang di terjun longkang kan oleh AKU.. :-D
Kalau nak tahu lebih lanjut camna aku buat, rujuk la kat  
Rajuk Aku Sebuah Toyota DX 



Dan akhir sekali adalah..
Ada sapa-sapa nak jadi sponsor Aku??
:-(



Rujukan adalah dari laman web rasmi EKLD 2 sendiri.. Korang boleh la tengok video di sebalik tabir yang lebih menarik di sana.. Gerak dulu..>>>>>>
 

Tuesday, March 23, 2010

Siti Nurhaliza Mengandung

Firstly tahniah aku ucapkan buat Dato Siti Nurhaliza, penyanyi nombor 1 malaysia ni. Tapi itu pun belum pasti lagi dia mengandung atau tak lagi an. Kalau betul pon tak terlambat juga la aku ucapkan Tahniah kepada beliau.

Mungkin semua orang dah tahu pasal kes ni, yang diterjah kepada semua dalam melodi pada ahad lepas. Tapi aku bukan lah peminat Siti sangat, cuma ada la sikit2 lagu dia yg berjaya tawan hati aku ni. tu pon atas sebab-sebab tertentu lah..


Aku bukan nak huraikan panjang lebar sal kes ni, cuma aku nak luahkan sedikit ketidak puasan hati aku ni kat pengacara sesi "Terjah" kat dalam melodi tu, Naz Ahmad. Dia ok, tapi caranya yg terlalu menjaga tepi hal artis-artis sangat keterlaluan, Hampir setiap hari dia menerjah Dato Siti ni, kalau tak percaya, korang tengok lah tv3 seharian.. Tak patut la dia buat camtu.

Kan Siti sendiri dah bagitahu yg akan buat satu sidang akhbar untuk semua itu, dan sabar ja la tunggu. Yg kalut dan gelabah sgt nak tahu sampai ganggu appoinment dan jadual harian orang kenapa? Kenapa Naz??

Peminat setia siti pun tak keterlaluan macam kau..
Aku yg cuma tengok kat tv je pon, rasa 'fedup' n rimas dgn cara Naz ni. Bukan aku je, tp guard hospital ke klinik pon tarik muka dengan si mamat Naz ni. Tak reti ke orang cakap 'Sabar, sabar, sabar'

Aku tahu lah tu kerja kau, tapi jangan lah melampau sampai camtu sekali. Artis-artis lain pon dh banyak fedup n terasa dgn kau..

Saturday, February 27, 2010

Evolusi KL Drift 2 ;:Kembali "Melayang" Di Seluruh Tanah Air..


Sebelum mula,aku rekemen kn kt korang suma must watching diz movie.. Cerita ini di jangka keluar pada 25 mac 2010.. Cita ni memang tol2 gempak n besh,, jalan cita yang rancak, drifting yang sempoi, tapi kurang menarik kat pelakon jer.. hakhak,,bkn suma plakon dlm cita ni xbesh,cuma setengah2 jer.. sape makan cili dya la rasa manisnya..kahkah.... Panjang lak aku melalut, aku cita kan sikit kat sini sal cerita Evolusi KL Drift 2 ni.. Cita ni adlh sambungan dari cerita sebelum ni, Evolusi KL drift,, dlm cerita ni, hero utama dah jadi drifter yang bertauliah n dpt pengiktirifan dari litar2 tertentu kat subang sana tu.. Tapi dlm hero utama nak 'top' kat dunia drifting nie, ada beberapa musuh yang dtg kmbali ntk bls dendam kat dia.. Tak sempat gak la dya nk join D1 GP kat luar negara law cm2 an (padahal.).. tapi sekurang2nya dpt gak dya merasa jadi drifter yang bertauliah hampir2 setaraf mcm Tengku Djan, Ah Fai, Ariff, Along, E-wan n yang lain2... Yang aku paling rasa (rasa jer...) sempoi n menarik dlm cita ni adlh kat stunt time hancurkan 2 bijik keta, RX7 n Supra..( Bagi kat aku kan lebih baek,membazir jer kerja diorang ni)..













Monday, February 22, 2010

Manohara Yang Nusyuz

Tak habis-habis lagi perangai budak perempuan tak matang ni..

KUALA LUMPUR - Tindakan model Manohara Odelia Pinot beraksi mesra dengan Amil Mohede sehingga mencium lelaki tersebut boleh menyebabkan dirinya nusyuz atau derhaka kepada suami.




Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Ralip berkata, Manohara masih lagi isteri yang sah kepada Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry ibni Sultan Ismail Petra.

Beliau berkata, sebagai isteri, Manohara perlu menjaga maruah diri dan menjauhi perlakuan yang boleh menyebabkan nusyuz terhadap suami.

"Dia wajib berada di sisi suami dan bukannya melakukan sesuatu yang memalukan. Apatah lagi masyarakat memandang aksi sebegitu tidak sopan, tidak bermaruah sementara hukumnya pula haram," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Kosmo! 20 Februari 2010.