Friday, March 12, 2010

RAJUK AKU SEBUAH TOYOTA DX

Aku di lahirkan pada tahun 1980 di negara matahari terbit, Jepun. Aku kemudiannya telah di hantar ke Malaysia untuk teruskan kehidupan di sana. Pada mulanya, aku telah di beli oleh seorang lelaki dan aku terus menetap di Senawang, Negeri Sembilan. Namun hidup aku tak lama bersama beliau dan akhirnya aku terus tinggal di bawah garaj di hadapan rumahnya. Setiap hari aku hanya mampu melihat panas matahari dan titik air hujan di hadapan ku......

Aku sangkakan aku akan terus di situ hingga selama-lamanya, namun jangkaan aku silap. Pada tahun 2009, seorang pemuda telah datang dan melihat aku, aku terus la buat-buat aku ni masih kuat, cantik dan menarik. Sebelum pulang, aku terdengar yang pemuda itu berkata yang dia nak beli aku. Aku tersangat la gembira bercampur takut. Gembira kerana aku akan kembali ke atas jalan raya, dan takut andainya nasib aku akan kembali seperti sekarang ketika bersama tuan lama aku.

Akhirnya aku telah di pindah milikkan pada 13/11/2009. Bermula lah kehidupan baru aku bersama tuan baru aku. Tuan aku sungguh baik dan dia amat meminati aku kerana aku mampu untuk melakukan aksi drift yang kian di kenali ramai sekarang ni. Tuan aku ni seorang pelajar kolej dan aku sering kali teruja bila aku bergerak di hadapan penuntut kolej yang lain, kerana aku selalu ja di pandang setiap kali aku melalui mereka. (Perasannya aku)


Tuan aku kemudiannya telah menghiaskan aku dengan pelbagai barang-barang baru kepadaku. Dan aku hampir menjadi cantik pada keseluruhannya.(Perasan lagi =p). Mulanya, aku telah di tukar kan minyak hitam,minyak gearbox n segala minyak yang da kat aku.. Makin kuat dan bertenaga la aku selepas itu. Demi untuk menjaga aku, tuan aku telah mencari dan memasangkan kepadaku rim 13 yang sangat cun pada pandangan ku. Tidak ketinggalan, ekzos besar juga. Dan aku selalu "menjerit" hingga menarik pandangan semua orang.

Di kolej tuan aku juga, aku telah menemui cinta aku. Aku telah jatuh cinta pada sebuah WIRA aerobek milik kekasih tuan aku. Kami akhirnya bercinta dan menjadi kekasih yang sangat bahagia, wira sanggup menerima ku walaupun aku tidak la mempunyai rupa yang elok. Thanks my dear.. Hope we should together forever. =D... Kadang-kadang tuan aku selalu bawa aku untuk menguji skill 'drift' dia yang BAJET-BAJET 'terer'. Dan sebab tuan aku juga la aku kadang2 kena marah dgn kekasih aku. Nasib baik la kekasih aku terima minat tuan aku tu.

Namun, pada suatu hari, tuan aku memandu kekasih ku untuk mengambil kawannya di perhentian RnR dan terus ke dobi. Tuan aku berkata kepada kawan baiknya,

"Kalau nanti aku ada 60 ribu, aku 'angkat' nissan silvia. Pastu jual Toyota DX tu."

Wira terdengar akan kata-kata tuan aku tu, dan telah berfikir samada nk beritahu aku atau tak. Dan selepas pulang, wira telah beritahu kepadaku apa yang dia dengar dari mulut tuan aku tadi. Aku terus rasa sakit hati dan kecewa sgt dengan kata-kata itu. Geram, geram, geram, geram!!!!!!!!!!!!

Petang itu aku menangis sendirian, tapi dlm hati la, tak der sapa pun yg pujuk.. Dan kemuncaknya merajuk aku itu bermula malam 9/3/2010 . Selepas Isya', tuan aku memandu aku untuk keluar makan. Dan ketika dalam perjalanan pulang ke asrama, aku mula buat bebal dan rajuk aku. Saat tuan aku sampai di selekoh, aku terus buat kaku dan aku kuncikan gearbox aku pada kelajuan 50 km/j, lalu aku terus menggelongsor atas jalan dalam keadaan geram kan kat tuan aku tu.

Tambahan pula malam tu hujan, dan jalan masih lagi basah, lagi la aku suka untuk tunjukkan bebal aku tu. Dalam keadaan "drift", tuan aku cuba untuk mengawal dan 'memujuk' aku, namun rajuk dan ego lagi kuat, tuan aku tak mampu lagi kawal aku dan akhirnya aku terbabas dan terhumban ke dalam longkang di tepi jalan. seluruh bahagian kiri aku kini di dalam longkang, yg mana bermaksud aku dalam keadaan separuh terbalik.. Tuan aku keluar dari badan aku, dan seterusnya rakan-rakan dia pula.

Kemudian tuan aku menelefon kawan-kawan yang lain untuk tolong angkatkan aku.. Setelah selesai di angkat, tuan aku berkata untuk tinggalkan aku di situ selama dua minggu.. Aku lagi la sakit hati dan mahu saja letupkan diri aku. Namun apa daya ku,aku tak mampu lagi untuk buat apa, dengan keadaan tangan kiri (arm) yang patah dan kulit (body) aku yang sedikit terkoyak..
Malam itu aku menangis kesunyian seorang diri... huhu,,,waaaaaaaaaaaaaaa....



Keesokannya, tuan aku datang bersama 'towing truck' untuk tunda aku ke 'hoapital'. Aku terharu sangat, aku ingatkan tuan aku nak tinggalkan aku kat situ selama 2 mggu, tp rupa-rupanya tuan aku sayangkan aku sgt2, aku gembira sangat dan rasa sedikit menyesal dengan perangai aku semalam.

Sekarang aku tinggal di dalam 'hospital' dan rawatan aku mengambil masa hampir 2 minggu untuk kembali sihat. Maafkan aku tuan, lepas keluar 'hospital' ni, aku akan bagi yg terbaik untuk tuan dan tak akan kecewakan tuan lagi. Aku rindukan tuan D1 GP dan jadi seperti Tengku Djan (perasan lagi).. Thanks untuk semuanya..

7 Comment:

MaYiTaH said...

hahahaha,,,
besh la cita ni....
tu la,laen kali mulut 2 jaga sket..
kan da xpasal2...
kerana mulut badan binasa...

Anonymous said...

aku antra mgse rajukan DX~

Hamba Allah said...

tuan kereta yg pnyayang xD

Anonymous said...

citer mangisahkan tenteng keter yg mmpunyai perasaan...
aha

apih said...

Kerete pon ada perasaan

Anonymous said...

berat xD

mr said...

nanges aq dgr cter DX ko ni li..ase nk cter kn je kelisa aq gak haha