Showing posts with label SUKAN. Show all posts
Showing posts with label SUKAN. Show all posts

Thursday, March 10, 2011

KEPUTUSAN PERLAWANAN MALAYSIA DAN PAKISTAN | MALAYSIA VS PAKISTAN 9/3

Almy baru saja tadi bersiap sedia untuk pergi "berperang" dengan Pakistan. Punya la semangat. Tup tup, siaran pula ada masalah teknikal. Mau tension kepala otak ni. Aduyaii..

Dah siap sedia semua batalion-batalion untuk pergi berperang malam ni. Dah la tak dapat information awal tentang pembatalan siaran.

Terus Almy dan batalion lancarkan plan B, iaitu internet je la. Ini yang Almy dapat.

Minit ke 10: kedudukan masih kosong-kosong, update dari status twitter rakan.

Minit ke 20: Harimau muda masih tidak menjaringkan gol, hampa. Finishing yang tak berapa kemas. Masih 0-0 sekarang ini.

Minit ke 25: Masih kosong-kosong lagi.

Minit ke 40-45: Buntu tiada jaringan. 2 kad kuning dilayangkan kepad pemain malaysia.

Tamat separuh masa pertama.

Analisis separuh masa pertama: Analysis dari rakan mengatakan pakistan lebih banyak menyerang, dan hampir menjaringkan gol, (tapi tak tahu minit ke berapa tadi).
Separuh masa kedua sudah berlangsung.

Minit ke 47 : Masih lagi 0-0. Malaysia ada satu chance tadi kena palang. Pakistan ada juga membuat serangan, semua easy for keeper. Cayalah KFC.

Minit ke 56: Masih kosong-kosong 0-0. Hampeh!!

Minit ke 75: Kosong-kosong 0-0 lagi…. Zzzz… nak tidor dibuatnya kawan disana.

Minit ke 79: Kosong-kosong, malaysia bermain dengan lebih kemas pada separuh masa kedua, cuma finishing kurang kemas.

Minit ke 80: Perlawanan yang berbaki 10 minit lagi, dengan keadaan disana sejuk sebenarnya, suhu 12′C. Takda gol lagi.

Minit ke 90 : Sudah habis masa, masa tambahan 3 minit. Malaysia control ball semua.

Minit ke 93 : Perlawanan sudah tamat. Keputusan penuh 0-0. Aggregate 2-0. Tahniah malaysia. Next stage kita tunggu. Huhu.

Ok, dah. Malaysia menang dengan agregat 2-0. Tahniah Malaysia. Sumber dari Bernama, eh silap, dari zikrihusaini.com. Cepat pergi tengok, ada gambar lagi..

Saturday, March 5, 2011

SAFEE SALI HASILKAN GOL KEMENANGAN LAGI

Belum habis isu Safee Sali gegarkan pasukannya dengan menjaringkan 2 gol menewaskan lawan dalam perlawanan persahabatan, kini Safee berjaya membawakan kemenangan kepada pasukan Pelita Jaya dalam perlawanan pertama beliau. Gol tunggal yang dijaringkan beliau telah membawakan kemenangan kepada pasukannya.

Safee dalam perlawanan tersebut menyarung jersi 55. Nombor tersebut menurut satu sumber adalah kerana sedikit kesilapan teknikal.

Saturday, February 26, 2011

SAFEE SALI GEGARKAN INDONESIA

Setelah berpindah ke Pelita Jaya pada awal bulan lalu, Safee Sali kini mengharumkan lagi nama Malaysia apabila beliau kini menjadi sebutan media Indonesia. Nama beliau terus gah di Negara jiran kerana berjaya membantu Pelita Jaya yang merupakan kelab tercorot menang besar 8-0 ke atas Jayakarta Ragunan Club. Safee sali berjaya menjaringkan dua gol.


Bandung - Kemampuan striker timnas Malaysia yang kini merumput di klub Pelita Jaya Karawang memang tidak diragukan lagi. Dalam laga uji coba yang merupakan debutnya bersama The Young Guns, Safee berhasil mencetak gol perdana ke gawang tim Jayakarta Ragunan Club di Stadion Sawangan, Depok, Kamis (24/2/2011) sore.

Direktur Utama Pelita Jaya Karawang Rahim Soekasah mengatakan, pemain asal Negeri Jiran tersebut sudah padu dengan pemain lainnya di tim asuhan pelatih asal Serbia Misha Radovic tersebut.

"Safee sudah terbawa alur permainan Pelita Jaya, bahkan ia sudah mulai mengatur alur bola bagi pemain Pelita lainnya," ujar Rahim Soekasah saat dihubungi INILAH.COM, Jumat (25/2/2011).

Dihubungi terpisah, Asisten Pelatih Jajang Nurjaman mengatakan, saat ini Pelita Jaya siap membuktikan kemampuan para pemain mudanya pada putaran kedua Liga Super Indonesia (LSI) 2010/2011 nanti.

"Dari hasil uji coba kemarin, kita menang 8-0 dari Jayakarta Ragunan Club. Untuk persiapan laga perdana putaran kedua, sekitar 1-2 kali uji coba lagi akan kami lakukan kembali," ujar Jajang.
Sumber.

Tahniah Safee, from Almy (^_^)

Friday, February 25, 2011

KHAIRUL FAHMI KENA TENDANG

Kalau siapa yang jadi pembaca blog Jejariruncing mesti akan cakap Almy ni nak tiru entry dia. Entahlah, Almy memang cukup sukakan penjaga gol Malaysia ni. Antara penjaga gol yang Almy minat adalah Syamsuri dan Amran Omar.

Dalam luar negara pula, tak nak lah sebut sebab memang sama sangat dengan dengan KFCM. Nanti kena kata tiru lagi kan. Kata je la. Sebab Almy pun memang penjaga gol yang tak boleh lagi jadi penjaga gol.

Ni video yang Almy jumpa kat blog jejari runcing tentang apa yang berlaku kat KFCM  kena tendang hampir di bahagian sensitif lelaki seperti yang Almy ceritakan dalam entry lalu.




Dan apa kata si kekasih KF ni kena lah g baca ulasan beliau sendiri. (^_^)

Wednesday, February 23, 2011

KHAIRUL FAHMI CHE MAT YANG COOL

Baru tadi tengok aksi KFCM ni. Walaupun berlaku sedikit kekcohan disebabkan oleh pemain Pakistan yang tiba-tiba cuba mengasari Khairul Fahmi, agak melucukan juga aku rasa bila kekasaran itu hampir terkena pada tempat sensitif bagi kaum lelaki.

Walaupun begitu, tindakan pengadil adalah tepat sekali. Malaysia akhirnya menumbangkan Pakistan 2 - 0 pada perlawanan pertama kelayakan Olimpik di London nanti. Aksi penjaga gol kedua Pakistan juga agak cemerlang dan mengingatkan kembali kepada aksi cemerlang KFCM dahulu. Tetapi KFCM lebih mencuri tumpuan walaupun tidak terlalu mendapat tekanan.

Tadi tengah dok layan Youtube, terlihat satu video KFCM dalam Nona. Jom layan sama-sama. KFCM yang sentiasa cool (^_^)


Tuesday, February 8, 2011

SAFEE SALI BERPINDAH KE PELITA JAYA

Nampaknya segala teka-teki yang bermain di fikiran semua peminat Safee Sali kini terjawab. Safee kini mengesahkan untuk beraksi dengan sebuah kelab bola sepak di Indonesia, Pelita Jaya.

Beliau akan berpindah dan memulakan tugas di sana pada 14 Februari ini. Maknanya minggu depan la. Kepada semua peminat dan penyokong beliau, terutamanya perempuan, sokonglah perpindahan beliau kerana ianya mampu untuk melonjakkan nama negara dan juga nama bola sepak kita ke persada antarabangsa.

Namun, kontrak Safee dengan pasukan Pelita Jaya hanyalah selama setahun, dan setelah tamat kontraknya, dia kena bermain semula dengan negeri Selangor.


Sunday, December 26, 2010

TAHNIAH MALAYSIA

Aku cukup bangga dengan corak permainan pasukan Malaysia pada malam ini. Kerjasama berpasukan yang ditunjukkan pada malam ini memang amat mengujakan semua penonton. Tahniah Malaysia. Piala AFF Suzuki hampir menjadi milik Malaysia dengan kemenangan besar 3-0 pada perlawanan akhir pertama ini.

3 jaringan ini cukup untuk memberi tempat yang selesa apabila bertandang ke Indonesia pada 29 hb ini. Teruskan usaha dan dapatkan jaringan di tempat lawan bagi meletakkan pasukan negara kita lebih selesa di sana nanti. Pastikan Piala AFF Suzuki 2010 kali ini berjaya dibawa pulang bersama kemenangan yang besar.

Dan akhirnya, aku cukup berbangga dengan Fahmi yang menjaga gawang dengan berhati-hati dan selalu peka.