Friday, September 3, 2010

BAHAYA AIR BATERI

Memang kalau dilihat, air bateri kereta atau motorsikal seperti tidak ada kesan apa-apa. Tetapi sebenarnya air bateri memberi kesan yang sangat buruk kepada pakaian kita. Aku ceritakan sedikit pengalaman aku bersama air bateri. 

Satu hari aku bawa bateri kereta ke kedai untuk di cas disebabkan bateri tu habis power. keesokannya aku pun pergi la ambil dan disebabkan sibuk, aku tinggalkan bateri tu kat bonet belakang kereta. Selepas dua hari baru la aku teringat untuk pasangkan bateri tu kat kereta yang satu lagi. Bila aku buka bonet nak ambil bateri, ini yang aku lihat..
  

 Korang lihat yang berbulat merah tu adalah cebisan-cebisan sweater aku yang kena air bateri, paper pula tak da effect apa pun..


Begini la keadaan sweater aku selepas 5 hari..

 

**Sekadar ingin berkongsi, sama-sama lah berhati-hati selepas ini.

2 Comment:

Aby Tukang Download said...

wew, bahaya juga ya

diana said...

ade kah ini bermakna,
kebih baik pakai paper
daripada pakai baju??
ye ke???