Tuesday, February 8, 2011

BIRTHDAY JULES VERNE KE 183

Apahal tetiba ja sebut nama orang yang entah sapa-sapa ni? Mungkin bagi kebanyakan orang di Malaysia, Jules Verne tak dikenali, namun nama beliau sangat disanjung tinggi oleh dunia. Aku tahu pun dari Pak Cik Google la. Bila aku buka home page Mozilla Musang Berapi, terus naik camni.


Menarikkan imej yang google buat cam kat atas tu. Google buat sempena sempena mengingati hari kelahiran Jules Verne. Tapi siapa beliau ni sampai google buat macam tu? Birthday Datuk aku pun tak pernah google masukkan. Dengan dorongan hati nurani, aku klik la dan ini yang aku dapat info mengenai Jules Verne. Aku padatkan dan jadikan ia dalam bentuk point bagi memudahkan pembaca faham.



  • Jules Verne adalah seorang pengarang novel berkebangsaan Perancis.
  • Dilahirkan pada 8 Februari 1828 (8 Februari 1828 - 24 Mac 1905)
  • Merupakan perintis genre sains fiksyen.
  • Verne menulis berbagai karya, yang paling terkenal terdiri daripada 54 novel Extraordinaires Voyages.
  • Beliau juga menulis cerpen, esei, drama dan puisi.
  • Pada 9 Mac 1886, beliau telah ditembak oleh anak saudaranya, Gatson.
  • Tembakan terkena pada kaki kiri dan menyebabkan beliau cacat kekal.
  • Beliau lebih terkenal dengan novel seperti Twenty Thousand Leagues Under the SeaA Journey to the Center of the Earth (1870), (1864), dan Around the World in Eighty Days (1873).
Setakat itu yang aku dapat kongsikan, kalau nak tahu lebih mendalam lagi, jom rujuk kat wiki wiki (^_^)

    0 Comment: