Friday, February 25, 2011

SEMPUT DI TENGAH JALAN : FASA SATU

Wahhh..penat sungguh buat renovation blog ni. Kalau buat baru lagi mudah dari renovate.. Aku ambil masa sampai ke lewat tengah pagi, untuk buat renovation ni agak-agak korang berbaloi tak?

Aku siap buat plan berfasa-fasa bertingkat-tingkat kot semata-mata untuk blog kesayangan aku yang aku dah abaikan penulisan dan kualiti. Aku dah bertaubat tak nak buat lagi. Dan nak bela serta jaga elok-elok blog ni. Semua ni gara-gara customer aku la. Aku ni kerja design dan buatkan Web Site. Setakat sekarang, Alhamdulillah, berjalan lancar juga.

Tapi ada la seorang hamba Allah ni, dalam puas hati dengan kerj-kerja aku, boleh lak dia perli aku camni.
"Buat website orang cantik-cantik, blog sendiri serupa longkang"

Aku tak terasa sikit pun. Tapi terasa banyak ada la.. Pastu aku buat plan fasa tingkat-tingkat, aku tunjuk kat dia. Boleh dia tersengih macam kerang simpan mutiara. Aku tak marah pun, cuma aku pun terfikir juga, betul apa yang dia cakap tu. Bak kata aku sendiri "sibuk-sibuk kerja kat luar, nanti kekasih pun lesap". Ok, selamat malam pakej selamat pagi (^_^)

0 Comment: