Tuesday, February 1, 2011

HADIAH TAHUN BARU

Aku sedar yang aku kini jarang ada masa untuk berblog seperti dahulu, namun begitu, seringkali aku teringat akan blog aku ke ini. Punya la jiwang ayat mula tu.. Macam orang teringat kat kekasih pun ada. 

Aduhh, masa aku untuk menulis blog memang tak ada langsung. Tak tahulah macam mana nak bahagikan masa dengan kerja yang tak tentu hala dan tak teratur. Tapi kadang-kadang rasa best juga. Dalam lama tak ambil peduli tentang blog ni, pagi ni (tengahari dah la) aku terbuka ruang stats kat dashboard.

Alhamdulillah, trafik ke blog aku ke ini pun agak memberangsangkan serta maintain macam sebelum ni. Aku anggap ini sebagai hadiah tahun baru dari semua orang (^_^')

Hampir seratus peratus pengunjung blog ni dari hasil pencarian google. Bukan senang untuk mendapat tempat dalam engine google kalau sekadar menggunakan Blogspot. Ok, jumpa lagi selepas ini.

0 Comment: