Thursday, February 10, 2011

MENGAPA BEGINI JADINYA

Bukan mengeluh kerana putus cinta, bukan juga mengeluh kerana di tipu atau ditimpa takdir yang malang, tapi bingung kerana blog ni sendiri. Tadi bila buka ja Dashboard blogger, saja la gatal-gatal tengok kat ruang Stats, dan dalam masa tu juga la tergedik-gedik tengok kat Traffic sources. Pastu ada satu yang betul-betul menarik mata aku.


Nampak tak? Kenapa trafik masuk pun mengeluh? Orang dah bagi trafik tak bersyukur pula! Bukanlah, apa yang menimbulkan kemusykilan sebenar kat sini adalah apabila dibuka laman microsoft tersebut, ini yang muncul.


Seperti di ataslah paparannya. Apa yang menimbulkan kebingungan sebentar sebelum mendapat idea berkongsi dan bertanyakan kepada pembaca yang mungkin lebih arif ialah macam mana pula link ke blog ni boleh berada dalam senarai halaman windows vista. Dalam halaman untuk jualan pula tu.
Tak kan lah pula microsoft lengkapkan pakej siapa yang beli Windows Vista dapat link blog. Kalau 1 2 mungkin boleh consider lagi tersilap, ni tak, sampai mencecah ratus.

Bukan tak bersyukur trafik masuk, tapi kenalah tahu juga dari mana datangnya trafik tu. Seperti dapat duit free, agak-agak korang nak tahu tak dari mana duit tu datang? Siapa yang nak bagi free-free ja kan?

Memanglah trafik ni tak voleh disamakan dengan duit, **voleh = boleh (T_T)** tapi nak tahu juga macam mana trafik tu boleh datang kan. Kalau dah tahu, bolehlah bagi laman lain pun masuk sekali cam e-bay, tak pun mudah.my. Kalau ada yang tahu, harap-harap dapatlah berkongsi bersama.

0 Comment: