Thursday, August 26, 2010

TOSHIBA HASILKAN 3D TV TANPA CERMIN MATA KHAS

Hujung tahun ini, Toshiba melaporkan akan mengeluarkan set TV 3D yang tidak memerlukan kepada cermin mata khas 3D. Berdasarkan surat khabar jepun, Japan's Yomiuri Shimbun, pihak syarikat akan menghasilkan sebanyak 3 model sebelum musim cuti bermula.

Namun produk yang dihasilkan tidak murah dan memakan belanja hingga ribuan ringgit malaysia. Toshiba akan datang dengan teknologi yang memaparkan cahaya dari sudut yang berbeza, di mana ianya mampu mengelak dari menggunakan cermin mata khas 3D untuk menonton.


Pihak Toshiba menyatakan, mereka dalam proses menghasilkan 3D televison tanpa memerlukan cermin 3D, namun tidak boleh mengulas lanjut bila ianya akan dikomersialkan sebagai produk, spesifikasi atau jua maklumat yang lebih detail mengenainya.

0 Comment: