Monday, August 9, 2010

8 JAM KERJA MEMBAIKI STESEN ANGKASA GAGAL


Dua angkasawan gagal membaiki Stesen Angkasa lepas (ISS) setelah berhempas pulas membaiki bahagian yang rosak.

Doug Wheelock dan Tracy Caldwell Dyson berusaha untuk membaiki sistem pendingin apabila terlihat kebocoran ammonia. Namun setelah 8 jam 3 minit, mereka berputus asa dan menagguhkan misi itu.

"Masalah dan cabaran ini perlu diatasi sebelum ianya merebak ke bahagian sistem pendingin yang lain" kata Michael Suffredini, pengurus International Space Station (ISS).

Para saintis NASA mengarahkan angkasawan memasang kembali sistem yang rosak itu.

"Kami sudah melakukan yang terbaik, tetapi ianya tetap tidak berhasil" Kata pengarah penerbangan angkasa, Courtenay McMillan.

Kegagalan sistem itu rosak pada 31 Julai lepas, dan pihak NASA mengesahkan ianya tidak berbahaya kepada 6 kru stesen terdiri daripada 3 warga Amerika dan 3 lagi warga Russia.

0 Comment: