Monday, August 9, 2010

VOLKSWAGEN POLO 1.2 TSI : KINI DI MALAYSIA



Generasi terbaru dan terkini Polo kini muncul di laman web Volkswagen Malaysia. Tempahan kini dibuka walaupun tarikh pelancaran dan penghantaran masih disenaraikan sebagaI "akan datang".

Generasi Polo terkini dijual di Malaysia bersama-sama CrossPolo dan Polo GTI yang didatangkan dengan enjin 1.6 liter. Polo terbaru boleh dimiliki dengan harga RM 108,888 dan dilengkapi dengan sesuatu yang lebih maju. Enjin kompak yang didatangkan bersama Polo adalah "fuel economy" dan sangat sesuai bagi mereka yang inginkan penjimatan minyak berbanding enjin yang digunakan didalam VW Golf.

Polo baru 1.2 enjin TSI menggunakan injection dan juga pengecas turbo (turbocharger) yang menghasilkan 105 PS  pada  5,000 RPM dan 175Nm tork serendah 1,550 rpm ke 4,100 rpm yang biasanya didapati dari enjin N/A 1.6 liter. Enjin ini juga digabungkan dengan klac kering terbaru 7-kelajuan DSG (Direct Shift Gearbox). 0 - 100 km/j hanya 9.7 saat.

Ia juga menjadi kereta petrol dengan pengecas turbo yang termurah di Malaysia sekarang ini, sekaligus mengabil 'takhta' dari Peugeot 308 Turbo. Polo juga dilengkapi dengan pemain CD yang menyokong MP3 dan WMA, 6 beg udara, saiz tayar 195/55 R15 dan ABS brek cakera (brakes discs).



** Volkswagen quotes 5.3 liters per 100km combined fuel consumption and we’re eager to see if we’re able to achieve this if we get a test drive unit later in the year! (Bukan kata-kata aku)

1 Comment:

Miss Fairladyjim said...

sangat sukakan entry ini...cun lak tue...macam nak merasa jer ada kereta yang macam ni tetapi jimat minyak...:) ~~berangan sejenak~~