Sunday, August 8, 2010

CEO HEWLETT-PACKARD (HP) BERHENTI



Hari ini digemparkan dengan berita ketua Hewlett-Packard (HP), Pengawai Esekutif (CEO), Mark Hurd mengundurkan diri dari jawatannya itu kerana didapati bersalah memalsukan laporan untuk menyembunyikan hubungan sulitnya bersama seorang kontraktor perempuan yang tidak didedahkan identitinya.

Mark Hurd adalah salah seorang eksekutif yang dikagumi dalam Silicon Valley dan berjaya membangunkan HP. Perempuan terbabit yang bekerja di syarikat pemasaran telah menghubungi ahli lembaga syarikat pada Jun lepas dan memberitahu Hurd telah melakukan gangguan seksual terhadap dirinya.

Ahli lembaga mengarahkan siasatan dilakukan dan mendapati ianya tidak melanggar dasar gangguan seksual HP, tetapi menunjukkan kurangnya penilaian yang mendalam dan merosakkan kredibiliti dan keberkesanannya. Ahli lembaga sebulat suara menggantikan Hurd.

Keputusan itu adalah sesuatu yang menyakitkan bagi Hurd.

"I realised there were instances in which I did not live up to the standards and principles… that I have espoused at HP," kata-kata Hurd semasa pengunduran beliau dari jawatannya sekarang. Pengawai Kewangan (Chief Financial Officer), Cathie Lesjak akan mengambil alih tugas sebagai CEO interim.

0 Comment: