Berlalulah hari demi hari, dan akhirnya tibalah pada hari beliau mengambil bahagian pertama. Setelah selesai, maka pulang lah si pakcik ni dengan senang hatinya. Beberapa hari selepas itu, si pakcik ini pergi sekali lagi untuk mengambil ujian undang-undang jalan raya berkomputer.
Disebabkan pak cik ini seorang yang buta huruf, maka dia mendapat kebenaran untuk melakukan ujian undang-undang secara soal jawab. Bemulalah soal jawab di antara Pak Cik ini dan seorang pengawai yang bertugas. Soalan pertamanya sehingga ke soalan ke-17 berjaya di jawab dengan mudahnya. Namun soalan yang ke-18 menjadi sukar dan ujian ke atas pengawai tersebut.
Pengawai : Soalan seterusnya, apakah warna bagi lampu isyarat untuk berhenti?
Pak Cik : Merah,
Pengawai : Ok, bagus. Selepas lampu kuning, lampu apa?
Pak Cik : Kuning,
Pengawai : Selepas kuning pula?
Pak Cik : Lampu merahlah dik, selepas merah hijau.
Pengawai : Bagus Pak Cik. Lampu selepas hijau pula?
Pak Cik : Selepas hijau mana ada lampu lagi dik,
Pengawai : Kenapa pula?
Pak Cik : Sebab selepas hijau saya dah tak nampak lagi lampu isyarat tu, saya terus jalan...
Pengawai : (Adussss... Terkena aku dengan pak cik ni) Ok lah, terima kasih, Pak cik boleh keluar dulu, nanti saya beritahu keputusannya.
Maka, dengan segala kekuatan, pengawai ini menandakan lulus bagi pak cik ini kerana lebih arif dalam undang-undang jalan raya berbanding dirinya.. Tak kan lah selepas hijau nak tunggu tengok lampu isyarat lagi kan?
1 Comment:
wah kah kah kah... klaka3
Post a Comment