Monday, May 3, 2010

iPhone Aku Dan DiGi

Bulan lepas aku beli la iPhone, haha, bangga nya diriku dapat memiliki iPhone ni..
Mesti korang suma jeleskan aku.. Tak payahlah korang jeleskan kat aku, aku ni yang kena jeleskan kat korang, aku cuma beli iPhone China jer.. Aku beli time tu ada Hanphone Fair kat sebuah pasaraya kat Nilai.

Tu pun kena tipu.. HuaHuaHua.. Sedih sesangat sangat hati aku ni jangan cakap lah, baru 4 hari je aku guna, aku dah naik fedup dan benci dengan iPhone tu.. Mulanya ok la juga, sebab ada Wi-Fi, boleh la juga aku surf guna iPhone China tu. Tapi lepas 4 hari tu je, Wi-Fi dia buat la hal..

Nasib baik la iPhone tu ada warranty selama 1 tahun. Berbunga balik la hatiku yang layu ni. Dalam resit tu, tulis alamat kedai di Lowyat, aku pun terus la  pergi sana. Sampai je sana, aku cari la kedai tu. Jumpa, tapi malangnya nama kedai lain. Yang terpampang depan mata aku adalah Training Center untuk repair telefon..
Maknanya? AKU KENA TIPU!!!

Aku keluar dari Lowyat dengan sakit jiwa. Aku pun tanya la kedai, kalau aku tolak, berapa boleh dapat?
Tauke kedai jawab "Ini enset, tak da harga maa, kalau you jual RM20 pun, i tak nak angkat"
Dummmmmmm!!!

Hahaha, camna pun, apa yang berlaku ada hikmahnya an.. Aku sabar je la dgn iPhone tu. Sampai sekarang still ada dengan aku lagi. Korang semua hati-hati la,jangan sampai tertipu macam aku. Tapi korang mungkin tak kena kot, sebab aku ni bendul la sikit..

Okeh, kat sini ada satu tawaran dari DiGi dan 100 peratus tak kena tipu. Kalau korang teringin nak dapatkan iPhone ni, yang original la, bukan China punya, korang dapatkan la dari wakil DiGi, boleh bayar ansuran, hanya RM 106 sebulan.

Dapatkan Maklumat Lanjut di  http://www.digi.com.my

2 Comment:

Anonymous said...

eh..skrg dah byk org jual fon cina murh cm2 n dah rmai yg dah kena sbb diaorg x thu n x tgk btul2..kat tmrloh dlu siap ada expo lg utk fon2 cm2..tp sbb rmai yg x thu..jd rmai la yg bli..x thu la ape jd..tp dgr cite diaog bt expo lg kat bndr pust plak..
p/s: share cite je ni..

Almy said...

a'ar, AKU pon kena cam tu la gak, dyorang buta ekspo/phone fair,,,,