Monday, December 13, 2010

APAKAH YANG PATUT FOKUSKAN PADA BLOG INI?

Almy nak minta pendapat kepada semua pengunjung dan pembaca. Almy kini semakin sibuk untuk menguruskan blog ini. Tidak sempat lagi untuk berblogwalking seperti sebelum ini. Dan jika dilihat kepada entry yang sebelum-sebelum ini, almy banyak mencampurkan semua perkara.

Jadi blog ini tiada keunikan sendiri. Baru almy sedar. Tapi, mulai dari selepas entry ini, almy ingin fokuskan blog ini kepada sesuatu yang khusus sahaja. Namun begitu, masih tercari dan terkial-kial dengan entry apa yang akan sesuai untuk blog seperti ini.

Dalam kepala otak ni, ada beberapa idea :
  • Update mengenai gambar-gambar dan video haiwan comel sahaja.
  • Isu semasa (tapi mungkin tak sempat).
  • Tutorial software seperti Adobe, 3D dan sebagainya.
  • Tutorial coding untuk blog dan website.
  • Minat kereta, tetapi tiada sumber yang banyak.
  • Apa-apa yang berkaitan Multimedia.
  • Teknologi terbaru.
Minta tolong kawan-kawan semua, kalau ada yang lebih baik, tolong cadangkan.


0 Comment: