Kebanyakan antara kita ada yang selalu liat atau susah untuk bangun pagi. Tambahan untuk bangun awal-awal pagi. Kalau ada yang terpaksa bangun awal, kepala akan terasa sakit dan berat sekali untuk bangun. Dan walaupun tidur awal, masalah ini tetap juga berlaku. Jom tengok tips kat bawah ni dan cubalah dengan jayanya.. Insya-Allah..
BIL. | TIPS |
1. | Amalkan untuk selalu tidur di awal malam. Menurut kajian, seseorang haruslah tidur selewatnya sebelum pukul dua pagi, bagi membenarkan satu gas yang tak diperlukan badan dikeluarkan sepanjang tidur itu. _ |
2. | Sebelum tidur, amalkan untuk tidur dalam keadaan segar. Dua perkara penting, jangan lupa untuk berus gigi dan minum sekurang-kurangnya segelas air suam sebelum melayari mimpi. _ |
3. | Tidur dalam keadaan tidak memikirkan masalah yang telah berlaku sepanjang hari itu. Lepaskan semua tekanan dan masalah sebelum tidur, kerana tidur dalam tekanan akan menyebabkan keenakan tidur itu hilang begitu sahaja. _ |
4. | Matikan barangan elektronik seperti komputer dan televisyen anda, kerana ianya boleh menyebabkan anda terbangun di tengah-tengah tidur. |
5. | Benarkan aliran udara masuk ke dalam seluruh ruangan bilik anda. Oksigen akan mempercepatkan otak kita lebih segar pada pagi hari dan mengurangkan rasa berat ketika bangun. _ |
6. | Dapatkan segelas air suam atau mineral saat bangun dari tidur. Mengambil air ketika bangun mempercepatkan oksigen terus bergerak ke otak kita dan menyegarkan pagi-pagi kita. _ |
7. | Kurangkan merokok dan pengambilan alkohol atau ubat-ubatan dalam kehidupan seharian. Pengambilan bahan-bahan ini akan membuatkan otak kita menjadi lebih lembab dan bengap. _ |
8. | Jika anda seorang yang berumah tangga, selepas melakukan hubungan, terus mandi sebelum tidur kerana akan membantu anda lebih segar ketika bangun dan mengurangkan keletihan. Nabi juga berpesan, bersegeralah mandi hadas besar ketika berada di dalamnya. _ |
9. | Jangan ambil makanan yang berat sebelum tidur. Elakkan sebolehnya mengambil makanan yang berat sebelum tidur kerana akan menyebabkan badan terasa letih ketika tidur. _ |
10. | Good Morning All.. Have a nice days. :-) _ |
Itu sahaja antara tips-tips yang aku nak kongsikan kat sini,yang sedikit sebanyak dapat membantu kita untuk lebih segar bangun di awal hari. Dan perkara yang paling pentingya adalah MOTIVASI dalam diri kita. Amalkan selalu dan bersama-samalah kita melalui hari-hari yang ceria.
11 Comment:
Hari2 kje mmg mls nk bgun..
Tp ble holiday.. bgun awl pun senyum je..
Epi sgt.. =p
morning! pagi ini bangun lambat sebab tak follow satu pon suggestion dalam entry :(
still nampak macam awal sebab waktu kerja start kol 7AM :P
Haha, yang penting awal gak.. Dari tak bangun2 langsung..
saya bangun awal pagi niiii :D
slalu makan dah lewat malam dah tentu le lewat tido, layan blog lagik huwaaa tu yang payah bangun pagi...
nice tips!!
tips nih memang bagus// tapi kalo tido awal xdpt nk blogwalking la.. time2 tgh mlm lagi rmi yg online..
wah...Tips gaya hidup sehat!!
tips hangat.. best2..
jom2 tgo entry baru una.. =)lai lai lai lai lai lai panggil aku si jablai?
tips y berguna untuk masa depan, skg skg gak sy ikot haha :P
nice tips
bgun awal boleh solat subuh
Post a Comment