Wednesday, September 29, 2010

FEDERAL AUTO SPORT TUNING KINI DIBUKA

FEDERAL AUTO SPORT TUNING SDN BHD (FAST), yang dilantik menjadi pengedar esklusif produk ABT (Jenama tuning specialist German) di Malaysia pada Mac lalu, kini melancarkan bilik pameran mereka di Glenmarie, Shah Alam. Showroom itu menjadi yang terbesar di Asia sebesar 12,000 persegi dengan kos lebih dari RM 1 juta.


Bilik pameran di Glenmarie mampu memuatkan sehingga 10 buah kenderaan bagi tujuan pameran dan ianya khas dibina untuk membolehkan pelanggan melihat sendiri penalaan kereta (tuning) dan aksesori ABT. FAST juga akan dibuka bilik pamerannya di Petaling Jaya tahun ini dan juga di Penang serta Johor Bahru, pada hujung tahun 2011.

ABT showroom akan didatangkan dengan body kit and aksesori terbaru untuk kereta keluaran Audi dan Volkswagen. Mereka menumpukan upgrade pada 6 bahagian yang utama iaitu engine performance, aerodynamics, exhaust system, suspensions, brakes dan tayar

Pakej talaan(tuning) untuk Volkswagen Golf dan Scirocco bermula dari RM6,636 bagi engine chip tuning sehingga RM43,610 untuk complete set full body kit, sport springs, rim dan tayar.

3 Comment:

wantong said...

perghhh...jatuh hati ngn tuning2

najibsyahmi said...

mantap..

ctpayong said...

wagen ni lasak kan...best...nak kumpul duet ar camneh