Thursday, September 30, 2010

AZMIL MUSTAPHA KEMBALI SEDAR SETELAH DIMASUKKAN KE ICU

Mungkin kalau disebut Azmil Mustapha, siapa Azmil Mustapha ni dohhh?
Tidak ramai yang mengenali beliau, tetapi andai disebut pelakon utama juga hero dalam cerita Ali Setan, siapa yang tak kenal? Mesti majoriti semua kenal kan? Kenal kan?kan?

Azmil Mustapha atau lebih popular sebagai Ali Setan

Namun selepas mendapat hidayah daripada Allah, beliau telah berpindah ke luar negara dan menetap disana bersama keluarganya. Beliau berpindah dan menetap di Negara Syria dan apabila ditanya, inilah jawapan beliau:

"Saya buat solat hajat, minta dengan Allah, saya nak cari tempat belajar, Allah berikan petunjuk belajar di Syria . Dengan duit yang saya dapat dari menyampaikan ceramah-ceramah kesedaran Islam sebelum itu di Malaysia , saya terbang ke Syria dengan anak-anak saya."

Setelah mendapat hidayah daripada Allah, beliau menukar profession dari seorang pelakon kepada seorang pendakwah bebas. 

Beliau dimasukkan ke ICU kerana sakit jantung pada 27 september lepas, dan hari ini anak perempuannya melaporkan bahawa Azmil Mustapha kini kembali sedar. Semoga Allah memberi kesihatan dan kekuatan kepada beliau dalam meneruskan kehidupan beliau. Aminnn...

4 Comment:

Solihin Zubir said...

smoga kesihatan beliau semakin bertambah baek..
insyaAllah..

haidi takeAfoto said...

minat die blakon..pnh gak dgr ceramah die kt sg buluh dulu..bez gak..semoga Allah pnjgkan umor abg azmir ni..murah rezeki..amin...

Nafisa81 said...

semoga dipanjangkan umur utk berdakwah..

+dieabella+ said...

hidayah tuh ALLAH beri pada sesiapa yg mcariye..semoga beliau cepat sembuh..amin