Memang tidak dinafikan, semakin hari, semakin tinggi kos untuk melangsungkan perkahwinan. Perbelanjaan untuk majlis perkahwinan sahaja menelan kos ribuan ringgit. (tidak termasuk kahwin kena tangkap basah)..
Semua orang mahukan perkahwinan yang meriah tanpa menghiraukan kos, tetapi masih ada cara untuk menjimatkan kos perbelanjaan perkahwinan anda. Teruskan membaca dan buatlah penilaian serta keputusan anda. Saya sediakan sedikit tips cara untuk menjimatkan perbelanjaan perkahwinan anda. Ingat, kuasa di tangan anda.
1. JEMPUTAN.
- Kurangkan senarai jemputan ke majlis anda.
- Elakkan melangsungkan majlis pada hujung minggu.
2. BUNGA
- Kurangkan penggunaan bunga.
- Membeli bunga mengikut musim. (Jangan bunga rambutan sudah la)..
3. KEK
- Cukup dengan kek yang bersaiz sederhana atau kecil.
- Kurangkan hiasan yang tidak penting pada kek.
4. FOTO DAN MUZIK
- Gunakan khidmat photographer yang bergelar kawan anda jika ada.
- Gunakan DJ yang juga bergelar sahabat anda jika anda.
- Gunakan khidmat DJ dan band dalam satu pakej. (2-in-1)
5. LAIN-LAIN
- Buat kad dan alat-alat perkahwinan yang mampu secara sendiri.