Sunday, May 23, 2010

Selepas Hijau

Kisah ini terjadi beberapa tahun yang lepas.. Pada suatu hari, seorang pak cik yang berusia 50-an telah bercadang mengambil lesen memandu. Maka pergilah dia mendaftar di sebuah Institut memandu negeri. Setelah membuat pandaftaran dan pembayaran, dia di suruh datang kembali pada minggu seterusnya..

Berlalulah hari demi hari, dan akhirnya tibalah pada hari beliau mengambil bahagian pertama. Setelah selesai, maka pulang lah si pakcik ni dengan senang hatinya. Beberapa hari selepas itu, si pakcik ini pergi sekali lagi untuk mengambil ujian undang-undang jalan raya berkomputer.

Disebabkan pak cik ini seorang yang buta huruf, maka dia mendapat kebenaran untuk melakukan ujian undang-undang secara soal jawab. Bemulalah soal jawab di antara Pak Cik ini dan seorang pengawai yang bertugas. Soalan pertamanya sehingga ke soalan ke-17 berjaya di jawab dengan mudahnya. Namun soalan yang ke-18 menjadi sukar dan ujian ke atas pengawai tersebut.

Pengawai  : Soalan seterusnya, apakah warna bagi lampu isyarat untuk berhenti?

Pak Cik    : Merah,

Pengawai  : Ok, bagus. Selepas lampu kuning, lampu apa?

Pak Cik    : Kuning,

Pengawai  : Selepas kuning pula?

Pak Cik    : Lampu merahlah dik, selepas merah hijau.

Pengawai  : Bagus Pak Cik. Lampu selepas hijau pula?

Pak Cik   : Selepas hijau mana ada lampu lagi dik,

Pengawai : Kenapa pula?

Pak Cik  : Sebab selepas hijau saya dah tak nampak lagi lampu isyarat tu, saya terus jalan...

Pengawai : (Adussss... Terkena aku dengan pak cik ni) Ok lah, terima kasih, Pak cik boleh keluar dulu, nanti saya beritahu keputusannya.

Maka, dengan segala kekuatan, pengawai ini menandakan lulus bagi pak cik ini kerana lebih arif dalam undang-undang jalan raya berbanding dirinya.. Tak kan lah selepas hijau nak tunggu tengok lampu isyarat lagi kan?


Friday, May 21, 2010

Hudud Dan Kemanisannya

Kebelakangan ni timbul pula isu Hukum Allah; Hukum Hudud.. Ada beberapa pertelingkahan dengan Hukum Hudud di kalangan ahli Facebook dan juga merangkap sahabat-sahabat AKU.. Ada setengah pihak yang tidak berpuas hati dengan hukum hudud dan mempertikaikan seolah olah Hukum Hudud itu kejam.

Kejam apanya? Hukuman yang dicipta manusia lagi la kejam dan selalu (SELALU SELALU) berlaku ketidakadilan bagi setengah pihak. Tak percaya? Ok, tak payah la aku ulaskan panjang-panjang, nanti jadi kes lain pula. Korang semua pun boleh fikir kan?

Kalau korang nak tahu, hukum Hudud sangat-sangat lah adil dan sesuai di gunakan di mana-mana sahaja tanpa batasan sempadan daerah atau negara. Hukum Hudud tidak lah berat mana untuk dituruti, dilaksankan atau dilancarkan.. Jangan hanya pandang pada potong tangan, pancung, sebatan.

Kalau korang tak buat salah, kenapa takut sangat? Aku pun bukan baik sangat, dan banyak juga buat salah dan dosa hari-hari. Bukan membangga dengan kejahatan dan dosa, tapi cuma nak semua orang tahu, apa yang kita buat sekarang, korang nak ke tunggu sampai di hukum seratus peratus di akhirat nanti?

Sekurang-kurangnya kalau kita berzina, minum arak, kita kena tangkap dan di hukum hudud, kurang dan ringan lah sikit hukuman di akhirat nanti.dan kalau rezeki terlepas terus dari hukuman tu. Siapa sanggup kena pukul dengal rantai besi yang berapikan api neraka jahanam????

Aku tak nak, aku tak nak bazirkan masa-masa indah di dalam Syurga dengan menjerit, melolong dan menagih simpati dalam Neraka. Siapa nak masuk Neraka? Orang kafir pun tak nak masuk Neraka, tak kan ada yang sanggup pula?

Hukum hudud ni mudah sangat, tak susah untuk kita ikuti. Kalau tak buat salah, tak usah lah kita takut. Apa yang aku tahu dalam hukuman syariah yang memegang kepada kata-kata "Lebih baik salah memaaf dari salah menghukum"

Apa maksudnya? Maksudnya hukuman hudud bukan sewenang-wenangnya di jalankan tanpa bukti dan saksi yang kukuh dan menepati syarat yang di tetapkan.

Hukuman bukan boleh di lakukan camtu je. Mula-mula kalau korang tuduh orang berzina, korang kena datangkan saksi. Saksi itu mestilah ada 4 orang, dan mesti tengok dengan jelas "keris di masukkkan ke dalam sarungnya". Kalau korang tak dapat datangkan saksi yang sebegitu, korang tidak boleh menuduh orang berzina. Dan selain dari saksi, pengakuan dari pelaku zina juga di kira sebagai bukti. Tetapi korang tak boleh paksa orang untuk mengaku. Sebab itu la, kalau jabatan agama tangkap basah, lelaki dan perempuan terbabit tidak disabitkan kesalahan berzina, tetapi disabitkan dengan kesalahan berdua-duaan atau berkhalwat.

Kes mencuri dan potong tangan pula, kalau korang mencuri harta orang lain, sedangkan korang ni dah hidup mewah, atau tak mati kalau korang tak mencuri, jika di sabitkan kesalahan, baru lah korang akan dijatuhkan hukuman potong tangan. Korang tak akan di jatuhkan sehingga korang betul-betul disabitkan dengan kesalahan mencuri. Tapi jika korang seorang yang miskin dan tiada kemampuan lagi untuk mencari makanan, dan korang mencuri hanya kerana untuk menyara perut korang untuk terus hidup, korang tak akan di potong tangan.

Jangan fikir hudud itu kejam, hudud adalah hukum yang terlalu adil lagi berhikmah bagi semua umat manusia. Kalau nak aku ceritakan sal panjang lebar mengenai Hudud ni, panjang.. Korang cuba-cuba la g library dan cari rujukan. Sama-sama la kita hayati Islam dan Hudud.

Saturday, May 15, 2010

Sikap Kawan AKU Yang Tiada Pada Korang

Aku minta maaf bagi yang terasa andai artikel atau post aku ni menyentuh bahu dan hidung individu tertentu. Ok, malas nak berpanjang lebar mukaddimah, aku ceritakan sedikit sebanyak pengalaman yang aku telah lalui bersama semua sahabat mahupun kawan-kawan..

1.   Sikap rakan aku meluahkan perasaan,
          Kali pertama meluahkan  - "Aduhhhh, assignmet tak siap lagi"
          Aku menenangkan          - "Relax la, bukan banyak pun"

         Luahan yang sama kali ke 4  -"Aduhh, assignment tak siap lagi la"
         Aku menenangkan lagi         - "Dah tau tak siap, buat la, mengadu kat aku bukan boleh siap"

        Luahan seterusnya       -  ".............................."
        Aku kembali tenang     -  "Dah malas nak luah kot :-p "

2.  Menterjemahkan loghat Selangor ke Utara,
       "KO PEHAL?" Diterjemahkan ke loghat utara  "HANG PASAI??"

3.  Panggilan terhadap datuk dan nenek.
       Datuk     -  Nenekman.
       Nenek    -  Nenekwoman.

4.  Bertumbuk hanya kerana Pasukan Bolasepak kegemaran kalah >> :-(

5.  Bergaduh dengan awek, terus lari kolej... :-p