Wednesday, March 31, 2010

Dapatkan File Di Jangkiti Virus "Hidden File"

Dari 8/10 hardisk, thumb drive dan apa jua storage yg di gunakan pakai akan di jangkiti oleh virus hidden file. Virus ni selalunya suka sangat menyembunyikan file-file anda tak kira samada file itu penting atau tak.. Aku sediakan sedikit tips untuk penyelesaian dan dapatkan kembali file yang di hiddenkan itu..

1. Jangan format storage anda. INGAT!! Tapi andai kata korang ter Format juga, korang still boleh dapatkan kembali file-file yang diformat itu.

















2. Right klik kat storage/thumb drive anda..
3. Then, select add to archive .(Bagi yang menggunakan winrar software)

















3. Ok, lepas anda select akan naik macam kat bawah ni..


















Lepas tu, korang settingkan la macam kat atas.. Output file tu, atas korang la, nak letak kat desktop ke, my document ke.. User/Almy/Desktop dalam pic tu adalah nama kom aku, so dalam pc korang ia akan automatic ikut PC korang la..

4. Next, korang tekan OK dan tuggu sampai proses tu habis.

5. Bila dah habis, cari tempat file yang korang extractkan tadi. (Aku letak kat desktop)























6. Open file yang di extract td,(double klik je) dan ini lah hasilnya..


Tuesday, March 23, 2010

Siti Nurhaliza Mengandung

Firstly tahniah aku ucapkan buat Dato Siti Nurhaliza, penyanyi nombor 1 malaysia ni. Tapi itu pun belum pasti lagi dia mengandung atau tak lagi an. Kalau betul pon tak terlambat juga la aku ucapkan Tahniah kepada beliau.

Mungkin semua orang dah tahu pasal kes ni, yang diterjah kepada semua dalam melodi pada ahad lepas. Tapi aku bukan lah peminat Siti sangat, cuma ada la sikit2 lagu dia yg berjaya tawan hati aku ni. tu pon atas sebab-sebab tertentu lah..


Aku bukan nak huraikan panjang lebar sal kes ni, cuma aku nak luahkan sedikit ketidak puasan hati aku ni kat pengacara sesi "Terjah" kat dalam melodi tu, Naz Ahmad. Dia ok, tapi caranya yg terlalu menjaga tepi hal artis-artis sangat keterlaluan, Hampir setiap hari dia menerjah Dato Siti ni, kalau tak percaya, korang tengok lah tv3 seharian.. Tak patut la dia buat camtu.

Kan Siti sendiri dah bagitahu yg akan buat satu sidang akhbar untuk semua itu, dan sabar ja la tunggu. Yg kalut dan gelabah sgt nak tahu sampai ganggu appoinment dan jadual harian orang kenapa? Kenapa Naz??

Peminat setia siti pun tak keterlaluan macam kau..
Aku yg cuma tengok kat tv je pon, rasa 'fedup' n rimas dgn cara Naz ni. Bukan aku je, tp guard hospital ke klinik pon tarik muka dengan si mamat Naz ni. Tak reti ke orang cakap 'Sabar, sabar, sabar'

Aku tahu lah tu kerja kau, tapi jangan lah melampau sampai camtu sekali. Artis-artis lain pon dh banyak fedup n terasa dgn kau..

Saturday, March 20, 2010

Don Kodek

Post kali ni, aku nak ceritakn sikit sal kisah seorang insan yang di beri nama Don Kodek.. Kisah ni dah lama berlaku, dalam tahun 70-80 an juga la.. Ini bukan cerita yang aku reka ciptakan sendiri, tapi cerita ni adalah cerita benar, cuma tak diterbitkan dalam siaran 'Neraca Hidup:Kisah Benar' kat TV3...

Ceritanya bermula di sebuah kampung jauh nun utara sana. Dalam sebuah rumah, tinggal sepasang suami isteri dan setelah beberapa tahun berkahwin, akhirnya si isteri pun melahirkan seorang bayi lelaki setelah hampir 9 bulan mengandung hasil perkahwinan beliau dengan suaminya...

Maka pada hari kelahiran si bayi tersebut, bergembiralah si suami ni, sampai terlupa untuk pergi mendaftarkan nama anaknya selama beberapa hari.. Maka selepas itu, mereka mencari nama untuk cahaya mata yang baru di lahirkan itu..


Akhirnya, ibu si isteri telah memilih nama Abdul Kadir untuk bayi tersebut.. Maka terus la si suami pergi ke balai polis unutk mendaftarkan nama bagi anaknya. (zaman dulu, daftar nama di balai polis, bukan di hospital seperti sekarang,faham?)... Di dalam balai polis berlaku lah beberapa perbualan antara pengawai polis dan si suami.

Polis    : Selamat datang, ada apa yang boleh saya bantu?
Suami  : Mahuk daftarkan nama anak(dalam pelat kampung bercampur siam)
Polis    : Ok,nama bapa?
Suami  : Abdullah.
Polis    : Nama ibu?
Suami  : Fatima.
Polis    : Nama anaknya?
Suami  : Don Kodek (Asalnya Abdul Kadir, tetapi bercampur dengan pelatnya maka jadi lah Don kodek)
Polis    :Ok, saya ulang, nama bapanya Abdullah, ibunya Fatima dan anaknya Don Kodek, sila tanda tangan di bawah ni ye..

Si suami ni tak mampu untuk membetulkan nama anaknya kepada yang betul kerana kepelatan lidahnya sendiri dan terpaksa lah dia menandatangani sijil lahir anaknya itu. Maka hingga ke besar lah anaknya itu di panggil Don Kodek, kodek dan don..


 ** No komen...

Thursday, March 18, 2010

Kerja Di Seven-E (7E) Haram?

Ok lah, mgkn tajuk ini dah banyak di kupaskan dalam blog-blog yg lain, tapi aku nak ulang atau repeat lagi sbb ada yg masih tak tahu dan faham.

Maaf kalau ada yang tak puas hati dengan tajuk aku kali ini, tapi kata2 aku senuanya berlandaskan ayat-ayat Al-Quran sendiri dan aku bukan memandai-mandai buat cerita ni. Ok la, aku mulakan post aku ni dengan ayat Al-Quran dari surah Al-Maidah:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ

Maksudnya;
“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu)” (surah Al-Maidah : 90-91)

So, apa maksud dan kaitan ayat kat atas dengan haram kerja kat 7E???
Kalau aku tak cakap pun mesti ramai juga yg dh dapat tangkap an? sebab nya, 7E menjual arak, kalau tak percaya, pergi lah tengok sendiri, kalau korang tengok dalam peti ais tak ada, korang try la minta kat cashier kat depan tu, confirm la ada...

Tapi apa salah ke orang yang kerja sebagai cashier atau penjaga stor atau pencuci lantai atau apa-apa je kat 7E tu? YA!!! Aku cakap haram dan Nabi SAW sendiri juga telah bersabda :

أن النبي صلى الله عليه وسلم أتاه جبريل فقال‏:‏ يا محمد إن الله لعن الخمر وعاصرها ومعتصرها‏،‏ وحاملها والمحمولة إليه وشاربها وبائعها‏،‏ ومبتاعها وساقيها‏

Maksudnya;
“Sesungguhnya Nabi SAW didatangi oleh Jibril lalu berkata : Wahai Muhammad, Sesungguhnya Allah melaknat arak dan pemerahnya, Orang yang meminta memerahnya, pembawanya, yang dibawa kepadanya, peminumnya, penjualnya, pembelinya dan penuangnya” (Hadis Riwayat At-Tarmizi, Abu Daud dan Hakim. Telah mensahihkannya oleh Syeikh Albani didalam “Sahih Jamik Saghir (2/907))

Dan sekarang sapa2 yang berkaitan dengan arak itu sendiri, maka jatuh lah hukum haram ke atas dirinya.
Aku tahu lah, kerja kat 7E tu gajinya tinggi, lepasan SPM je pun boleh dapat RM 750 sebagai permulaan dan ke RM 900 bila dah lama kerja kat situ. Tapi itu bukan alasan korang untuk kerja kat situ!!!!!! (maaf, teremosional lak =P)

Aku bukan nak hancurkan atau rosakkan nama 7E, tapi aku tulis semua ni atas dasar ranggungjawab aku sebagai seorang Islam dan walaupun aku tahu aku tak sebaik mana, sekurang-kurangya ini je kemampuan aku untuk tegur. Aku pinta beribu kemaafan kalau post aku ni mengkritik tempat kerja korang, tapi semua dah besar dan boleh fikir yg mana baik dan buruk, halal dan haram...

***Kalau ada yang salah dalam post aku ni, tolong tegur...

Wednesday, March 17, 2010

Nyamuk VS Putik Kapas

Al-kisahnya bermula ketika aku sedang asyik berborak dengan member aku ni, n laz2 dia buka cerita sal kawan bapa dia..

Dalam cerita itu, watak utamanya adalah putik kapas dan seekor nyamuk dan tidak ketinggalan juga seorang mangsa merangkap seorang manusia. Ceritanya begini, satu hari seorang manusia ni sedang asyik bersantai sambil-sambil mengorek telinganya dengan putik kapas.

Sedang asyik mengorek dan mengeluarkan tahi telinganya, kain pelikat yang sedang di pakainya itu sedikit longgar, maka segera la dia membaiki kainnya itu dalam keadaan putik kapas masih lagi di dalam rongga telinganya. Nak di jadikan cerita, seekor nyamuk yang telah tersesat, melalui di sekeliling telinga manusia ni.


Maka dengan segala kekuatan dan kemampuan, terus lah si manusia ni menampar nyamuk ini. Tetapi dalam manusia keadaan terleka dan terlupa yang putik telinga masih lagi berada dalam rongga telinganya, dia telah membenamkan putik kapas dengan tidak sengaja itu hingga memecahkan gegendang telinganya sendiri. Dan hingga ke hari ini, si manusia itu telah menjadi pekak hingga ke hari ini. Kesiannnnn.....

** Kerana seekor nyamuk, telinga pon boleh jadi pekak.. Kalau dah takdir, apa lagi boleh buat. Benda kita tak jangka nak jadi..

Monday, March 15, 2010

Kucing Yang Menakjubkan




Dah dua hari aku tak update blog aku ni, mgkn lepas ni aku akan update 3 hari sekali, sbb aku still perlukan masa untuk mencari yang terbaru ketika berkongsi kehidupan selari dengan title blog aku ni.. Mula merapu dh ni.. =p

Ok lah, post aku kali ni nak ceritakan sikit sal kucing. Agak2 korang la an, apa yg korang tak tahu pasal kucing ni,, Hehehe, kat sini aku nak ceritakan kenapa kucing boleh makan anak-anak dia sendiri. Haaa, ini la berita terbaru yang aku dapat dari seorang member aku.

Selalunya yg si bapa kucing ni suka makan anak dia sendiri, bukan sebab dia lapar, tapi ada sebab lain. Lumrahnya setiap kucing akan ada tompok2 kat badan dia sendiri, dan sebab tompok ni la anak kucing ni akan di makan oleh bapak nya sendiri. Kenapa?

Sebab utamanya, bapa kucing akan mengira dan memastikan tompok-tompok kat anak dia adalah tompok2 yanga ada kat diri dia. Kalau tompok itu lain, maknanya anak tu bukan anak dia, dan pastinya emak kucing tu telah curang kat suami dia. kiranya tompok ni jadi lebih kurang macam DNA la. Hahaha, pelikkan.. Pandai sains kan bapa kucing ni, sebab bukan calang-calang orang boleh kaji DNA..

Tambahan lagi, si bapa ni tak akan makan anak yang betina, tapi cuma yang jantan ja. Agak-agak la kan, macam mana la rasa anak dia an. Ada rasa macam makan kambing golek tak?
Tapi kesian kat anak yg tak bersalah tu kan, tak pasal-pasal kena bunuh, ni mesti sebab si bapa ni takut malu sebab ada anak jantan lain n tak nak anak dia tuntut harta-harta dia. Sebab tu la jantan je yg kena bunuh... Anak betina kan tak leh waris harta..

Kalau di fikirkan, logik la juga, sbb bkn semua bapa kucing yang makan dan bunuh anak dia. Kat rumah aku, bapa kucingnya penyayang dan peramah lagi tu. Boleh bermanja-manja lagi dgn anak-anak dia. Tambah-tambah dengan tuan dia sendiri, lagi la dia manja, tapi tu pun time lapar, kalau time kenyang, langsung tak nak tegur. Huhhhhhh!!!!!

Friday, March 12, 2010

RAJUK AKU SEBUAH TOYOTA DX

Aku di lahirkan pada tahun 1980 di negara matahari terbit, Jepun. Aku kemudiannya telah di hantar ke Malaysia untuk teruskan kehidupan di sana. Pada mulanya, aku telah di beli oleh seorang lelaki dan aku terus menetap di Senawang, Negeri Sembilan. Namun hidup aku tak lama bersama beliau dan akhirnya aku terus tinggal di bawah garaj di hadapan rumahnya. Setiap hari aku hanya mampu melihat panas matahari dan titik air hujan di hadapan ku......

Aku sangkakan aku akan terus di situ hingga selama-lamanya, namun jangkaan aku silap. Pada tahun 2009, seorang pemuda telah datang dan melihat aku, aku terus la buat-buat aku ni masih kuat, cantik dan menarik. Sebelum pulang, aku terdengar yang pemuda itu berkata yang dia nak beli aku. Aku tersangat la gembira bercampur takut. Gembira kerana aku akan kembali ke atas jalan raya, dan takut andainya nasib aku akan kembali seperti sekarang ketika bersama tuan lama aku.

Akhirnya aku telah di pindah milikkan pada 13/11/2009. Bermula lah kehidupan baru aku bersama tuan baru aku. Tuan aku sungguh baik dan dia amat meminati aku kerana aku mampu untuk melakukan aksi drift yang kian di kenali ramai sekarang ni. Tuan aku ni seorang pelajar kolej dan aku sering kali teruja bila aku bergerak di hadapan penuntut kolej yang lain, kerana aku selalu ja di pandang setiap kali aku melalui mereka. (Perasannya aku)


Tuan aku kemudiannya telah menghiaskan aku dengan pelbagai barang-barang baru kepadaku. Dan aku hampir menjadi cantik pada keseluruhannya.(Perasan lagi =p). Mulanya, aku telah di tukar kan minyak hitam,minyak gearbox n segala minyak yang da kat aku.. Makin kuat dan bertenaga la aku selepas itu. Demi untuk menjaga aku, tuan aku telah mencari dan memasangkan kepadaku rim 13 yang sangat cun pada pandangan ku. Tidak ketinggalan, ekzos besar juga. Dan aku selalu "menjerit" hingga menarik pandangan semua orang.

Di kolej tuan aku juga, aku telah menemui cinta aku. Aku telah jatuh cinta pada sebuah WIRA aerobek milik kekasih tuan aku. Kami akhirnya bercinta dan menjadi kekasih yang sangat bahagia, wira sanggup menerima ku walaupun aku tidak la mempunyai rupa yang elok. Thanks my dear.. Hope we should together forever. =D... Kadang-kadang tuan aku selalu bawa aku untuk menguji skill 'drift' dia yang BAJET-BAJET 'terer'. Dan sebab tuan aku juga la aku kadang2 kena marah dgn kekasih aku. Nasib baik la kekasih aku terima minat tuan aku tu.

Namun, pada suatu hari, tuan aku memandu kekasih ku untuk mengambil kawannya di perhentian RnR dan terus ke dobi. Tuan aku berkata kepada kawan baiknya,

"Kalau nanti aku ada 60 ribu, aku 'angkat' nissan silvia. Pastu jual Toyota DX tu."

Wira terdengar akan kata-kata tuan aku tu, dan telah berfikir samada nk beritahu aku atau tak. Dan selepas pulang, wira telah beritahu kepadaku apa yang dia dengar dari mulut tuan aku tadi. Aku terus rasa sakit hati dan kecewa sgt dengan kata-kata itu. Geram, geram, geram, geram!!!!!!!!!!!!

Petang itu aku menangis sendirian, tapi dlm hati la, tak der sapa pun yg pujuk.. Dan kemuncaknya merajuk aku itu bermula malam 9/3/2010 . Selepas Isya', tuan aku memandu aku untuk keluar makan. Dan ketika dalam perjalanan pulang ke asrama, aku mula buat bebal dan rajuk aku. Saat tuan aku sampai di selekoh, aku terus buat kaku dan aku kuncikan gearbox aku pada kelajuan 50 km/j, lalu aku terus menggelongsor atas jalan dalam keadaan geram kan kat tuan aku tu.

Tambahan pula malam tu hujan, dan jalan masih lagi basah, lagi la aku suka untuk tunjukkan bebal aku tu. Dalam keadaan "drift", tuan aku cuba untuk mengawal dan 'memujuk' aku, namun rajuk dan ego lagi kuat, tuan aku tak mampu lagi kawal aku dan akhirnya aku terbabas dan terhumban ke dalam longkang di tepi jalan. seluruh bahagian kiri aku kini di dalam longkang, yg mana bermaksud aku dalam keadaan separuh terbalik.. Tuan aku keluar dari badan aku, dan seterusnya rakan-rakan dia pula.

Kemudian tuan aku menelefon kawan-kawan yang lain untuk tolong angkatkan aku.. Setelah selesai di angkat, tuan aku berkata untuk tinggalkan aku di situ selama dua minggu.. Aku lagi la sakit hati dan mahu saja letupkan diri aku. Namun apa daya ku,aku tak mampu lagi untuk buat apa, dengan keadaan tangan kiri (arm) yang patah dan kulit (body) aku yang sedikit terkoyak..
Malam itu aku menangis kesunyian seorang diri... huhu,,,waaaaaaaaaaaaaaa....



Keesokannya, tuan aku datang bersama 'towing truck' untuk tunda aku ke 'hoapital'. Aku terharu sangat, aku ingatkan tuan aku nak tinggalkan aku kat situ selama 2 mggu, tp rupa-rupanya tuan aku sayangkan aku sgt2, aku gembira sangat dan rasa sedikit menyesal dengan perangai aku semalam.

Sekarang aku tinggal di dalam 'hospital' dan rawatan aku mengambil masa hampir 2 minggu untuk kembali sihat. Maafkan aku tuan, lepas keluar 'hospital' ni, aku akan bagi yg terbaik untuk tuan dan tak akan kecewakan tuan lagi. Aku rindukan tuan D1 GP dan jadi seperti Tengku Djan (perasan lagi).. Thanks untuk semuanya..

Thursday, March 11, 2010

Saat Menilai Cinta





Saat Menilai Cinta

SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan

dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.

Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.

Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna. Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.

Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:





1. Lupakan masa lalu

Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.

Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

2. Temui ramai orang

Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.

Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

3. Ubah penampilan

Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.

Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

4. Jangan terburu-buru

Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu memilih

Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.





6. Buat keputusan

Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.

Sunday, March 7, 2010

Marah, marah dan terus la marah!!!

Marah? Mesti akan sebut marah itu kelemahan dan perkara negatif. Tapi sedar tak korang marah adalah satu kelebihan n kebaikan. Tak percaya? Aku tipu? Aku memandai? ni yang nak marah ni!!! hahaha, gurau jer.. Kalau korang kata marah tu satu kelemahan, korang silap, kalau korang kata marah itu sifat negatif, korang silap,, kalau korang nak pertahankan juga, maknanya korang kata Allah itu lemah la? Allah itu negatif la?..

Kadang-kadang kita perlu n mesti juga marah. Kalau kita tak marah, kita akan jadi tak matang, kita akan jadi dayus, kita akan jadi orang yang di buli, kita akan jadi lemah, kita akan jadi apa-apa ja yang negatif. Sebab tak marah la bermacam-macam masalah sosial yang timbul, sebab tak marah juga la kita jadi keras kepala.


















Agak-agak korang la, kalau awek/balak kita curang, apa akan jadi kalau korang tak marah?
Kalau isteri/suami kita curang, apa akan jadi kalau korang senyum?
Kalau orang rompak rumah korang, apa akan jadi kalau korang biarkan ja?
KALAU ALLAH TAK MARAH, APA AKAN JADI KAT UMAT ISLAM???!

Marah la. dan terus la marahkan orang, tapi marah biar lah bertempat. Marah biar lah bersebab. Allah marah umat Islam tak bersebab ke?
Allah marah tak kalau hamba Dia sembahyang dangan cara yg betul? Tak kan..
Nabi SAW marah juga kan?
Nabi sendiri yg mengaku dia marah,

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sebenarnya aku ini seorang manusia. Aku marah seperti mana manusia marah (Hadis Riwayat Muslim dan Anas)

Tipu la kalau korang tak pernah marah, tipu la korang senyum ja bila orang ppukul korang tanpa sebab, tipu la korang tak kisah kalau kekasih korang curang, tipu la korang, tipu la korang, tipu la korang tak marah.. kan,kan,kan???

Marah tak salah, tapi biar kena dan bertempat..
Marah tak salah, tapi marah la pada benda yang salah..
Marah gunakan akal, bukan nafsu.. Dengan akal, kita akan marah dengan betul,,

Marah lah tiap2 hari sebab zaman sekarang korang tetap kena marah. Tak kan la korang tak marah bila baca paper budak kena bunuh? Kena rogol? Kena dera?
Tak pon tak kan la korang senyum je bila Kelab Bolasepak kegemaran korang kalah atau kena kata?
Korang akan ketawa ke bila baca orang yang korang sanjungi kena kutuk, kana fitnah, kena kata????
korang tersengih ke bila Israel bunuh orang-orang palestin yg tak berdosa???
So, marah la, marah la, n terus la marah... How dare u!!

Kalau aku marah, aku jadi Hulk

Tuesday, March 2, 2010

Tips Menjaga Kekasih Hati


Aku sediakan dan kongsikan kat sini beberapa tips untuk menjaga hati kekasih ketika bersama, kadang-kadang tidak semua manusia itu sempurna, jangan pula korang anggap tips-tips ini boleh pakai seratus peratus,, semua yang terjadi adalah kehendak tuhan, tapi kita tetap perlu berusaha dalam mencapai dan memperolehi apa yang kita inginkan dan sekurang-kurangya kita dah banyak berusaha..

Tiada benda akan kita perolehi jika tanpa usaha, dan jika kita gagal, teruskan usaha tanpa putus asa. Mungkin kita dah di takdirkan untuk gagal selama 3 kali berturut-turut dan kita akan berjaya untuk kali ke-4, dan rugi la kalau kita tidak mencuba untuk kali ke-4 dan terus berputus asa.. Apa pun tak dapat. teruskan berusaha sampai berjaya.. Melalut pula aku, ok la teruskan dengan tips-tips menjaga kekasih... (Untuk kegunaan lelaki dan wanita sahaja, untuk pondan mungkin tidak berkesan)


  • Sentiasa 'friendly' ketika bersama, jangan terlalu sombong. Jika anda seorang pendiam, cubalah untuk tidak berdiam sahaja ketika bersama. Cuba cakap apa-apa yang baru.
  • Sentiasa lah jujur terhadap pasangan. Jangan menipu kerana bila perkara yang di tipu itu di ketahui, akan menyebabkan peperangan dunia yang ke-3.
  • Jangan berlagak seperti seorang yang baik dan bagus(minta maaf kalau ada yg terasa). Perangai ini boleh menyebabkan pasangan anda akan pandang rendah dan serong terhadap anda andainya berlaku sesuatu yang 'membocorkan' ketidak'baik' dan ketidak'bagus' anda.
  • Jangan berlagak seperti anda lebih pintar, lebih dewasa, lebih bagus, lebih, lebih, lebih n lebih lagi, sebab benda ni akan sebabkan pasangan tidak akan selesa. Dalam hubungan ada 2, lelaki dan perempuan, maka perlu la komunikasi yang baik dan tidak la seperti 'kapel' seorang diri.
  • Izinkan pasangan anda tunjukkan perangai sebenar kerana bila bersama terlalu lama atau berkahwin nanti anda dan dia tidak lagi mampu untuk 'berlakon' di hadapan pasangan masing-masing. Jika ada perangai yang yang tidak di sukai, terima lah teguran dengan hati yang terbuka dan berubah bukan kerana terpaksa, tetapi kerana MAHU BERUBAH.
  • Jaga perangai korang. jangan perasan kamu seorang yang hendsome atau cantik, kerana jika mempunyai rupa sekalipun, anda tidak akan dapat dan miliki hati pasangan jika 'RUPA' bukan ciri-ciri yang di kehendaki. Zaman sekarang tidak lagi memandang kepada rupa, tetapi lebih kepada PERANGAI.
  • Sama seperti di atas, rupa, harta, bentuk badan bukan menjadi ukuran,tetapi kepandaian, kejujuran, dan baik tingkah laku yang penting. (Berapa banyak pasangan orang kaya yang setia bersama)
  • Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada(terutamanya perempuan). Mula-mula mungkin biasa, tetapi lama-kelamaan akan menjadi beban. INGAT: JANGAN BERKASIH ANDAI TERBEBAN.
  • Jaga lah hubungan korang dengan keluarga kekasih. Jika korang nak hidup bersam, korang tidak akan dapat lari dari bertemu dan berhubungan dengan keluarga pasangan anda.
  • Jadi lah pasangan yang mampu untuk meluahkan rasa (baik n buruk) dan yang pentingya selalu bersedia untuk MENDENGAR.
  • Menjadi teman ketika SUSAH dan SENANG. Selalu bersedia bersama walau pahit dan manis.
  • Menghormati insan-insan yang rapat dengan kekasih anda seperti keluarga atau temen-teman rapat, kerana jika anda kurang ajar dengan keluarga atau teman-teman pasangan, pasangan kita juga akan terasa.
  • Selalu bersikap setia dan tidak curang. Kalau pandai sembunyikan sekalipun, mungkin pasangan anda juga akan begitu. "You pay nut, you got nut".
  • Bertanya lah khabar. sekurang-kurangya 2 atau 3 kali seminggu.
  • Gembirakan pasangan anda dengan benda-benda yang baharu.(Yang ini kena fikirkan sendiri)
  • Jika bergaduh, cuba jangan keluarkan perkataan "putus". Ketika marah,kita tidak akan mampu menahan emosi, tapi berjaga-jaga lah dengan perkataan keramat ni. Mungkin ringkas, tapi kesannya akan sebabkan sebuah "pesawat" terhempas.
  • Mengahargai pasangan anda.(Yang ini korang kena selidik sendiri, sebab korang kebih kenal pasangan korang)
  • Jangan bosankan pasangan dengan benda yang berulang-ulang.(Contohnya, setiap kali keluar, asyik makan McD je, agak-agak korang an, apa akan jadi? Cuba-cuba lah untuk makan di warung-warung atau kedai mamak, (bukan masalah duit, tapi kebosanan))
  • Kurangkan berjanji, kerana insan yang berkasih ini selaluny manja dengan pasangan walaupun dia seorang fighter, ahli gusti n sebagainya. Dan seorang yang manja akan menagih janjinya.
Cukup lah banyak tu, yang kat atas ni tak tentu la boleh 'apply' lagi.. Tips sebenarnya untuk dorongan sahaja dan yang PALING PENTINGNYA SENTIASA BERUSAHA! Aku doakan semua pasangan moga bersama sampai ke akhir hayat..