Monday, February 14, 2011

KERETA KONSEP PROTON PAHLAWAN

Jika pada bulan Disember 2010, Proton memaparkan 5 Kereta Konsep Proton Pahlawan, Tuah, Jebat, Lekiu, Lekir dan juga Kasturi. Kini perincian tentang beberapa kereta konsep ini dikeluarkan pula.

Jika sebelum ini lebih dikenali dengan nama Tuah, eloklah ditukarkan sekarang kerana dalam gambar yang terbaru ini, Tuah telah digantikan dengan perkataan Espire pada plat belakang.

**Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. Gambar akan dibuka pada New Tab

Begitu juga dengan Proton Lekir yang lebih bercirikan Eropah. Di fahamkan dari sember tertentu, Lekir bakal dikuasakan oleh engine 1.6 CFE, yang juga mungkin enjin turbocharged terbaru proton yang mampu menghasilkan sehingga 164 kuasa kuda.

Antara nama lain bagi 4 lagi kereta konsep ialah :
  • Jebat = Proton Fury, 
  • Lekiu = Proton XActive,
  • Lekir = Proton Exivo, 
  • Kasturi = Proton Pure (Sekarang dikenali Proton Saga FL 
**Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. Gambar akan dibuka pada New Tab
Espire

Jebat= Proton Fury

Kasturi

Lekir = Exivo

Exivo

Lekiu = Proton XActive

Sumber : Paultan.org

BBC NEWS PAPARKAN BERITA MENENTANG VALENTINE

Masihkah anda ingin menyambut Valentine? Entry ini di tujukan khusus untuk semua golongan remaja Muslim. Mungkin dah ramai dan banyak yang menyebut tak elok sambut Valentine ni. Haram sambut Valentine. Namun semua masih buat tak tahu dan anggap ianya sesuatu yang remeh. Sedar tak korang, sebab hari valentine yang entah apa-apa ni lah, banyak kes tidak bermoral berlaku.

Seks bebas, pastu khalwatlah, then tunggu 8 9 bulan lagi, keluarlah seorang bayi yang tidak berdosa dan dibuang di tepi jalan dan di tepi longkang. Asalnya aku memang malas dah nak tegur pasal sambutan hari v ni. Tapi apa yang mendorong aku, media luar negara yang cukup terkenal, BBC News pun boleh ketengahkan isu ini.

Dalam berita itu, mereka mengetengahkan kata-kata Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz sdari Jabatan Pembangunan Islam. Tambahan lagi, beliau berkata ini bukan isu budaya barat atau timur. Tapi ianya bercanggah dengan tuntutan agama. Jika ia dari budaya timur sekalipun, ia tetap akan dilarang andai melanggar syariat agamaa.

Namun begitu, masih juga tercatat sedikit berita yang mencacatkan kat bawah berita tu. "But not all Malaysian Muslims agree with the campaign, with some saying Valentine's Day is harmless." Maksudnya, Tapi tidak semua Muslim Malaysia menyokong kempen itu dengan mengatakan hari v tidak merbahaya"

Akhir kata, nilailah sendiri. Semua dah besar dan boleh buat anak dah kan. Nasihat pun bukan masuk telinga.

Saturday, February 12, 2011

G SPOT ATAU 9 SPOT

Hari ni aku melepak dengan kawan aku yang lama dah aku tak jumpa. Aku melepak tepi jalan ja. Tak da lah melepak sampai ke restoran 40 60 bintang tu. Macam-macam aku sembang dengan dia, buat apa sekarang ni, dan banyak lagi la.. Aku bukan nak cerita tentang apa yang aku dengan dia sembang. Dan kalau aku ceritakan pun, korang bukan nak baca pun. Buang masa korang ja kan.

Dah lebih 19 minit menyembang, terasa haus la pula kerongkong aku ni. Aku ajaklah member aku ni gi minum. Niat aku memang nak belanja dialah. Sampai depan kedai runcit tu, aku tanyalah dia nak minum apa, dia jawab dia nak 100 Plus. 

Aku masuklah kedai, then tengok, 100 Plus tak ada. Aku cakaplah kat member aku. Pastu dia jawab camni.

"Ang ambillah air g spot"

Aku pula bertambah bingunglah, nak ke mampus nak ambil air g spot. Kebetulan yang jaga kaunter tu pula perempuan. Lagilah aku naik segan.

Pastu aku coverlah sikit,

"Ang masuklah ambil sendiri, aku tak tahu yang mana satu"

Gambar hiasan dari Google.

So, dia masuklah ambil dan terus dia capai air 9Spot keluaran Power Root. Aku ni dah terkekeh dah ketawa. Kawan aku tu naik bingung kenapa aku ketawakan dia. Keluar ja kedai, bertambah besarlah ketawa aku dan seluruh dunia sedang memerhatikan aku dan member aku ni.

Aku cakaplah kat dia, jom gerak gi tepi padang belakang kampung. Sampai ja kat sana, dia tanya lagi,

"Awat ang gelak tadi?" So aku terangkanlah apa maksud sebenar G-SPOT. Korang nak tahu tak apa tu G-SPOT, korang google lah. Memang aku nak sambung gelak lagi.

**Tapi kekeliruan ini salah siapa?