Thursday, February 10, 2011

MENGAPA BEGINI JADINYA

Bukan mengeluh kerana putus cinta, bukan juga mengeluh kerana di tipu atau ditimpa takdir yang malang, tapi bingung kerana blog ni sendiri. Tadi bila buka ja Dashboard blogger, saja la gatal-gatal tengok kat ruang Stats, dan dalam masa tu juga la tergedik-gedik tengok kat Traffic sources. Pastu ada satu yang betul-betul menarik mata aku.


Nampak tak? Kenapa trafik masuk pun mengeluh? Orang dah bagi trafik tak bersyukur pula! Bukanlah, apa yang menimbulkan kemusykilan sebenar kat sini adalah apabila dibuka laman microsoft tersebut, ini yang muncul.


Seperti di ataslah paparannya. Apa yang menimbulkan kebingungan sebentar sebelum mendapat idea berkongsi dan bertanyakan kepada pembaca yang mungkin lebih arif ialah macam mana pula link ke blog ni boleh berada dalam senarai halaman windows vista. Dalam halaman untuk jualan pula tu.
Tak kan lah pula microsoft lengkapkan pakej siapa yang beli Windows Vista dapat link blog. Kalau 1 2 mungkin boleh consider lagi tersilap, ni tak, sampai mencecah ratus.

Bukan tak bersyukur trafik masuk, tapi kenalah tahu juga dari mana datangnya trafik tu. Seperti dapat duit free, agak-agak korang nak tahu tak dari mana duit tu datang? Siapa yang nak bagi free-free ja kan?

Memanglah trafik ni tak voleh disamakan dengan duit, **voleh = boleh (T_T)** tapi nak tahu juga macam mana trafik tu boleh datang kan. Kalau dah tahu, bolehlah bagi laman lain pun masuk sekali cam e-bay, tak pun mudah.my. Kalau ada yang tahu, harap-harap dapatlah berkongsi bersama.

Tuesday, February 8, 2011

SAFEE SALI BERPINDAH KE PELITA JAYA

Nampaknya segala teka-teki yang bermain di fikiran semua peminat Safee Sali kini terjawab. Safee kini mengesahkan untuk beraksi dengan sebuah kelab bola sepak di Indonesia, Pelita Jaya.

Beliau akan berpindah dan memulakan tugas di sana pada 14 Februari ini. Maknanya minggu depan la. Kepada semua peminat dan penyokong beliau, terutamanya perempuan, sokonglah perpindahan beliau kerana ianya mampu untuk melonjakkan nama negara dan juga nama bola sepak kita ke persada antarabangsa.

Namun, kontrak Safee dengan pasukan Pelita Jaya hanyalah selama setahun, dan setelah tamat kontraknya, dia kena bermain semula dengan negeri Selangor.


BIRTHDAY JULES VERNE KE 183

Apahal tetiba ja sebut nama orang yang entah sapa-sapa ni? Mungkin bagi kebanyakan orang di Malaysia, Jules Verne tak dikenali, namun nama beliau sangat disanjung tinggi oleh dunia. Aku tahu pun dari Pak Cik Google la. Bila aku buka home page Mozilla Musang Berapi, terus naik camni.


Menarikkan imej yang google buat cam kat atas tu. Google buat sempena sempena mengingati hari kelahiran Jules Verne. Tapi siapa beliau ni sampai google buat macam tu? Birthday Datuk aku pun tak pernah google masukkan. Dengan dorongan hati nurani, aku klik la dan ini yang aku dapat info mengenai Jules Verne. Aku padatkan dan jadikan ia dalam bentuk point bagi memudahkan pembaca faham.



  • Jules Verne adalah seorang pengarang novel berkebangsaan Perancis.
  • Dilahirkan pada 8 Februari 1828 (8 Februari 1828 - 24 Mac 1905)
  • Merupakan perintis genre sains fiksyen.
  • Verne menulis berbagai karya, yang paling terkenal terdiri daripada 54 novel Extraordinaires Voyages.
  • Beliau juga menulis cerpen, esei, drama dan puisi.
  • Pada 9 Mac 1886, beliau telah ditembak oleh anak saudaranya, Gatson.
  • Tembakan terkena pada kaki kiri dan menyebabkan beliau cacat kekal.
  • Beliau lebih terkenal dengan novel seperti Twenty Thousand Leagues Under the SeaA Journey to the Center of the Earth (1870), (1864), dan Around the World in Eighty Days (1873).
Setakat itu yang aku dapat kongsikan, kalau nak tahu lebih mendalam lagi, jom rujuk kat wiki wiki (^_^)